Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DUNIA BUKU

Dunia Buku #5 - Bukan Sekadar Buku Motivasi: Ketika Sebuah Naskhah Mengubah Sudut Pandang

Dunia Buku #5 - Bukan Sekadar Buku Motivasi: Ketika Sebuah Naskhah Mengubah Sudut Pandang Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati. "Buku bukan hanya tentang kisah orang lain. Kadang-kadang ia jadi cermin yang buat kita nampak diri sendiri dengan lebih jelas." Kadangkala sesetengah buku kelihatan sangat sederhana penampilannya, tapi sebenarnya ia mampu memberikan kesan yang sangat mendalam kepada pembacanya. Pengenalan: Bila Sebuah Buku Mencuit Hati Yang Letih Pagi itu aku buka tingkap, cahaya pagi menyimbah perlahan ke dalam bilik. Bau kopi masih hangat di meja, dan dalam sunyi yang lembut, aku capai satu buku yang lama aku perhati di rak_ buku motivasi yang kulitnya biasa saja. Tapi entah kenapa, hari itu aku tergerak hati nak buka dan baca. Aku tak jangka, buku yang kelihatan ringkas itu akan mengubah banyak perkara dalam cara aku melihat kehidupan. Kita selalu fikir buku motivasi semua sama. Sentiasa dipe...

Dunia Buku #4: Membaca Tak Perlu Lama, Tak Perlu Banyak - Cukup Sedikit Tapi Berkesan

Dunia Buku #4: Membaca Tak Perlu Lama, Tak Perlu Banyak - Cukup Sedikit Tapi Berkesan  Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati. 📝Nota Penulis : Artikel ini ditulis khas untuk anda yang selalu berkata,  "Aku nak membaca... tapi tak ada masa lah." (Jangan risau, saya pun pernah cakap benda yang sama sambil scroll TikTok sejam😅) Bukan semua orang ada masa nak baca buku yang tebal macam kamus kan, atau pun duduk depan tingkap sambil pegang secawan kopi dan novel 500 muka surat. Tapi itu tak bermaksud kita tak boleh membaca langsung. Kadang-kadang satu ayat pendek pun boleh bagi tamparan yang lembut ke hati. Kadang-kadang satu petikan juga boleh bagi semangat nak bangkit semula_ walaupun hanya seminit sebelum kita kembali sambung layan drama.  Jadi, kalau anda rasa membaca itu susah nak mula, saya tulis artikel ini khas untuk anda. Bacalah perlahan-lahan. Tak perlu habis dalam sekali duduk. Yang penting_ baca sikit pun ...

Dunia Buku #3: Edisi Khas - Surat Terbuka Buat Katie McGrath

☘️Dunia Buku #3: Edisi Khas - Surat Terbuka Buat Katie McGrath  Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati. "Sometimes I wonder... if the people we admire from afar truly understand how much they've inspired us in silence." Gambar ini menggambarkan seorang lelaki yang terinspirasi oleh selebriti kegemarannya yang juga seorang ulat buku. Assalamualaikum dan hai semua pembaca budiman! Kali ini izinkan aku keluar sekejap daripada kebiasaan cerita sekolah dan nostalgia lama. Untuk edisi khas Dunia Buku #3 ini, aku mahu kongsikan sesuatu yang sangat personal_ dan mungkin juga sedikit out of the box . Tetapi percayalah, segalanya masih dalam tema utama kita: cinta terhadap buku . Nama Katie McGrath mungkin dikenali ramai sebagai pelakon Ireland yang membintangi watak-watak ikonik seperti Morgana dalam Merlin dan Lena Luthor dalam Supergirl . Wajahnya yang klasik, gaya lakonan penuh ekspresi dan keanggunan bak bang...

Dunia Buku #2: "Kau Untukku" dan Sebuah Persahabatan yang Terputus Di Tengah Jalan

🌿  Dunia Buku #2: "Kau Untukku" dan Sebuah Persahabatan yang Terputus Di Tengah Jalan  Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati. Keychain bertulis "rdhtsyt" yang dihadiahkan oleh sahabat baik saya, Nurul Idayu_ simbol sebuah persahabatan yang lahir dari minat kami terhadap novel 'Kau Untukku'. Ada satu masa dalam hidup kita... di mana sebuah buku bukan sekadar helaian kertas dan dakwat_ tapi jadi jambatan antara dua hati yang asing, menjadi teman ketika kita terasa sunyi, dan menjadi ingatan paling manis yang tersimpan dalam lipatan memori.  Bagi aku, buku itu ialah "Kau Untukku" karya Aisya Sofea . Dan nama yang akan sentiasa aku kaitkan dengan novel itu adalah Nurul Idayu . 💌 Permulaan Persahabatan di Lorong Rak Barangan  Aku masih ingat, waktu itu aku baru sahaja berusia 20 tahun_ seorang pemuda biasa yang suka membaca, bekerja sementara di sebuah pasaraya di Seremban. Di situl...

Dunia Buku #1: Buku Pertama Saya dan Kisah Novel Yang Koyak

🌿 Dunia Buku #1: Buku Pertama Saya dan Kisah Novel Yang Koyak Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati. "Membaca jadi satu bentuk ketenangan _ dalam dunia buku, saya belajar diam dan mula faham makna rasa ingin tahu." Mungkin ramai orang membaca kerana suka, tapi aku membaca kerana emak aku ajar untuk suka. Dulu aku jenis yang tak reti duduk diam. Kalau boleh, semua benda nak dicuba, semua tempat nak diteroka, semua suara nak dijawab. Tapi emak, dengan ketenangan seorang ibu yang sudah biasa dengan kerenah anak sulung yang hiperaktif, ada satu cara paling berkesan nak buat aku diam _ letakkan sebuah buku di tangan aku. Buku pertama yang benar-benar aku anggap milik aku sendiri ialah buku cerita bergambar yang emak belikan sempena aku menang tempat ketiga dalam kelas darjah 2. Waktu itu aku tak faham sangat tentang penghargaan atau kedudukan dalam pelajaran, tapi bila emak hulurkan buku cerita itu dan kata, ...