Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Keluarga

Memahami Konsep Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

 Pernah kah anda mendengar lirik lagu yang cukup popular nyanyian Cat Steven atau nama islamnya, Yusuf Islam yang bertajuk " Your Mother"?. Sedikit petikan lirik lagu daripada Yusuf Islam yang memuliakan status seorang ibu.   Who should i give my love to? My respect and my honor to, who should i pay good mind to? After Allah and Rasullulah... Comes your mother, who next? your mother, who next? Your mother..and then your father..  Sedikit penerangan maksud di sebalik lirik lagu di atas. Kisahnya bermula apabila ada seseorang yang bertanya kepada Rasullulah, " kepada siapakah lagi yang layak untuk dia mencurahkan bakti dan kebaikan selepas Allah dan Rasul?".  Maka jawapan yang dia dapatkan adalah " ibu kamu, ibu kamu dan ibu kamu kemudian baru lah ayah kamu" . Tiga kali kita di suruh berbakti kepada ibu kita berbanding si ayah. Mengapa begitu?  Ini kerana di dalam agama Islam, penghormatan dan kemuliaan yang dikurniakan kepada ibu mempunyai kepentingan isti

Ikatan Suci : Mengapa Menghormati Ibu Dan Bapa Adalah Penting

  Ayah dan ibu adalah permulaan hidup seorang anak. Tanpa kehadiran salah seorang daripada mereka, kita tidak mungkin dilahirkan. Tanpa mereka, kita juga tidak mungkin dapat melihat bulan dan matahari mahu pun segala keindahan alam ciptaan Allah ini. Segala puji hanya milik Allah, tuhan semesta alam. Allahuakbar! Hubungan di antara ibubapa dan anak - anak adalah ikatan yang mendalam dan suci yang membentuk asas unit keluarga. Ibubapa memainkan peranan penting dalam mengasuh, membimbing dan membentuk kehidupan anak - anak mereka, memberikan kasih sayang, penjagaan dan sokongan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Sebagai balasan, adalah penting bagi anak - anak untuk menghormati ibu bapa mereka, mengakui pengorbanan, kebijaksanaan dan kasih sayang mereka tanpa syarat yang telah dianugerahkan kepada mereka. Dalam artikel pada kali ini, kami cuba meneroka kepentingan menghormati ibu bapa anda dan faedah kekal yang diberikan kepada individu dan keluarga. 1. KESYUKURAN DAN PENGHARGAAN   Men