Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Inspirasi

Ini sebabnya Anda Jangan Pernah Berputus Asa

  Dalam perjalanan hidup, kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah melalui jalan yang mudah. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan. Kita sudah pastinya tidak akan dapat lari daripada pelbagai cabaran, halangan dan rintangan yang datang melanda. walaupun kita tidak pernah memintanya. Mengapa?   Kerana hidup ini adalah persinggahan sebelum kita meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu alam akhirat yang kekal abadi. Segala kesusahan yang datang tidak lain hanyalah ujian dari Allah, Tuhan sekalian alam. Allah turunkan ujian bukan untuk menyiksa kita, tetapi setiap ujian yang datang dalam hidup kita adalah tanda kasih sayangNya kepada kita.   Sesetengah orang pasti akan mempersoalkan, jika Allah benar-benar sayangkan kita, kenapa Allah tidak menjadikan hidup kita sentiasa bahagia dan tenang tanpa sebarang halangan? Bukankah lebih baik begitu? Semua orang akan hanya merasakan perasaan gembira. Adakah itu benar?  Para pembaca yang dihormati, sebenarnya s

Tanpa Keberanian Impian Tidak Akan Pernah Menjadi Kenyataan Dan Akan Terus Kekal Sebagai Mimpi

 Alangkah indahnya hidup ini dirasakan jika kita mempunyai apa sahaja yang kita impikan. Apa sahaja yang kita idam kan, zam-zam Alakazam! Boom.. menjelma depan mata. Walaaweyy, best ooo....  Haha.. Segala keperluan hidup kita serba- serbi terpenuhi baik dari segi material dan emosi. Ada isteri lawa, suami handsome, rumah besar, kereta mewah, kerja bagus. Boleh buat tour ke seluruh dunia dan macam - macam lagi lah. Senang cerita, semuanya mesti kena bagus, kalau tidak memang tak tenteram lah diri tu. Jangan pelik, memang sudah menjadi lumrah setiap insan yang hidup di atas muka dunia ini, pastinya mengimpikan kehidupan yang yang serba sempurna. Walaupun mereka sedar tiada satu apa pun yang sempurna melainkan Allah S.W.T.   Walaupun demikian, tidaklah menjadi satu kesalahan pun jika kita terus berusaha untuk megubah apa sahaja urusan hidup kita ke arah yang lebih baik. Setiap umat islam harus lah menanamkan impian untuk berusaha menjadi versi yang terbaik, bagi diri mereka sendiri kerana