Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 2
Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 2 Hai.. kita bertemu kembali di ruangan penulisan ini. Seperti yang dijanjikan Aku akan menyambung semula kisah Perjalanan hidup Aku sebagai forex trader pemula@ newbie. Ingin aku jelaskan di sini, berkemungkinan tulisan aku ini tidak sesuai dengan selera ramai orang tetapi aku sekali lagi ingin menegaskan bahawa semua ini adalah hasil daripada pengalaman peribadi aku semata-semata. Mana yang elok tu bolehlah diambil sebagai panduan dan teladan. Rakan Aku Masih 'Kaki Depo' Seperti dalam penulisan aku yang lepas telah aku ceritakan bagaimana kisah aku mula mengenali dunia forex trading ni. Jika korang perasan walaupun kisah rakan aku itu tidak berakhir dengan kesudahan yang baik. Maksud aku beliau sehingga kini masih menjadi seorang kaki depo yang tegar namun ianya tidak pernah mematahkan semangat aku untuk terus mempelajari dan memahami bagaimana cara menghasilkan wang dengan forex trading ni. S...