Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

Tips Membina Sebuah Perhubungan Positif : Bagaimana Cara Untuk Mebuatkan Orang Lain Suka Dan Jatuh Cinta Pada Kita Saat Pertama Kali Berjumpa

 Membina perhubungan dan cuba untuk membuatkan orang lain suka pada kita merupakan satu proses yang rumit, tetapi jangan risau, terdapat beberapa petua yang yang mudah dan berguna yang boleh anda ikuti. InsyaALLAH jika petua ini di jadi kan amalan,tidak mustahil ianya boleh membantu anda mewujudkan hubungan yang positif dengan orang lain. 1. Jadi lah Diri Sendiri  Keaslian ada lah asas yang akan menjadikan diri anda seumpama magnet,yang bakal menarik hati orang di sekeliling anda untuk mendekat kan diri mereka pada anda. Ini kerana kebanyakan orang akan lebih tertarik kepada individu yang jujur dan asli tanpa bermuka-muka. 2. Tunjuk kan Minat & Jadi lah Pendengar Setia   Apabila seseorang berbicara kepada anda dengari lah dengan penuh perhatian tentang apa yang mereka perkatakan. Tunjuk kan lah bahawasanya anda memang menghargai setiap apa yang mereka fikirkan. Hormati lah perasaan dan pengalaman mereka. Jika perlu tanya lah soalan-soalan yang berkaitan tentang apa yang mereka ceri

Tabiat Kecil Ini Jangan Di Pandang Sebelah Mata : Mungkin Ini Lah Laluan Yang Akan Memandu Arah Anda Untuk Menjadi Kaya

Kadang kala kekayaan dan peluang yang baik datang tanpa di duga ke dalam kehidupan kita. Rezeki tuhan tidak akan pernah salah alamat. Tinggal lagi kita berusaha dan bekerja keras untuk cuba mencapai nya.  Namun terkadang kala jua hanya mengandalkan kepada usaha dan kerja keras sahaja semata-semata belum tentu lagi memadai. Masih sahaja rezeki untuk menjadi kaya itu tak kunjung tiba ke dalam kehidupan kita ini. Lantaran itu,kita terus bermain teka-teki apa lagi yang kurang?  Mari sini Aku beritahu anda,tiada apa yang kurang daripada segala usaha yang telah anda curah kan untuk menjadi kaya. Hanya saja perlu anda semua ketahui bahawa dalam proses untuk menjadi kaya bukan lah semudah seorang pelari pecut,memecut ke garisan penamat, melainkan ia adalah ibarat anda menyertai larian maraton,slow dan steady menuju ke garisan penamat.  Ini bermakna untuk menjadi kaya memerlukan satu proses yang panjang dan usaha yang berterusan tanpa pernah ada sedikit pun rasa berputus asa dan menyerah kalah.

Jangan Bersedih! Tuhan Sentiasa Ada Bersamamu : Tips Mudah Untuk Anda Kembali Gembira Dan Bersemangat Menjalani Semula Kehidupan Ini

  Assalamualaikum para pembaca blog sekalian. Aku harap kan anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Aku harap anda semua sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan ini yang memang penuh dengan pelbagai ujian daripada Allah yang maha esa. Tetapi dalam saat kita berada dalam ujiannya,jangan lah sesekali kita bersangka buruk dengan tuhan kerana sesungguhnya Allah itu Maha pengasih lagi maha penyayang terhadap hamba-hambanya.  Anggaplah segala ujian yang datang itu sebagai peringatan dan kasih sayang-Nya terhadap diri kita. Jangan bersedih kerana percaya lah di saat kita sedang di uji itu,bermakna tuhan sedang memberikan perhatiannya terhadap diri kita. Alangkah bertuahnya sesiapa yang mampu mendapatkan perhatian daripada Allah yang maha besar ini. Sebagai seorang muslim yang sejati kita harus lah menerima apa sahaja ujian yang datang ke arah kita sebagai qadar Allah yang telah di tentukan sejak dari azali lagi.  Jangan bersedih lagi wahai kawan-kawan se

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Di Malaysia? Ini Realiti Yang Perlu Anda Ketahui

 " Hmmphh.. pasaraya kedekut, nak bangkrap dah ke? Plastik beg pun dah tak mampu nak bag i " " Alah dik tolong lah akak dah banyak beli barang ni, tak kan takde plastik pula ! " " Apalah bodoh punya pasaraya, dah macam mana pulak aku nak bawa barang ni semua? " " Aku cancel, takde plastik macam mana nak bawa? pasaraya bodoh ngan kau sekali bodoh!! " ' Aikk... kat pasaraya XYZ ada je,kenapa kat sini takde???"    Adakah anda pernah terdengar atau terlibat secara langsung dengan si penutur-penutur dialog di atas? di tempat anda berada? Apakah perasaan anda?   Baik lah aku pernah dan akan sentiasa mendengarkan contoh-contoh dialog di atas selagi mana aku bekerja di sini. Ikuti kisahnya dalam entry aku pada kali ini. Ini adalah entry spesial yang sengaja aku tulis supaya pihak-pihak yang terlibat dalam menyumbangkan dialog di atas sedar ini  bukanya salah pekerja bawahan yang anda maki  sesuka hati seperti mereka tiada mak ayah.   Alkisahny