Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel CERITA UMUM

Pentingnya Menghormati Ibu Dan Bapa Anda

Imej
Kenapa Menghormati Ibu Bapa Itu Sangat Penting? Ibu dan ayah adalah permulaan hidup kita. Bayangkan, tanpa mereka, kita takkan pernah lahir ke dunia ini, takkan dapat melihat keindahan alam, apatah lagi merasai nikmat hidup. Semua yang kita nikmati hari ini, adalah hasil pengorbanan mereka. Segala puji hanya milik Allah, yang memberi kita kesempatan ini. Kadang-kadang, kita lupa untuk menghargai ibu bapa. Ya, dalam dunia yang serba sibuk ini, kita sering terlepas pandang pengorbanan mereka. Namun, adakah kita sedar bahawa menghormati mereka adalah kewajipan kita? Ibu Bapa: Asas Segala Kekuatan Dalam Hidup Kita  Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak adalah ikatan yang tak ternilai. Kasih sayang dan pengorbanan mereka tak terhingga. Mereka memberi kita kehidupan, membimbing kita, dan menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Jadi, apakah cara terbaik kita sebagai anak untuk menunjukkan penghormatan? Jika kita lihat sekarang, semakin banyak kes di mana anak-anak berkelakuan kasar terhad...

Perlukah Berbelanja Besar untuk Majlis Kahwin? Antara Tradisi, Tekanan dan Pembaziran

Imej
Perlukah Berbelanja Besar untuk Majlis Kahwin? Antara Tradisi, Tekanan dan Pembaziran  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pembaca Yang Dihormati! Apa khabar semua? Semoga anda semua sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang. Untuk yang masih bujang di luar sana, semoga Allah memudahkan perjalanan hidup anda dan cepat bertemu jodoh yang baik. Pernah tak anda rasa tertekan bila selalu ditanya soalan ini? "Bila nak kahwin?" Hehe.. Sabar, ya? Mungkin Allah memberi kita masa untuk bersedia dengan lebih baik. Siapa tahu, mungkin majlis perkahwinan anda nanti akan menjadi wedding of the years! Amin... Berbelanja Besar Untuk Kahwin: Tradisi atau Pembaziran? Bila sebut pasal perkahwinan, perkara pertama yang sering terlintas dalam fikiran ramai orang adalah majlis besar-besaran.  Di Malaysia, tradisi untuk mengadakan majlis perkahwinan yang mewah dan penuh glamor memang sudah sebati dalam masyarakat kita. Tak kira bangsa, sama ada Melayu, Cina, atau India, ramai yang per...

Keberanian Sebagai Kunci Kejayaan: Mengubah Impian Menjadi Kenyataan

Imej
Keberanian Sebagai Kunci Kejayaan: Mengubah Impian Menjadi Kenyataan  Assalamualaikum,  Tanpa keberanian, Impian Tidak Akan Pernah Menjadi Kenyataan    Apa khabar semua pembaca? Ada tak yang baru bangun tidur? Cepat-cepat bangkit, sebab waktu Asar hampir tiba! Namun, sebelum kita melangkah lebih jauh, mari kita bercakap sekejap tentang sesuatu yang penting _ mimpi dan kebenaran.  Hidup ini kadangkala terasa seakan milik kita sepenuhnya. Segala yang kita impikan, tiba-tiba muncul di hadapan mata: rumah mewah, kereta besar, pasangan yang cantik dan kacak, malah peluang mengelilingi dunia. Segala-galanya tampak sempurna. Tetapi kita harus sedar, tiada yang sempurna selain Allah SWT. Walaupun begitu, kita digalakkan untuk mengejar kesempurnaan dalam hidup.  Setiap umat Islam harus berusaha menjadi versi terbaik dari diri mereka, kerana kita adalah umat contoh. Dan sebagai contoh, kita mestilah memiliki sifat yang baik serta kepimpinan yang mencerminkan teladan ...

Kebaikan yang Mengubah Hidup: Mengapa Kita Semua Perlu Berbuat Baik?

Imej
Kebaikan yang Mengubah Hidup: Mengapa Kita Semua Perlu Berbuat Baik? Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Hai pembaca yang aku hormati! Semoga anda semua sentiasa dilimpahi kesihatan yang baik dan diberkati oleh Allah SWT. Terima kasih kerana terus menyokong blog ini, dan aku berdoa agar segala kebaikan sentiasa mengiringi langkah anda. Amin!  Dalam dunia moden yang serba cepat ini, kita sering tertanya-tanya, adakah masih ada ruang untuk kebaikan sejati? Dalam kesibukan mengejar kekayaan dan kemajuan material, kita kadang-kadang terlupa akan pentingnya nilai murni seperti empati, kasih sayang, dan hormat-menghormati.  Namun, walaupun dunia ini dipenuhi dengan ketidaktentuan, percayalah bahawa kebaikan masih wujud dan mampu memberikan perubahan besar. Artikel ini akan membincangkan mengapa perbuatan baik dalam kehidupan seharian sangat penting, serta bagaimana ia boleh membawa manfaat kepada kita semua. Bismillahirrahmanirrahim... 1. Memupuk Empati Melalui Kebaikan ...

Bagaimana Jika Dunia Kehilangan Warna? Realiti Monokrom Yang Mungkin Kita Tak Sanggup Hadapi

Imej
Bagaimana Jika Dunia Kehilangan Warna? Realiti Monokrom Yang Mungkin Kita Tak Sanggup Hadapi Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!  Pernah tak anda terfikir, apa akan terjadi kalau semua warna dalam dunia ini tiba-tiba... hilang? Cuba bayangkan. Tiada lagi birunya langit, hijaunya pokok, atau merahnya bunga ros. Segala-galanya bertukar menjadi kelabu - seolah-olah hidup dalam filem hitam putih.  Bunyinya macam menarik untuk sesetengah orang. Tapi hakikatnya, dunia tanpa warna bukan sekadar kurang menarik _ malah boleh beri kesan besar kepada emosi, budaya dan kesihatan mental kita.  Jadi, dalam artikel kali ini, jom kita menyelami realiti dunia monokrom dan melihat sejauh mana kepentingan warna dalam kehidupan seharian kita. Apa Maksud Monokrom Sebenarnya?  Perkataan monokrom berasal daripada bahasa Greek: monos  bermaksud "satu" dan chroma bermaksud "warna". Jadi, monokrom merujuk kepada sesuatu yang hanya mempunyai satu warna atau tona sahaja.  Dalam...

Scammer : Adik Jadi Mangsa Pukau Atas Talian

Imej
Scammer : Adik Jadi Mangsa Pukau Atas Talian:_   Kejadian tipu duit atas talian semakin berleluasa sekarang ini. Tindakan para 'scammer' ini yang sangat berani menjalankan kegiatan penipuan mereka dengan semakin kerap, seakan-akan mencabar pihak berkuasa tempatan dan boleh mengancam kesejahteraan hidup warganya jika tidak dibendung dengan segera.   Taktik licik yang mereka lakukan ini juga telah berjaya menipu, semua lapisan masyarakat. Mereka kebiasaannya akan menyamar sebagai pihak berkuasa dalam usaha mereka untuk memperdayakan mangsanya.   Kegiatan terkutuk mereka ini juga telah menyebabkan mangsa, kerugian wang ringgit hasil titik peluh mereka bekerja malah kadangkala sampai habis licin wang di dalam akaun, mereka dikerjakan sang scammer.  Mangsa selalunya hanya menyedari diri mereka ditipu, setelah mereka melakukan transaksi pemindahan wang ke akaun milik 'scammer' yang juga dipercayai menjadi milik kepada beberapa keldai akaun. 🟥 Pengalam...

Merdeka! Dari Hati Malaya 1957 Seorang Rakyat Jelata

Imej
  Assalamualaikum,   Kepada pembaca blog yang disayangi,     Rasanya masih belum terlambat lagi buat diri aku untuk mengambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun. Malaysia Madani : Jiwa Merdeka.   Buat pengetahuan anda semua, bila tiba sahaja hari merdeka, aku pasti teringatkan kenangan lalu sewaktu menonton wayang 1957: Hati Malaya di tahun 2007 dahulu. Filem hebat arahan sutradara Suhaimi Baba dan dibintangi oleh barisan pelakon berbakat besar seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Sharifah Amani dan Adlin Aman Ramli masih segar dalam ingatan aku.   Rasanya filem itulah yang menjadi pencetus atau pun 'turning point' kepada diri aku untuk menghayati dan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ini pada setiap tahun. Jika sebelum itu, aku sekadar menyambutnya sebagai hari cuti umum biasa sahaja. Tanpa ada makna apa-apa. Filem ini memberikan sejuta makna kepada diriku. Jalur gemilang kebanggaan rakyat Malaysia  ...

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik: Realiti, Kesedaran, dan Cabaran Kita

Imej
Kempen Hari Tanpa Beg Plastik: Realiti, Kesedaran, dan Cabaran Kita   Assalamualaikum, pembaca yang budiman!   Apa khabar anda semua? Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Amin!  Hari ini, aku ingin berbicara tentang satu topik yang mungkin sering kita dengar, tetapi kadangkala kurang mendapat perhatian yang sewajarnya _ iaitu kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang telah dilancarkan lebih dari sepuluh tahun lalu. Kempen ini bukan hanya tentang mengurangkan beg plastik, tetapi lebih dari itu, ia melibatkan kesedaran kolektif kita terhadap tanggungjawab untuk menjaga bumi. Jadi, apakah kempen ini benar-benar memberi impak yang besar kepada alam sekitar? Adakah kesedaran masyarakat kita benar-benar meningkat? Mari kita sama-sama selami lebih mendalam. Apakah Kempen Hari Tanpa Beg Plastik?  Kempen ini pertama kali diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (MDTCC) pada tahun 2011, dengan tujuan utama unt...

Resepi Mudah Kentang wedges Bersos Keju Mantap Ala Kfc

Imej
  Resepi Mudah Kentang Wedges Bersos Keju Ala KFC Assalamualaikum dan Hai Pembaca Blog!  Apa khabar semua? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat, diberkati dengan umur yang panjang dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan dilimpahi keberkatan. Amin.  Pada malam yang penuh dengan keinginan ini, aku ingin berkongsi satu cerita tentang sebuah craving yang tiba-tiba datang. Kadang-kadang, sedang sibuk bekerja, kita tiba-tiba terasa nak makan sesuatu yang sedap. Itu yang terjadi pada aku malam tadi _ teringin sangat nak makan potato wedges. Rasa tak sabar nak menikmatinya!  Asal Usul Kentang Wedges    Sebelum kita terjun ke resepi, mari kita ketahui sedikit latar belakang tentang potato wedges.  Kalau kita bercakap tentang French fries, ramai yang tahu ia berasal dari Belgium, tetapi tahukah anda bahawa potato wedges pula dipercayai berasal dari Wisconsin, Amerika Syarikat? Aku sendiri baru tahu fakta...

Pengat Special Dapur Bujang Punya Cerita

Imej
 Pengat Special Dapur Bujang Punya Cerita Keenakan Pengat: Hidangan Tradisional yang Menggoda Selera  Cerita tentang keenakan pengat ini memang tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di Malaysia. Aroma dan rasanya yang memikat memang tidak dapat disangkal lagi, memang 'power'!!   Sajian ini sangat sesuai dijadikan sebagai juadah pencuci mulut dan amat digemari oleh masyarakat melayu, tidak kira peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Bukan hanya orang Melayu sahaja yang menggemarinya, malah kaum-kaum lain juga turut menyukainya.  Setiap kali bulan Ramadhan tiba, rating juadah ini pasti melonjak naik. Di bazar, Ramadhan, pengat mudah ditemui dan sering menjadi pilihan utama. Peniaga sering 'tak menang tangan' melayani pelanggan yang pastinya akan mencari pengat ni.   Bagi aku , pengat  adalah hidangan yang sempoi dan sangat menyegarkan untuk membuka selera setelah seharian berpuasa. Ditambah pula dengan roti Gar...

kepentingan Melindungi Alam Semulajadi Hijau: Mengapa Kita Perlu Bertindak Sekarang?

Imej
kepentingan Melindungi Alam Semulajadi Hijau: Mengapa Kita Perlu Bertindak Sekarang?  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog yang aku kasihi!   Semoga pembaca semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Dalam kehidupan yang singkat ini, kita sering diingatkan untuk memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Kita tidak seharusnya membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Aku berharap kita semua dapat menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain dan menghargai setiap anugerah yang ada. Semoga niat baik ini dilimpahi rahmat. Amin! Melindungi Alam Semulajadi Hijau: Kepentingan yang Tidak Ternilai  Pernahkah anda terfikir mengapa kerajaan Malaysia membina sebuah lapangan terbang yang dikelilingi oleh kawasan hutan hijau, seperti yang ada di KLIA? Jawapannya bukan hanya untuk menyambut kedatangan pelancong dengan suasana hutan yang menenangkan, tetapi ia juga sebagai simbol komitmen negara kita dalam usaha melestarikan alam semu...

Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 2

Imej
Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 2 Hai.. kita bertemu kembali di ruangan penulisan ini. Seperti yang dijanjikan Aku akan menyambung semula kisah Perjalanan hidup Aku sebagai forex trader pemula@ newbie. Ingin aku jelaskan di sini, berkemungkinan tulisan aku ini tidak sesuai dengan selera ramai orang tetapi aku sekali lagi ingin menegaskan bahawa semua ini adalah hasil daripada pengalaman peribadi aku semata-semata. Mana yang elok tu bolehlah diambil sebagai panduan dan teladan.  Rakan Aku Masih 'Kaki Depo' Seperti dalam penulisan aku yang lepas telah aku ceritakan bagaimana kisah aku mula mengenali dunia forex trading ni. Jika korang perasan walaupun kisah rakan aku itu tidak berakhir dengan kesudahan yang baik. Maksud aku beliau sehingga kini masih menjadi seorang kaki depo yang tegar namun ianya  tidak pernah mematahkan semangat aku untuk terus mempelajari dan memahami bagaimana cara menghasilkan wang dengan forex trading ni. S...