Langkau ke kandungan utama

Tips Membina Sebuah Perhubungan Positif : Bagaimana Cara Untuk Mebuatkan Orang Lain Suka Dan Jatuh Cinta Pada Kita Saat Pertama Kali Berjumpa

 Membina perhubungan dan cuba untuk membuatkan orang lain suka pada kita merupakan satu proses yang rumit. Bukan semudah anda membancuh secawan kopi. Tetapi, jangan risau terdapat beberapa petua yang mudah dan berguna yang boleh anda ikuti untuk meningkatkan lagi peluang anda,  untuk membuatkan orang lain mudah menyukai anda, walaupun baru saat pertama kali berjumpa. Mahu tahu rahsianya? Teruskan membaca sehingga habis penulisan ini.


  Para pembaca yang aku hormati, sehingga ketika saat aku menulis entry pada kali ini, tiada formula rahsia yang pernah berjaya dicipta, dipatenkan dan dijual didunia ini yang mujarab untuk membuatkan seseorang pasti menyukai, apatah lagi membuatkan mereka jatuh cinta pada anda pada saat pertama kalinya berjumpa. Jika benar ada yang berani membuat pernyataan yang macam tu, dah lama jadi billionaire. Kerja duk jual formula sahaja. Silap haribulan boleh menang hadiah Pulitzer. Betul tak?


 Bukan pesimis, tetapi itu ialah kenyataannya yang sukar untuk diterima oleh kebanyakan orang. Membina sebuah perhubungan bukan semudah anda membeli barangan online, cuma perlu klik butang beli dan buat pembayaran. Selepas dua atau tiga hari anda dah terima barangan yang dibeli tadi. Bukan semudah itu ya.


 Seperti juga semasa anda membuat pembelian barangan yang anda suka, anda sudah pasti mahu memastikan keaslian dan ketulenan barangan yang dijual oleh si penjual. Anda sudah tentunya mahukan barang yang tulen dengan cuba memeriksa dengan teliti deskripsi dan komen- komen yang telah diberikan oleh pembeli sebelum anda. Apabila anda sudah berasa yakin bahawa barangan itu confirm original, barulah anda akan meneruskan pembelian anda dengan hati yang tenang.

 

 Oleh itu, jadilah diri anda yang sebenar. Tidak perlu untuk anda berpura- pura dan berlakon menjadi sesuatu yang bukan diri anda sendiri. Serlahkan lah personaliti anda yang tersendiri kerana setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza- beza. Personaliti yang berbeza inilah yang menjadikan setiap individu itu unik.


  Keunikan dan  keaslian adalah asas yang akan menjadikan diri anda seumpama magnet, yang bakal menarik hati orang di sekeliling anda untuk mendekatkan diri mereka pada anda. Ini kerana kebanyakan orang akan lebih mudah tertarik kepada individu yang jujur dan asli tanpa bermuka-muka. Kejujuran adalah polisi yang terbaik.


 Apabila seseorang berbicara kepada anda dengarlah dengan penuh perhatian tentang apa yang mereka perkatakan. Tunjukkan lah bahawasanya anda memang menghargai setiap apa yang mereka fikirkan. Hormati lah perasaan dan pengalaman mereka. Jika perlu tanya lah soalan-soalan yang berkaitan tentang apa yang mereka ceritakan. Dengan menanyakan soalan-soalan yang berkaitan akan membuatkan mereka merasa pendapat dan perspektif mereka terasa lebih dihargai. 


  Anda juga boleh mencuba memahami dan berempati terhadap orang lain dengan cara meletakkan diri anda seketika berada di tempat atau pun situasi yang mereka lalui. Dengan berbuat demikian anda boleh benar-benar memahami apakah yang sedang mereka alami. Amalkan sikap saling berbelas kasihan di antara satu sama yang lain dan jadi lah seseorang yang sentiasa bersedia memberikan sokongan padu, terutamanya di dalam keadaan yang susah dan mencabar. Sesekali apabila anda berada di tempat mereka, akan membuatkan anda lebih memahami dan mengukuhkan perhubungan.


 Anda juga perlu mengekalkan tingkah laku dan sentiasa berpandangan positif dalam apa jua perkara. Sesuatu yang positif itu kebiasaanya akan lebih disukai oleh kebanyakan orang , kerana mereka kebiasaanya akan rasa lebih tertarik kepada mereka yang mempamerkan Sikap yang sentiasa Optimistik. Elakkan diri anda daripada keluhan yang berlebihan dan bicara yang negatif.  Sebaliknya cuba lah fokus kan diri anda kepada perbualan yang lebih membina dan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan. Orang yang bijak menyelesaikan masalah kelihatan seksi dipandang. Tidak menjadi masalah pun sekiranya anda mempamerkan kebijaksanaan anda itu sekali sekala.


  Sekasar apa pun seseorang pastinya mendambakan seseorang yang pandai melayan dan menghormati mereka. Oleh yang demikian, layan lah orang lain sebagai mana anda mahu mereka melayani diri anda. Hormati lah mereka dan sentiasa mengamalkan tingkah laku yang mulia terhadap orang lain tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan mereka. Ungkapkan rasa penghargaan anda terhadap sumbangan mereka dan akui kekuatan mereka. Tindakan yang mungkin nampak kecil ini boleh menjadi suatu perkara yang bakal menguatkan lagi di sepanjang jalan dalam membina sebuah perhubungan yang lebih erat dan positif.


 Hubungan yang berjaya kebiasaannya berkait rapat dengan kejayaan berkomunikasi dengan baik antara pasangan. Komunikasi merupakan kunci terhadap perhubungan dua hala. Oleh itu, anda seharusnya menguasai teknik komunikasi yang baik. Jadilah seorang yang aktif di dalam setiap perbualan, zahirkan apa yang anda fikirkan secara jelas dan hormati mereka yang terlibat dengan perbualan anda. 


  Anda juga seharusnya sentiasa peka tentang perkara yang berlaku di sekeliling anda. Beri perhatian pada isyarat bukan lisan seperti mengekalkan eye contact dan gunakan lah bahasa tubuh yang terbuka untuk menunjukkan bahawa anda benar-benar menghargai seseorang. Sesebuah perhubungan juga boleh menjadi lebih positif sekiranya anda berkongsi minat, hobi dan impian yang sama. Titik persamaaan bakal mengukuhkan asas dan keterhubungan dalam sesuatu perhubungan. 


 Persamaan yang dimiliki juga boleh menjadi lampu isyarat yang bakal  membukakan jalan kepada suatu perbualan yang lebih mendalam dan berkongsi pengalaman. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan yang siap bersedia untuk membantu apabila orang lain memerlukan.


   Tidak perlulah sehingga mereka merayu meminta tolong, barulah anda mahu tolong. Seharusnya, anda boleh menawarkan dahulu sokongan dan bimbingan tanpa mengira masa. Membantu orang lain membina kepercayaan boleh memupuk rasa timbal balik di dalam sesebuah perhubungan. Mereka pastinya akan merasa lebih ikhlas dan bersedia untuk membantu anda kembali, kerana mereka tahu anda juga bersedia melakukan perkara yang sama sewaktu diperlukan.


Berusaha lah untuk menjadi seseorang yang sentiasa positif dalam menerangi hidup orang lain. Sesekali raikan lah kejayaan yang mereka capai dan sentiasa menyokong mereka terutamanya apabila mereka sedang menghadapi kesukaran. Jadi lah seseorang yang boleh diharapkan, dan boleh dipercayai secara konsisten. Kepercayaan yang dibina boleh memanjangkan jangka hayat perhubungan anda.


 Sentiasalah cuba memajukan diri anda sendiri secara berterusan. Libatkan diri di dalam aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan dan kemahiran. Orang lain akan lebih tertarik kepada individu yang sentiasa cuba mempelajari dan berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik versinya.


  

 Kesimpulannya

 

 Sentiasa lah beringat bahawa di dalam proses membina sesebuah perhubungan memerlukan waktu yang panjang dan usaha yang berterusan. Ia merupakan satu proses yang kompleks kerana sifat manusia itu sendiri sebagai makhluk yang kompleks. Disebabkan itulah tidak semua orang akan menyukai diri anda, tidak kiralah sebagus mana pun diri anda itu. Tetapi itu adalah sesuatu yang normal kerana tidak semua orang menyukai benda yang sama. Sebab itu wujudnya golongan lovers dan haters.

 

 Disebabkan kepelbagaian sifat manusia itulah, mengapa sehingga kini formula rahsia gagal dicipta untuk membuatkan orang dengan mudah menyukai kita. Tapi, sebagai manusia yang bernyawa kita mempunyai perasaan gunakanlah perasaan kita itu sebagai satu kelebihan untuk kita lebih memahami orang lain. Layan lah mereka seperti mana anda mahu dilayan dan jika boleh layan lah orang lain lebih baik daripada kebaikan yang mereka lakukan untuk kita. Seterusnya fokuskan lah diri anda untuk menjadi versi yang terbaik bagi diri anda. Hanya dengan cara menjadi versi terbaik diri anda, anda mampu untuk membina sebuah perhubungan yang positif dengan orang lain kerana semua orang di dalam dunia ini sentiasa mahukan yang terbaik di dalam perhubungan mereka.


 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Terima Gaji Setiap Hari Di PayPal Melalui Aplikasi Cash Em' All Tiada keraguan Dan Ternyata Membayar (payment proof)

 Tiada lagi rasa rasa sangsi dan keraguan terhadap aplikasi Cash `em All ini, itu lah harapan Aku semasa pertama kalinya membuat review tentang aplikasi ini di posting yang lepas. Sesungguhnya rasa ragu dan was-was yang keterlaluan boleh menghalang kita daripada mengambil langkah pertama ke arah kejayaan. Oleh itu bersederhanalah kita sentiasa dalam segala hal. Hal perasaan dan emosi juga tidak terkecuali dan kepada mereka yang terlepas dan tertanya-tanya apa tu Cash `em All boleh baca di sini:  Cash Em' All Gempak App Ni Main Game Pun Di bayar Dalam Matawang Euro Ke Akaun PayPal Baik lah Aku andaikan anda semua telah mengetahui apakah itu aplikasi Cash `em All ini dan cara menjana wang daripadanya. Bukan itu sahaja malah Aku juga berharap anda juga telah memberi kan peluang dan mencuba sendiri aplikasi ini. Tidak rugi jika kita berusaha mencuba sendiri. Tambah berbaloi mencuba bila anda sudah tahu yang aplikasi ini memang ternyata membayar. Tanpa perlu bersusah payah. Apa yang tin

Mode Earn App : Benarkah Legit Atau Pun SCAM? Bukti Pembayaran(Payment Proof)

 Assalamualaikum para pembaca blog Aku Punya Cerita.Com, semoga kalian sentiasa di murah kan rezeki dan berada dalam lindungan Allah S.W.T selalu, amin. Tidak banyak yang hendak Aku perkatakan di dalam posting pada kali ini. Cuma sambungan dari perkongsian yang lepas berkenaan aplikasi membuat duit online Mode Earn App. Bagi yang belum mengetahui aplikasi apakah itu? Sila baca : Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App) Pada posting kali ini Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku membuat review tentang aplikasi Mode ni. Pada Aku Mode ni mudah nak di kendalikan. Kenapa Aku cakap mudah,pasal anda boleh start earning dengan hanya mendengar radio. Apa yang perlu anda lakukan hanya ambil telefon bimbit anda dan buka aplikasi Mode. Anda boleh pilih dari senarai radio yang di sediakan dalam aplikasi ini sesuai dengan selera telinga anda secara percuma. Kemudian anda boleh tinggalkan telefon anda dan masa yang ada boleh di gunakan untuk buat kerja a

Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App)

 Seiring masa beredar kehidupan yang di lalui saban hari juga semakin mencabar dan tidak sedikit liku-liku kewangan yang perlu di hadapi. Benarlah kata pepatah orang dahulu kala, "semakin besar periuk,semakin besarlah pula keraknya" . Pepatah melayu ini sangat sesuai untuk menggambar kan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada zaman sekarang. Pernah kah anda menyaksi kan atau pun mendengar keluhan ramai orang yang mengata kan,tak cukup duit! Sentiasa tak cukup duit? Semasa mula bekerja dahulu dapat gaji bersih seribu ringgit kata tak cukup. Setelah beberapa tahun bekerja dan gaji pun telah naik jadi lima ribu ringgit sebulan, tetap mengata kan duit tak cukup. Apa sudah jadi?  Dan Bila Tak Cukup Duit Apa Pula Yang Di lakukan? Bila sudah merasa kan diri tidak cukup duit,mula lah tercari-cari kerja partime untuk menampal perbelanjaan yang bocor. Semua ini harus di lakukan secara rela atau pun tidak demi menampung perbelanjaan harian yang semakin tinggi dari hari ke hari.