Langkau ke kandungan utama

Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App)

 Seiring masa beredar kehidupan yang di lalui saban hari juga semakin mencabar dan tidak sedikit liku-liku kewangan yang perlu di hadapi. Benarlah kata pepatah orang dahulu kala, "semakin besar periuk,semakin besarlah pula keraknya". Pepatah melayu ini sangat sesuai untuk menggambar kan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada zaman sekarang. Pernah kah anda menyaksi kan atau pun mendengar keluhan ramai orang yang mengata kan,tak cukup duit! Sentiasa tak cukup duit? Semasa mula bekerja dahulu dapat gaji bersih seribu ringgit kata tak cukup. Setelah beberapa tahun bekerja dan gaji pun telah naik jadi lima ribu ringgit sebulan, tetap mengata kan duit tak cukup. Apa sudah jadi? 


Dan Bila Tak Cukup Duit Apa Pula Yang Di lakukan?

Bila sudah merasa kan diri tidak cukup duit,mula lah tercari-cari kerja partime untuk menampal perbelanjaan yang bocor. Semua ini harus di lakukan secara rela atau pun tidak demi menampung perbelanjaan harian yang semakin tinggi dari hari ke hari. Memang lah bagus,bila bekerja partime ni.Selain dapat menampal perbelanjaan yang bocor anda juga dapat menimba pengalaman bekerja di tempat dan suasana yang baru. Tapi jangan lah sampai anda terlalu terbuai oleh suasana di tempat kerja baru sehingga menjejas kan pekerjaan utama anda. Kita perlu sentiasa peka dan sedar pekerjaan separuh masa yang kita ada itu hanya lah bertujuan menyokong pendapatan gaji pekerjaan utama kita yang tidak cukup tadi bukan sebaliknya pula yang berlaku.


Realiti Yang Perlu Di Ketahui Apabila Berkerja Partime

Realiti melakukan dua atau lebih pekerjaan ini ada lah sangat memenatkan. Di khuatiri jika terlalu fokus pada kerja sampingan, kita akan jadi lupa dan hilang fokus pada kerja utama tadi. Macam mana nak fokus kalau badan dah terlalu letih. Apa kata ambil sedikit masa dan renung kan kembali apakah penyebabnya wang masih tidak mencukupi walaupun gaji telah bertambah? Ada kah ia nya memang benar -benar di sebab kan oleh kenaikan harga barang secara mendadak atau pun berpunca dari diri sendiri yang boros berbelanja? Jika masalah memang berpunca dari diri sendiri,sikap dan emosi perlu kita kawal supaya tidak terjebak dengan impulse buying. Jika sikap impulse buying ini tidak di atasi,rugi dan sia -sia sahaja kerja partime yang telah di buat tadi.


Buat para pembaca semua tidak perlu lah nak rasa frust dan stress sangat jika anda masih berada dalam situasi yang telah di sebut kan di atas. Rasa frust dan stress yang terlampau juga tidak baik untuk kesihatan kita. Kita perlu rilek dan santai sikit untuk lari sekejap dari terlalu memikir kan masalah. Jadi pada posting kali ni Aku nak ajak para pembaca semua rilek sikit. Tapi rilek yang ni boleh mendatang kan hasil. Rilek dan santai sambil mendengar radio di rumah pun kita boleh dapat duit tau. Jadi ikuti lah review yang telah Aku jalan kan terhadap aplikasi ini. Aplikasi yang telah Aku review ini di beri nama Mode Earn App.


Apa itu Mode Earn App?

Mode Earn App adalah satu aplikasi yang yang telah di keluar kan pada 28 Oktober 2018 oleh Mode Mobile: Make Money Online App. Aplikasi ini menyediakan satu platfom streaming muzik atas talian secara percuma. Dengan menjadi pengguna di Mode ini membolehkan anda mendengar muzik dalam pelbagai genre tanpa mengeluarkan kan sedikit pun wang daripada poket anda. Aplikasi yang dahulunya di kenali sebagai current rewards ini sangat terkenal di seluruh dunia. Sehingga ke bulan Oktober 2022 sahaja, aplikasi ini telah di muat turun di Google play store melebihi sepuluh juta download dan telah mendapat sebanyak dua juta review. Menjadi kan Mode satu aplikasi yang terkenal di dunia maya.




Peranti Yang Sesuai Untuk Mode Earn App.

Anda semua juga perlu mengetahui bahawa bukan semua peranti adalah sesuai untuk aplikasi Mode ini. Peranti yang sesuai untuk aplikasi Mode ini ialah  peranti yang mempunyai OS Android 5.0 dan ke atas. Jika kurang daripada itu ia mungkin tidak berfungsi dengan baik. Sebaiknya cuba di selidiki dahulu android OS anda adakah bersesuaian.


Baiklah selepas mengetahui serba sedikit tentang aplikasi Mode ini, persoalan seterusnya bagaimana pula nak mendapat kan hasil daripada aplikasi ini?  Cara nya adalah cukup mudah. Tetapi sebelum itu ada perlu mengetahui tiga perkara asas yang wajib anda miliki untuk menjana income secara online. 


Perkara yang perlu ada untuk menjana income online:


1. Smart fon

2. Sambungan internet

3. Aplikasi yang Terbukti membayar


Jika anda sudah mempunyai tiga perkara langsung je kita semak bagaimana nak hasil kan sedikit pendapatan menggunakan aplikasi di Mode tetapi sebelum itu Seperti kebanyakan aplikasi lain, Mode Earn App ni perlu di muat turun dahulu di Google play store. Setelah berjaya di muat turun anda boleh terus mendaftar akaun secara percuma.Akan ada bahagian tutorial di dalam aplikasi ini yang akan membimbing sang pemula untuk membuka akaun. Ikuti sahaja arahan yang disediakan.Sesuatu yang best dan santai tentang aplikasi Mode pada Aku adalah anda boleh mendapat wang dengan hanya mendengar radio. Ya, anda tidak salah dengar. Anda juga akan di bayar dengan dollar America(USD). Aku juga pada mulanya tak percaya sehinggalah pembayarannya Aku terima di akaun bank.Walaupun tidak banyak namun perasaan Aku pada masa itu hanya tuhan yang tahu. Gembira tiada terkata. Rasa bersyukur sangat-sangat. Sila baca juga:

 Mode Earn App : Benarkah Legit  Atau Pun SCAM?




Di harapkan perkongsian Aku ini akan memberi manfaat dan membuka mata ramai orang 
"Di mana ada kemahuan, pasti di situ ada jalanya".


 Tidak kira lah apa sahaja jenis pekerjaan yang di lakukan tidak mengapa selagi mana ianya halal.Semoga kita semua akan mendapat keberkatan tuhan.




Adakah anda pelajari sesuatu? Jika ya, mohon di komen dan share.






Ulasan

Unknown berkata…
thanks autor..perkongsian yang baik
Unknown berkata…
Memang sedang mencari aps yang membayor.. Will try,thanks!

Catatan popular daripada blog ini

Terima Gaji Setiap Hari Di PayPal Melalui Aplikasi Cash Em' All Tiada keraguan Dan Ternyata Membayar (payment proof)

 Tiada lagi rasa rasa sangsi dan keraguan terhadap aplikasi Cash `em All ini, itu lah harapan Aku semasa pertama kalinya membuat review tentang aplikasi ini di posting yang lepas. Sesungguhnya rasa ragu dan was-was yang keterlaluan boleh menghalang kita daripada mengambil langkah pertama ke arah kejayaan. Oleh itu bersederhanalah kita sentiasa dalam segala hal. Hal perasaan dan emosi juga tidak terkecuali dan kepada mereka yang terlepas dan tertanya-tanya apa tu Cash `em All boleh baca di sini:  Cash Em' All Gempak App Ni Main Game Pun Di bayar Dalam Matawang Euro Ke Akaun PayPal Baik lah Aku andaikan anda semua telah mengetahui apakah itu aplikasi Cash `em All ini dan cara menjana wang daripadanya. Bukan itu sahaja malah Aku juga berharap anda juga telah memberi kan peluang dan mencuba sendiri aplikasi ini. Tidak rugi jika kita berusaha mencuba sendiri. Tambah berbaloi mencuba bila anda sudah tahu yang aplikasi ini memang ternyata membayar. Tanpa perlu bersusah payah. Apa yang tin

Mode Earn App : Benarkah Legit Atau Pun SCAM? Bukti Pembayaran(Payment Proof)

 Assalamualaikum para pembaca blog Aku Punya Cerita.Com, semoga kalian sentiasa di murah kan rezeki dan berada dalam lindungan Allah S.W.T selalu, amin. Tidak banyak yang hendak Aku perkatakan di dalam posting pada kali ini. Cuma sambungan dari perkongsian yang lepas berkenaan aplikasi membuat duit online Mode Earn App. Bagi yang belum mengetahui aplikasi apakah itu? Sila baca : Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App) Pada posting kali ini Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku membuat review tentang aplikasi Mode ni. Pada Aku Mode ni mudah nak di kendalikan. Kenapa Aku cakap mudah,pasal anda boleh start earning dengan hanya mendengar radio. Apa yang perlu anda lakukan hanya ambil telefon bimbit anda dan buka aplikasi Mode. Anda boleh pilih dari senarai radio yang di sediakan dalam aplikasi ini sesuai dengan selera telinga anda secara percuma. Kemudian anda boleh tinggalkan telefon anda dan masa yang ada boleh di gunakan untuk buat kerja a