Langkau ke kandungan utama

Sikit-sikit Lama Kelamaan Akan Menjadi Bukit: Kepentingan Tabiat Menabung

Sikit-sikit Lama Kelamaan Akan Menjadi Bukit: Kepentingan Tabiat Menabung 


Sebuah balang kaca berisi syiling di atas meja dengan seorang lelaki menulis di buku nota di belakangnya, melambangkan usaha menabung sedikit demi sedikit
Sedikit demi sedikit, simpanan akan bertambah lama kelamaan

Pepatah Melayu "sikit-sikit lama kelamaan akan menjadi bukit" sering dijadikan sumber semangat, terutama apabila kita ingin memulakan sesuatu yang baru, terutamanya tabiat menabung. Bagi mereka yang baru mengenal dunia kewangan peribadi, pepatah ini mengingatkan kita bahawa sedikit-sedikit yang disimpan, akhirnya akan membawa hasil yang besar. 

Namun, pernahkah anda tertanya-tanya mengapa, walaupun gaji yang diterima setiap bulan sama, jumlah harta yang dimiliki tetap berbeza? Mengapa ada yang mampu mengumpul kekayaan, sementara yang lain terperangkap dalam kitaran hidup dari gaji ke gaji?


Mengapa Gaji Yang Sama Tidak Menjamin Kewangan Yang Sama?

Seringkali kita berfikir bahawa jika gaji yang diterima adalah sama, maka harta yang dimiliki juga sepatutnya setara. Namun, kenyataannya tidak begitu. Apa yang berlaku adalah ramai di antara kita yang apabila gaji diterima, wang tersebut habis dibelanjakan tanpa baki. Tanpa disedari, kita mula bergantung kepada budaya pinjam meminjam untuk bertahan hingga gaji bulan seterusnya.

Masalah ini bukan hanya berlaku di negara kita, malah di negara maju sekalipun, mereka menghadapi cabaran kewangan yang sama. Lalu, apa yang menyebabkan situasi ini berlaku, dan bagaimana kita boleh mengatasinya?


Langkah Pertama: Mulakan Tabiat Menabung 

Jawapan kepada masalah kewangan ini sebenarnya sangat mudah: menabung. Walaupun jumlahnya sedikit, yang penting adalah konsistensi. Menabung adalah langkah pertama dalam merancang masa depan kewangan yang lebih stabil dan bebas dari stres kewangan.

Aku sendiri pernah merasai kesukaran ketika mula menabung. Pada mulanya, aku hanya menyimpan duit lebihan daripada perbelanjaan harian, dan dalam sebulan, aku hanya dapat mengumpul sekitar RM50. Namun, aku terus berusaha dan selepas setahun, aku mengubah strategi. Aku mula memotong RM150 daripada gaji setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam tabungan.

Selepas setahun, aku berjaya mengumpul RM1,800. Apa yang aku pelajari adalah: jangan tunggu sehingga ada duit lebih dahulu untuk menabung. Sebaliknya, simpan dahulu dan belajar hidup dengan apa yang ada.


Mengapa Menabung Itu Sangat Penting?

Kita sering berfikir bahawa duit yang diperoleh itu untuk dibelanjakan. Tetapi jika kita menghabiskan semuanya tanpa menyimpan, kita akan terus kekal dalam kitaran hidup miskin. Jika tidak memulakan tabiat menabung, kita mungkin akan terus terperangkap dalam kewangan yang tidak stabil sepanjang hayat.

Seperti yang dikatakan oleh Bill Gates: "if you are born poor, it's not your mistake, but if you die poor, it's your mistake."

Ini adalah satu peringatan penting bahawa nasib kewangan kita di masa depan adalah hasil keputusan kita hari ini. Jadi, mulakan menabung sekarang!


Cara Menabung dengan Bijak 

Bagaimana untuk mula menabung dengan bijak? Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk memulakan tabiat menabung:

Tetapkan Matlamat Menabung 

  • Tentukan jumlah yang ingin anda simpan setiap bulan. Mulakan dengan jumlah yang kecil tetapi tetap konsisten.

Automatikkan Penjimatan: 

  • Setiap kali gaji diterima, potong sebahagian daripadanya untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan. Ini membantu memastikan anda menyimpan tanpa perlu berfikir panjang.
Kurangkan Perbelanjaan Tidak Perlu:

  • Tinjau semula perbelanjaan bulanan anda dan lihat di mana anda boleh berjimat. Mengurangkan perbelanjaan untuk perkara-perkara yang tidak penting boleh memberikan ruang untuk tabungan.

Invest Sebagai Langkah Seterusnya:

  • Setelah anda mempunyai tabungan, pertimbangkan untuk melabur. Pelaburan yang bijak dapat mengembangkan wang anda lebih cepat. Pelaburan adalah cara untuk meningkatkan nilai simpanan anda dalam jangka masa panjang.



Bermula Dari Sini, Menabung Boleh Membawa Kejayaan 

Dengan langkah-langkah yang betul, simpanan yang sedikit demi sedikit akan berkembang menjadi jumlah yang besar. Jika anda berazam, sikit-sikit lama kelamaan akan menjadi bukit, bahkan mungkin gunung! Apa yang penting adalah konsisten dalam menabung dan mempunyai perancangan kewangan yang jelas.


Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga anda. Juga, tinggalkan komen di bawah untuk berkongsi pengalaman anda dalam menabung. Bagaimana anda mengurus kewangan peribadi anda? Apa yang telah anda pelajari dari artikel ini?

 Jom mula menabung hari ini untuk masa depan yang lebih cerah!

📖Baca Juga Rahsia Bijak Berbelanja: Cara Mudah Simpan Duit Tanpa Stres

📖Baca Juga Perangkap Duit : Mengapa Wang Kita Cepat Hilang?

💌 Langgan blog ini untuk catatan penuh rasa terus ke email anda

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...