Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2024

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini !

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini!  "Niz yang ketakutan di tepi pasaraya, menganggap cahaya funfair sebagai hantu. Satu malam yang seram... tapi lucu?" Assalamualaikum, Para Pembaca yang Dirahmati, Apabila kita mendengar tentang hantu atau cerita seram, pasti soalan pertama yang kita terfikirkan, Adakah hantu wujud? Betul tak? Dan setelah itu, apa yang terbayang di minda adalah sesuatu yang mengerikan dan menyeramkan, bukan? Tetapi, bagaimana jika aku katakan bahawa tidak semua cerita seram itu menakutkan? Ada juga kisah seram yang boleh membuat kita ketawa. Percaya tak? Mari aku ceritakan.  Pengenalan Cerita  Pada tahun 2003, aku baru mula bekerja di sebuah kilang sebagai operator. Itu adalah pekerjaan pertama aku selepas tamat sekolah. Namun, pada pertengahan tahun 2004, aku mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di kilang tersebut setelah bos baru yang berasal dari Thailand mengambil alih pengurusan kilang. Perubahan tersebut mem...

Kisah Mistik : Apa Yang Sebenarnya Terjadi Di Depan Aku Malam itu?

Kisah Mistik : Apa Yang Sebenarnya Terjadi Di Depan Aku Malam itu? Bayangan Misteri muncul di hujung jalan_ lokasi seperti ini sering menjadi latar kepada kisah-kisah seram yang sukar untuk dijelaskan. Assalamualaikum,  Hai, apa khabar semua pembaca blog? Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca di blog aku. Aku sangat menghargai sokongan daripada anda semua dan aku ucapkan, Terima kasih . Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin! Perkara Mistik: Suatu Fenomena Yang Sukar Dijelaskan   Perkara Mistik seringkali berlaku tanpa dapat dijelaskan menggunakan logik atau bukti kukuh. Kadangkala, kita sendiri tidak dapat mengungkapkan pengalaman tersebut dalam perkataan yang tepat. Mistik bukan sahaja berlaku di tempat-tempat tertentu, tetapi ia dilaporkan di seluruh dunia.  Walaupun pelbagai kajian saintifik dilakukan untuk membuktikan kebenarannya, seperti menggunakan teknologi seperti EVP  (Electronic Voice Fie...

Xiao Xiao Watak Anak Ratu Medusa Dan Xiao Yan Tidak Akan Wujud? BTTH

Xiao Xiao Anak Ratu Medusa Dan Xiao Yan Tidak Akan Wujud? BTTH: Ilustrasi konsep watak Xiao Xiao yang diinspirasikan daripada siri BTTH_ digambarkan sebagai gadis kecil diselubungi cahaya. Gambar ini dihasilkan semula sebagai karya asli untuk tujuan ulasan dan teori peminat.(Bukan gambar sebenar) Assalamualaikum.. Hai, apa khabar semua pembaca blog yang setia, terutamanya team Cinta Ratu Medusa dan Xiao Yan dari Battle Through the Heavens ( BTTH )? Semoga kesabaran Kita sebagai penyokong cinta mereka akan terus berkekalan. Amin! Sebenarnya, sudah agak lama aku tidak berkesempatan untuk mengemas kini kisah cinta mereka yang sentiasa mencuri perhatian peminat BTTH. Namun, aku ingin berkongsi sesuatu yang menarik yang baru-baru ini menjadi perbualan hangat di kalangan peminat siri ini. Isu Hangat Selepas Episod 136  Beberapa waktu lalu, isu ini menjadi bahan bualan hangat di kalangan warga maya, khususnya setelah tayangan episod ke-136 dari Yuewen Animation. Isu ini ...

Kisah Seram! " Cikgu... Kenapa Dengan Milah Tu?? "

Kisah Seram! " Cikgu... Kenapa Dengan Milah Tu?? " Ilustrasi seorang pelajar sekolah dirasuk semasa menari ulek mayang dalam satu pertandingan bakat_kisah benar yang menyeramkan dari zaman sekolah. Assalamualaikum dan h ai pembaca blog yang aku hormati! Kemerduan vokal serak basah milik Ratu Rock negara, Ella memang tidak dapat disangkalkan lagi. Keunikan suara yang dimiliki Ella ini tiada duanya. Berilah apa sahaja jenis lagu kepadanya, pasti hasilnya tidak akan pernah mengecewakan.  Eh, kejap.. kejap.. penulis ni nak cerita kisah penyanyi Ella ke? Kisah seram ni?? " Hahaha.. sabarlah sekejap. Baiklah, izinkan aku menyambung semula penceritaan kisah seram aku ni.. boleh? " Detik Tak Terlupakan di Konsert Ella Kelantangan suaranya ketika menjayakan Konsert Jilid Akhir : Ella Puteri Kota, pada bulan Jun 2023 yang lalu di Axiata Arena Bukit Jalil, telah memukau dan masih bergema lagi dalam kepala aku ni. Memang puas hati, apabila dapat melihat sendiri ...

Merdeka! Dari Hati Malaya 1957 Seorang Rakyat Jelata

Merdeka! Dari Hati Malaya 1957 Seorang Rakyat Jelata Meraikan semangat kemerdekaan yang tulus dari hati rakyat jelata - inspirasi daripada filem "1957:Hati Malaya". Assalamualaikum,  Kepada pembaca blog yang disayangi,   Rasanya masih belum terlambat lagi buat diri aku untuk mengambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun. Malaysia Madani : Jiwa Merdeka. Buat pengetahuan anda semua, bila tiba sahaja hari merdeka, aku pasti teringatkan kenangan lalu sewaktu menonton wayang 1957: Hati Malaya di tahun 2007 dahulu.  Filem hebat arahan sutradara Suhaimi Baba dan dibintangi oleh barisan pelakon berbakat besar seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Sharifah Amani dan Adlin Aman Ramli masih segar dalam ingatan aku. Rasanya filem itulah yang menjadi pencetus atau pun 'turning point' kepada diri aku untuk menghayati dan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ini pada setiap tahun. Jika sebelum itu, aku sekadar menyambutnya sebagai hari...