Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel APA SAYA BELAJAR DARI

Apa Saya Belajar Dari Menulis Dengan Bantuan AI

  Apa Saya Belajar Dari... Apa Saya Belajar Dari Menulis Dengan Bantuan AI AI boleh membantu menyusun kata, tetapi pengalaman dan rasa tetap perlu datang daripada manusia. Teknologi boleh membantu proses menulis, tetapi cerita yang hidup tetap bermula daripada pengalaman manusia. Ada satu masa dahulu, aku menganggap menulis perlu dilakukan seorang diri. Aku perlu mencari idea sendiri. Aku perlu menyusun ayat sendiri. Aku juga perlu duduk berjam-jam di hadapan skrin, memandang kursor yang berkelip sambil menunggu kata-kata datang. Kalau tulisan itu tidak menjadi, aku akan menyalahkan diri sendiri. Mungkin aku sudah kehilangan idea. Mungkin aku tidak lagi pandai menulis. Atau mungkin, aku memang tidak mempunyai cerita yang cukup menarik untuk dikongsikan. Kemudian aku mula mengenali kecerdasan buatan, atau lebih mudah disebut sebagai AI. Pada mulanya,...

Apa Saya Belajar Dari Diri Sendiri Pembukaan Semula Siri

Bila hati belajar, hidup pun berubah. Apa Saya Belajar Dari Diri Sendiri Pembukaan Semula Siri Masa mengajar, cermin menyedarkan — dua tanda kecil untuk perjalanan mengenal diri. Kalau ada satu benda yang orang selalu salah teka pasal diri aku, jawapannya senang: mereka ingat aku ini kelakar 24 jam. Padahal, kalau nak diikutkan, aku ni serius orangnya. Serius macam pelajar cemerlang yang sentiasa duduk di barisan depan… walaupun hakikatnya dulu aku duduk hujung sekali sebab suka bermain. Ironinya, aku memang boleh menghiburkan orang lain, tapi bab dihiburkan balik? Itu aku memang tak reti. Macam komputer yang boleh muat turun, tapi tak mahir memuat naik semula. Ramai yang kenal aku melalui sisi yang ringan—gurau, selit punchline, dan pandai buat suasana tak canggung. Tapi bila mereka mengenal aku lebih lama, mereka akan jumpa sisi aku yang lain: aku pendengar tegar, dan pengumpul sunyi. Aku jenis introvert yang ramai kawan, namun sengaja kekalka...

Apa Saya Belajar Dari Nyanyian Tanpa Wajah, Balasan Dengan Jiwa

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Nyanyian Tanpa Wajah, Balasan Dengan Jiwa “Kadang-kadang mesej yang paling dalam, hadir tanpa suara — hanya dengan getaran rasa.” 📌Sambungan daripada kisah: Apa Saya Belajar Dari Dua Rakan Smule: @_nurcinta_19 & @iR3Nij4_PiratesX Apa Saya Belajar Dari Momen Indah Itu: Bila Hati Tersentuh Dunia Jadi Lebih Indah  Bismillahhirrahmanirrahim.. Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Ada satu suara yang terkadang datang tanpa sebarang wajah, tetapi mengendong sejuta rasa. Suara yang tidak pernah saya kenal pada asalnya, tapi saya tahu apakah makna yang tersirat di sebaliknya. Dan apabila saya menerima balasan mesej yang panjang, jujur dan tulus daripada pemilik suara @iR3Nij4_PiratesX — saya tahu, penghargaan yang saya pernah tulis itu tidak jatuh ke tanah dengan sia-sia. Hari ini saya ingin mencatat sesuatu yang mungkin tidak akan saya ulang lagi. Sebab ada perkara, apabila kita sudah tahu ianya b...

Apa Saya Belajar Dari Momen Indah Itu: Bila Hati Tersentuh, Dunia Jadi Lebih Indah

Bila hati belajar, hidup pun berubah. ✨Apa Saya Belajar Dari Momen Indah Itu: Bila Hati Tersentuh, Dunia Jadi Lebih Indah “Kadang-kadang, suara boleh menjadi jambatan antara dua hati — walaupun asing, walaupun jauh.” Sambungan dari artikel: Apa Saya Belajar Dari Dua Rakan Smule: @_nurcinta_19 & @iR3Nij4_PiratesX Kita tidak selalu tahu bila sesuatu yang kita buat akan menyentuh hati orang lain. Kadang-kadang kita hanya menulis kerana mahu melepaskan rasa, atau menyanyi untuk mengisi rasa kesunyian. Tapi apabila seseorang yang kita tak kenal secara peribadi membalasnya dengan keikhlasan yang tak disangka-sangka — di situlah magisnya terjadi. Itulah yang berlaku kepada saya, beberapa jam selepas saya menulis artikel pertama tentang dua rakan Smule yang saya kagumi. Salah seorang daripada mereka, yang menggunakan nama @_nurcinta_19, telah membaca artikel itu. Dan... dia berkata bahawa dia terharu. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya. Dan kemudian, dia minta ...

Apa Saya Belajar Dari Dua Rakan Smule: @_nurcinta_19 & @iR3Nij4_PiratesX

🎤🎶💌Kategori: Apa Saya Belajar Dari... Dalam siri ini, saya berkongsi pelajaran dan rasa syukur yang datang bukan sahaja daripada insan ternama, tetapi juga dari mereka yang hadir secara diam-diam dalam hidup — yang mungkin tidak saya kenali secara dekat, namun kehadiran mereka meninggalkan kesan yang tidak kecil di hati. Artikel ini lahir daripada rasa sunyi yang saya isi dengan nyanyian. Ia bukan sekadar tentang muzik, tetapi tentang manusia. Tentang mereka yang tanpa disedari, menjadi bahagian kecil namun penting dalam proses saya sembuh, bangkit dan kembali percaya bahawa seni itu ada jiwanya. Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Dua Rakan Smule: @ _nurcinta_19 & @iR3Nij4_PiratesX Terima kasih @_nurcinta_19 dan @iR3Nij4_PiratesX- kalian bukan sekadar rakan duet Smule, tetapi suara yang menyentuh jiwa dalam sunyi. Dari jauh rasa itu tetap sampai. Satu Penghargaan Tulus dari Seorang  Rakan Jelata Assalamualaikum ...

Apa Saya Belajar Dari Nurul Idayu: Sahabat Buku, Kenangan & Kehilangan Yang Bermakna

📚 Apa Saya Belajar Dari Siri ini menghimpunkan kisah-kisah reflektif tentang individu, karya atau pengalaman yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya. Dari selebriti inspirasi, sahabat lama, hingga buku yang menyentuh jiwa — semuanya menjadi cermin untuk saya memahami kehidupan dengan lebih jujur dan bersyukur. Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Nurul Idayu: Sahabat Buku, Kenangan & Kehilangan Yang Bermakna  Zaman remaja kami diwarnai dengan buku cinta dan bual bicara panjang_ minat yang menyatukan dua jiwa berbeza. Setiap orang pasti ada satu nama yang tersimpan kemas di dalam hati mereka_ yang apabila disebut sahaja , kita akan secara automatik menggamit kenangan lalu. Bagi saya nama itu ialah Nurul Idayu. Dia bukanlah seorang artis, bukan seorang penulis terkenal, dan bukan juga seorang tokoh yang menghiasi dada akhbar atau pun kaca TV. Tapi dalam bab kehidupan saya, dialah watak sampingan...