Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DULU SAYA INGAT

Dulu Saya Ingat #3: Kalau Kena Hujan, Nanti Tinggi

  Dulu Saya Ingat Dulu Saya Ingat #3: Kalau Kena Hujan, Nanti Tinggi Masa kecil dahulu, kita percaya macam-macam — termasuk teori pelik yang kita pegang sungguh-sungguh walaupun logiknya entah ke mana. Salah satu yang paling saya yakini dulu ialah: “Kalau kena hujan, nanti tinggi.” Hujan masa kecil — kononnya kunci rahsia untuk jadi tinggi. Kata Pengantar Masa kita kecil dulu, kepercayaan selalunya datang daripada mulut orang yang kita sayang dan hormat. Kalau abang sepupu atau mak saudara sebut dengan muka yang yakin, automatik kata-kata itu akan menjadi “fakta dunia”. Saya pun tak terkecuali. Masa itu, saya memang benar-benar percaya air dari langit memang ada kuasa untuk menambah inci tau, serius.. — seperti baja yang digunakan untuk tumbesaran pokok jagung, tapi yang ni untuk versi manusia. Hujan Pertama Yang Mengubah Segalanya Waktu tadika dulu, kampung saya sering disimbah hujan petang — h...

Dulu Saya Ingat #2: Duit Boleh Tumbuh Kalau Disiram

😆 Dulu Saya Ingat #2: Duit Boleh Tumbuh Kalau Disiram Khas dibawakan oleh: Remy versi umur 6 tahun yang serius eksperimen pokok duit Misi budak enam tahun: tukar RM5 jadi ladang. "Duit tak tumbuh atas pokok." Saya ingat sangat ayat tu. Siapa yang mula sebut? Saya pun tak pasti. Tapi ayat tu melekat terus dalam kepala. Macam masuk ke telinga, dan turun terus ke hati, berputar dalam kepala budak enam tahun yang penuh teori pelik-pelik. Lalu, saya fikir — kenapa orang dewasa cakap macam tu? Dah pernah cuba ke? Dah tanam duit ke? Kalau belum, jangan cepat sangat kata tak boleh! Semangat kan Remy masa tu?  Dan itulah bermulanya satu eksperimen rahsia. Rahsia yang kononnya macam misi James Bond, padahal saya sendiri pecah tembelang lepas dua minggu. 🌱 Langkah Pertama: Pemilihan Lokasi Strategik Saya pilih pasu pokok lidah buaya mak. Tanahnya lembut, dan senang nak digali. Saya gali lubang elok-elok, dan masukkan duit RM5. Duit kertas hijau tu saya bentang elok-e...

Dulu Saya Ingat [Episod #1]: Kalau Telan Biji Tembikai, Akan Tumbuh Pokok Dalam Perut 🌱]

Kata Pengantar Siri: DULU SAYA INGAT… Kalau anda terjumpa siri ini waktu anda tengah stres, selamat datang saya ucapkan. Anda memang berada di tempat yang betul. Kalau anda sampai sini sebab nak carik motivasi, mungkin anda akan dapat juga… tapi bukanlah motivasi yang biasa anda dengar. Ini kerana blog ni, sejak awal lagi memang banyak mengandungi entri yang serius. Seperti tentang hati, kehilangan, pencarian makna dalam hidup, dan perasaan yang tak selesai — dan semua tu masih penting. Tapi penat lah, dan korang mesti fikir Remy ni seorang yang selalu serius je,hakikatnya tidak begitu. Sometimes the opposite is true!  Oleh sebab itu, blog ni juga perlukan satu sudut untuk saya  bernafas & have fun.  Tempat di mana kita boleh tersenyum kecil. Satu tempat kita tak perlu nak jadi pandai sangat . Tempat kita boleh teringat balik versi diri kita yang kecil, kelakar, dan percaya benda yang pelik-pelik dengan penuh keyakinan.  Siri ini saya beri na...