Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2025

Catatan Awal Pagi #17 Bila Takut Itu Datang Bersama Kehilangan

  Malam di hospital — antara takut dan doa. Catatan Awal Pagi #17 Bila Takut Itu Datang Bersama Kehilangan Malam ini terasa begitu panjang. Lampu hospital yang putih pucat seakan tak pernah berkelip, dan setiap bunyi mesin di ruang red zone membuat dada Remy bergetar. Bau antiseptik yang menusuk, bunyi pintu automatik terbuka dan tertutup, serta langkah kaki jururawat yang tergesa-gesa menambahkan rasa cemas. Di sudut ruang, kerusi plastik biru terasa lebih dingin dari biasa. Mama sedang bertarung dengan sesuatu yang Remy tak mampu lawan — pancreas yang tidak lagi berfungsi seperti biasa. Setiap kali pintu red zone terbuka, Remy menahan nafas, seolah-olah berita buruk boleh datang bila-bila masa. Ada satu rasa yang Remy tak tahu bagaimana mahu disebut: takut . Takut kehilangan. Takut melihat orang yang paling Remy sayang terbaring dengan wayar berselirat, antara sedar dan tidak, seolah masa menahan nafasnya. Bayangan Kehilangan yang Masih Hangat Beb...

Lagu Yang Saya Tak Pernah Mainkan Untuk Dia

Siri: Sebelum Semua Ini Hanya Tinggal Lagu Lagu Yang Saya Tak Pernah Mainkan Untuk Dia Ada lagu yang tak pernah kita nyanyikan, sebab takut kebenaran di dalamnya terlalu dalam untuk didengar. Saya pernah cipta satu lagu. Ianya tak panjang, tapi ada semua — Hasil daripada nada sunyi yang saya kumpulkan dari malam-malam yang tak pernah cukup lena, Liriknya ditulis dengan perlahan, sewaktu hati saya masih lagi belajar untuk melepaskan. Tapi lagu itu tak pernah saya mainkan untuk dia sehingga saat ini.  Bukan Sebab Tak Sempat Saya ada banyak peluang sebenarnya. Malah, saya pernah duduk hanya beberapa langkah dari dia. Tangan saya kemas memegang gitar. Dan hati saya pula penuh rasa mendengar dia menyanyi. Tapi mulut saya… tetap berdiam. Saya takut, kalau lagu itu akan membuatkan dia tahu betapa saya sebenarnya sangat menyayangi dia lebih dari apa yang dia sangkakan. Takut, kalau selepas lagu itu dimainkan , segalanya akan berub...

Saya Duduk Seorang, Tapi Lagu Dalam Kafe Ini Buat Saya Terasa Berdua

  Saya Duduk Seorang, Tapi Lagu Dalam Kafe Ini Buat Saya Terasa Berdua "Kadang-kadang seseorang tak perlu berkata apa-apa pun — cukup hanya duduk, dan kita tahu rasa itu benar." Siri: Meja Kecil di Kafe Hujan Saya duduk seorang di satu sudut kafe kecil — meja bujur dua kerusi, berhampiran tingkap yang menghadap jalan basah. Di luar, hujan renyai jatuh perlahan, mencipta simfoni lembut bersama lagu Perancis lama yang bergema perlahan dari corong pembesar suara. Aroma kopi dan bau buku lama memenuhi ruang. Tapi yang paling jelas — rasa itu. Rasa yang pelik, sebab saya tak rasa sunyi langsung. Lagu yang sedang dimainkan itu pernah dia nyanyi, dalam satu OC yang saya dengar diam-diam malam itu. Dan sekarang, ketika saya duduk seorang, lagu itu membuat saya terasa seperti dia sedang duduk di hadapan saya. Wajahnya tiada. Tapi saya boleh bayangkan tangannya menyentuh cawan. Saya boleh dengar dia tergelak kecil, macam selalu. Kafe ini bukan d...

Kita Tak Pernah Ada Gambar Sama

Siri: Sebelum Semua Ini Hanya Tinggal Lagu Kadang-kadang aku terfikir bagaimana seseorang boleh tinggal begitu lama dalam hati, walaupun tak pernah ada satu pun gambar untuk dikenang. Mungkin sebab dia bukan sekadar kenangan — tapi satu rasa yang tak sempat jadi nyata. Kita Tak Pernah Ada Gambar Sama Kadang-kadang aku tertanya — kenapa tak pernah ada satu pun gambar kita? Bukan semua suara perlu dibalas. Ada yang cukup untuk disimpan, agar hati tak lupa cara untuk rasa. Tiada gambar dalam telefon, tiada juga dalam album, dan tidak wujud juga di mana-mana ruang yang boleh aku tatap semula bila rindu datang secara perlahan-lahan. Kita tiada gambar bersama bukanlah sebab kita tak pernah berjumpa. Tapi mungkin sebab waktu itu… kita tak fikir kita akan sampai ke tahap rindu yang begini. Kita fikir semua ini hanyalah sementara. Satu persinggahan untuk mengisi sepi, bukan satu destinasi yang bakal meninggalkan kesan. Mungkin Sebab Kita Tak...

Matilanak #2: Ku Basuh Luka Dengan Air Mata, Tapi Hati Tiba-Tiba Lembut Dengan Seseorang

  Matilanak #2: Ku Basuh Luka Dengan Air Mata, Tapi Hati Tiba-Tiba Lembut Dengan Seseorang Kata Pengantar: Semua orang pasti pernah ada satu momen yang mereka tak boleh lupakan. Tapi jarang ada momen yang buat kita ketawa sendiri dan rasa malu bertahun. Ini kisah itu. Kisah seorang lone ranger pada malam raya, dan satu suara dari kejauhan yang buat hati ini tiba-tiba jadi lembut. Malam sebelum ke Kajang, bila kawan-kawan ajak karaoke dengan pasangan masing-masing, saya scroll Smule sorang-sorang... dan tak sangka jumpa dia. Malam tu malam terakhir saya di kampung sebelum ke Kajang. Keluarga kami nak sambut raya di sana, dan macam biasa — raya bukan sekadar makan rendang, tapi juga sesi karaoke dengan kawan-kawan. Yang tak biasanya, semua kawan saya dah berpasangan. Cuma saya sorang je yang masih single. Lone ranger. Dalam hati, saya memang dah bersedia nak jadi tukang ambil gambar pada malam tu. Tapi sebelum tidur, entah kenapa saya rasa saya nak nyanyi satu l...

Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar

 🫠📖 Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar 📚 Kata Pengantar: Matilanak #1 — Bila Lawak & Rasa Terselit Dalam Rakaman Suara “Matilanak.” Itu bukanlah nama orang. Bukan juga makhluk mistik dari filem seram. Tapi… satu slang rasa yang Remy guna sendiri — untuk menggambarkan perasaan yang muncul secara tiba-tiba… seperti apabila kita terlalu suka, terlalu gugup, dan terlalu jujur… sampai dah tak tahu nak buat apa. Siri ini lahir bukan dari studio penulisan, tapi dari bilik sunyi, suara serak pagi, dan notifikasi Smule yang kadang buat jantung berdegup lebih laju dari beat lagu. Ia tentang perasaan kecil yang kita selalu diamkan, tapi sebenarnya sangat besar dalam hati kita. Kadang-kadang, kita nyanyi biasa je. Tapi bila dia dengar... kita replay sendiri 8 kali. Kadang, kita tulis DM panjang, tapi tak pernah hantar. Kadang, kita join OC dia — tapi suara sendiri pun kita tak dengar. Dan masa tu lah, kita cuma mampu bi...

Dunia Buku #8: Bab Yang Tak Pernah Kita Baca Bersama

  Dunia Buku #8: Bab Yang Tak Pernah Kita Baca Bersama Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati. Kadang, buku yang tak kita tamatkan itu... menyimpan lebih banyak rasa dari yang kita sangka. Ada buku yang kita baca sambil lalu, ada pula yang tinggal lama dalam hati — seperti seseorang yang tidak kita duga akan hadir begitu mendalam. Aku tak pasti kenapa aku capai semula buku itu pagi tadi. Ia sebenarnya sudah lama terperuk di rak, separuh terbuka dengan penanda buku yang lusuh. Kulitnya sudah pudar, dan halamannya sedikit kuning di tepi. Tapi ketika jemariku menyentuh helaian pertamanya semula, aku merasakan ada satu perasaan aneh yang muncul — seolah-olah buku itu tahu aku datang bukan untuk mencari jawapan, tapi untuk menenangkan sesuatu yang bergelora dalam diam di dalam dada. Tajuk buku itu tak gempak pun biasa-biasa sahaja. Kisahnya pun bukan plot twist yang buat kita rasa nak jerit. Tapi......