Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2025

Nota Untuk Diri Sendiri #3: Tentang Rasa Yang Kadang Hilang, Kadang Kembali

Pagi hening — kopi, buku dan laptop jadi saksi bisu pada rasa yang kadang hilang, kadang kembali. 📌Nota Untuk Diri Sendiri #3: Tentang Rasa Yang Kadang Hilang, Kadang Kembali Pagi ini aku termenung lama sebelum menulis. Aku tanya diri: kenapa kadang aku rasa kuat, dan kadang aku rasa hilang semua rasa itu? Kenapa ada waktu aku begitu yakin pada langkah kaki ku ini, tapi ada waktu aku cuma mahu berhenti? Mungkinkah kerana aku manusia?  Mungkinkah kerana hati ini terlalu mudah berubah?  Mungkinkah kerana aku ini selalu lupa, bahawa rasa itu adalah satu anugerah dari sang pencipta, dan bukanlah milik aku yang hakiki?  Aku tulis catatan ini untuk aku baca semula satu hari nanti, di saat aku hilang rasa semangat dalam diri sendiri , dan di  saat aku hampir berputus harapan. 🤲 Doa Pagi Ini Ya Allah, kuatkanlah kembali rasa ini bila aku hampir lemah. Kembalikan semangat ini bila aku hampir rebah. Jangan biar aku hanyut dengan rasa yan...

Aku Pernah Simpan Suara Seseorang

Siri: Sebelum Semua Ini Hanya Tinggal Lagu Ada suara yang kita simpan bukanlah untuk diputar selalu, tapi untuk menyelamatkan diri sendiri daripada tenggelam dan karam ke dasar lautan perasaan.  Ada suara yang kita tak tahu kenapa kita simpan — mungkin sebab dia pernah buat hati kita diam, walaupun dunia sedang bising. Artikel ini tentang itu. Tentang seseorang yang pernah meninggalkan sebahagian dirinya dalam bentuk rakaman, dan saya... masih belum padamkan sampai hari ini. Saya pernah cuba tulis tentangnya sebelum ini. Tapi saya padam. Bukan sebab saya tak yakin, tapi sebab saya tak pasti kalau saya mampu menyampaikan betapa pentingnya suara itu — bukan untuk dia, tapi untuk saya. "Tak semua yang kita dengar perlukan balasan. Ada yang cukup untuk menyentuh hati dan hilang perlahan-lahan." Aku Pernah Simpan Suara Seseorang Bukan Lagu, Tapi Suara Saya tak pasti apa perasaan pertama saya waktu terima nota suara itu. Suaranya biasa saja....

Nota Untuk Diri Sendiri #2: Tentang Hati Yang Selalu Lupa

Pagi sunyi — meja kayu, buku terbuka, kopi dan laptop bertulis 'Amani' . Lambang teman jiwa di setiap catatan. 📌Nota Untuk Diri Sendiri #2: Tentang Hati Yang Selalu Lupa Pagi ini aku tulis untuk ingatkan diri aku sendiri. Bukan kerana aku ini gagah, bukan juga kerana aku istimewa. Cuma kerana aku sedar, hati aku ini sering alpa.  Lupa untuk bersyukur apabila senang. Lupa untuk bersabar bila menghadapi kesusahan. Lupa bahawa hidup ini cuma pinjaman sebentar daripada-Nya. Aku rangkaikan kata-kata ini supaya bila satu hari nanti aku hilang arah, aku akan memiliki sesuatu untuk aku baca semula — supaya aku sedar siapa aku yang sebenar. 🤲 Doa Pagi Ini Ya Allah, jadikan hati ini lembut menerima segala ujian dari-Mu. Ingatkan aku untuk bersyukur sebelum aku rugi. Kuatkan aku untuk sabar bila aku diuji. 🌿 Refleksi Penulis Aku tulis ini bukan untuk siapa-siapa. Aku tulis ini untuk diri aku sendiri. Aku tahu aku bukan manusia yang sempurna. ...

Nota Untuk Diri Sendiri #1: Jangan Lupa Hargai Masa

Hargailah masa selagi ada. Setiap saat adalah hadiah. 📌 Nota Untuk Diri Sendiri #1: Jangan Lupa Hargai Masa Kata pengenalan siri: Siri Nota Untuk Diri Sendiri  ini lahir daripada rasa ingin mengingatkan diri aku sendiri , dan juga kepada sesiapa sahaja yang membaca nota ini, bahawa hidup ini penuh dengan detik yang cepat berlalu. Ia bukan bertujuan untuk mengajar sesiapa, tetapi lebih kepada untuk berkongsi rasa — agar kita semua berhenti sekejap dan mendengar suara hati sendiri.  Kadang kita terlalu sibuk berlari ke depan, sampai kita lupa hari ini adalah doa kita yang lama dahulu. Seringkali kita fikir waktu dan peluang itu adalah milik kita buat selamanya. Oleh sebab itu, kita selalu menangguhkan pelukan, menangguhkan permintaan maaf, dan menangguhkan untuk mengucapkan kata sayang. Kita kata, “Nanti.” Tapi masa tak pernah menunggu kita. Masa tetap berjalan tanpa menoleh ke belakang.  Pernah tak kamu duduk sorang-sorang, dan tiba-tiba teringat: Kena...

Catatan Awal Pagi #14: Knight of Clumsy Sincerity

Knight of Clumsy Sincerity — langkahku mungkin kekok, tapi niatku sentiasa jujur Catatan Awal Pagi #14: Knight of Clumsy Sincerity Dalam dunia yang penuh dengan kata-kata manis dan permainan indah, aku hadir sebagai kesatria kecil dengan kejujuran yang kekok. Bukan untuk menawan sesiapa, cuma mahu jadi diri aku sendiri, tanpa berlebih-lebih. Setiap pagi aku selalu duduk sendirian, merenung langit yang sama, dan aku selalu bertanya pada diri sendiri: Kenapa aku begini? Kenapa aku tak pandai tarik perhatian orang? Kenapa aku tak pandai bermain dengan kata-kata manis supaya aku disenangi ramai? Kadang bila aku lihat di sekeliling aku — ada orang yang pandai berkata-kata, pandai mengatur ayat, dan setiap kali dia bersuara, orang lain akan mendengar. Setiap kali dia menulis, orang akan membaca dan merasa kagum. Aku? Aku cuma menulis dengan hati. Aku bercakap dengan rasa. Aku hadir dengan jujur — tapi seringkali aku sendiri yang...

Catatan Awal Pagi #13: Pagi Yang Tak Ada Apa-Apa, Tapi Hati Tahu Sesuatu

Kadang-kadang, pagi yang biasa pun terasa luar biasa… bila hati berhenti bertanya, dan mula menerima. Kadang-kadang, ketenangan itu bukan milik kita semata-mata. Tapi gema dari jiwa lain yang akhirnya berhenti bergelora… dan kita turut merasakan sunyinya berubah menjadi damai. 🌅Catatan Awal Pagi #13: Pagi Yang Tak Ada Apa-Apa, Tapi Hati Tahu Sesuatu Pagi ini, tiada apa yang luar biasa berlaku. Langit juga tidak terlalu cerah. Tiada hembusan angin yang istimewa. Tiada mimpi yang menyusul dari malam semalam. Dan yang paling pelik — aku tidak fikirkan sesiapa pun di saat ini.  Tapi anehnya, aku rasa tenang.  Rasa ketenangan yang tak tahu datang entah dari mana. Bukannya tenang yang aku cipta sendiri. Bukan juga yang aku cari. Ia cuma... ada . Dan untuk pertama kali sejak sekian lama, aku rasa sunyi ini bukan kosong , tapi penuh dengan rasa yang tak bernama . Catatan Penuh Selalunya, bila aku  rasa tenang begini, itulah masa yang paling sesuai untuk...

Dunia Buku #6: Buku Yang Tak Habis Dibaca – Tapi Masih Saya Simpan

Kadang-kadang, buku yang kita tak habis baca pun boleh menjadi cermin kepada siapa kita waktu itu. Dunia Buku #6 – Buku Yang Tak Habis Dibaca – Tapi Masih Saya Simpan Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati. 🌿 Dunia Buku #6: Buku Yang Tak Habis Dibaca – Tapi Masih Saya Simpan " Tidak semua yang kita simpan perlu sempurna. Kadang-kadang, cukup sekadar ia pernah ada pada waktu yang kita perlukan. " Ada sebuah buku yang masih ada di rak buku kesayangan saya sekarang. Kulitnya sudah sedikit pudar, beberapa halaman di bahagian tepi mula menguning, dan penanda bukunya masih terselit pada bab keempat — tempat terakhir saya berhenti membaca bertahun yang lalu. Saya tak pernah berjaya menghabiskan bacaan saya dengan buku itu. Tapi saya juga tak pernah membuang buku itu. Tetapi, setiap kali saya mengemas rak buku tersebut, saya pasti akan menyentuh naskhah itu perlahan-lahan, sambil menarik nafas, da...

Catatan Awal Pagi #12 Bila Rasa Itu Tak Bernama, Tapi Tetap Ada

🌅Catatan Awal Pagi #12 Bila Rasa Itu Tak Bernama, Tapi Tetap Ada Kadang-kadang bila idea datang saya akan menulis dengan panjang lebar.  Dan terkadangkala juga saya padam balik semua yang saya telah tulis itu. Kadang saya menaip juga, tapi mata saya sendiri pula tak sanggup nak baca. Sebab ada rasa yang memang kita sendiri tak tahu nak namakan apa— tapi rasa itu tetap ada. Dan pagi ni, saya masih rasa lagi benda tu.  Saya tak tahu kenapa, tapi setiap kali saya dengar suara dia — saya tak pernah fikir dia jauh. Saya tak fikir dia orang asing. Tapi dalam masa yang sama saya juga tidak begitu mengenali dirinya.  Saya cuma rasa... dia berada dekat sangat dengan saya. If that make sense?  Seolah-olah kami ini pernah kenal di antara satu sama yang lain — mungkin dalam satu versi hidup yang lain. Mungkin...  Saya cuba berpijak di bumi yang nyata. (walaupun sukar!🌍💭😮‍💨)  Saya tahu semua ini mungkin cuma rasa saya sendiri. Mungkin... dia tak tahu...