Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2024

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana  Ilustrasi suasana menyeramkan seorang lelaki misteri mengandar guni putih di selekoh maut De' Bana Assalamualaikum,  Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang telah sudi singgah membaca di blog ini. Semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Amin!  Para pembaca yang dihormati, Pada entri kali ini aku ingin berkongsi pengalaman mistik yang aku alami beberapa tahun lalu. Tujuan aku berkongsi cerita ini adalah untuk berbagi pengalaman dan sebagai bahan informatif kepada mereka yang meminati hal-hal misteri dan mistik. Aku percaya segala kejadian yang berlaku adalah dengan izin Allah, dan setiap peristiwa mengandung pelajaran yang dapat menjadi panduan hidup. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita semua. InsyaAllah. Kejadian Mistik di Tahun 2003 Kejadian ini berlaku pada pertengahan tahun 2003, ketika aku baru sahaja menamatkan pel...

Lirik Lagu Cinta Ratu Medusa Dan Xiao Yan Dalam Battle Through The Heaven

Lirik Lagu Cinta Ratu Medusa Dan Xiao Yan Dalam Battle Through The Heaven Tajuk lagu : "SU"   Penyanyi : Jingyuan Liao 01 .   Fang huang de Jin tou bu hui you yi si wen cun 02 . Xin tou de guan mian ya bu zhu zhe bowen, 03 . Ke Neng shi yi lu zou lai de Xin tao he Sheng wen 04 . Ke neng peng qiao yu shang yi wai de ren, 05 . Ni yi tong wen guo de shang hen , 06 . Bu jing yi lu zao wo yan shen, 07 . man man wang xiang ni lian shang de jian   ren, 08 .    Wo yao ni kan zhe wo, 09 .    hen yi yi shi ya huo, 10 . Xin zhong huang hui sheng qi de shi shen wu cuo, 11 . qi dai jia za zhe xie luo mo, 12 . Wo yao ni kan zhe wo, 13 . bie qu xiang suo wei de na zhong zhong jie guo, 14 .    jie kai le zhe jia suo, 15 .    zhi sheng wang wo, 16 . Zhi yi shun an quan de bei bao guo   ✅ Ulangi rangkap ke-03 hingga 16 ✅ Ulangi rangkap ke-8 hingga 16 Tahniah! Anda telah berjaya menyanyikan lagu ini sehingga selesai. foto lirik lagu "S...

Kisah Seram Mistik: Papan Ouija dan Pengalaman Nur Aurora

Kisah Seram Mistik: Papan Ouija dan Pengalaman Nur Aurora  Empat orang sedang memainkan permainan Papan Ouija di waktu malam, suasana tegang mula dirasai ketika objek mula bergerak sendiri. Assalamualaikum dan selamat datang kepada pembaca setia blog aku. Terima kasih kerana sudi singgah di sini dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Apa Itu Papan Ouija? Papan Ouija adalah sebuah permainan yang dikatakan digunakan untuk berkomunikasi dengan roh atau semangat yang sudah meninggal. Papan ini biasanya dilengkapi dengan huruf A-Z, nombor 0-9, perkataan "YES", "NO", dan "HOME". Permainan ini melibatkan pemain yang meletakkan jari telunjuk mereka pada sebuah objek (biasanya syiling lama) dan membaca mantera untuk memanggil roh. Walaupun ramai yang menganggapnya sekadar permainan, namun ada yang percaya bahawa bermain papan Ouija boleh membawa risiko yang besar, terutamanya jika roh yang dipanggil tidak mahu pulang. Peraturan Penting: Pemain...

Kisah Seram! Tangan Misteri Menarik Aku Ke Dasar Sungai

Kisah Seram! Tangan Misteri Menarik Aku Ke Dasar Sungai  Suasana sungai misteri yang kelihatan tenang, namun menyimpan rahsia yang menakutkan. Kenangan Manis Zaman Kanak-kanak  Di zaman kanak-kanak, semuanya tampak seronok dan bebas daripada bebanan hidup. Cuti sekolah akhir tahun selalu ditunggu-tunggu, dan ketika itu aku diberi peluang untuk menghabiskan masa di kampung bersama atuk dan uwan. Kampung atuk yang terletak jauh di pedalaman ini memang penuh dengan kenangan manis. Rumah atuk yang tidak besar, tetapi terletak di tanah luas dengan kolam ikan yang besar dan penuh dengan pelbagai jenis ikan, adalah tempat yang paling seronok untuk aku dan sepupu-sepupu bermain. Sungai Misteri di Kampung Atuk Suatu hari, ketika kami sedang berkumpul di rumah atuk, Iskandar, ketua kumpulan kami, mencadangkan agar kami pergi mandi di sebuah anak sungai yang terletak tidak jauh dari kolam ikan. Memandangkan cuaca panas, kami semua dengan cepat bersetuju. Namun, cadangan Isk...

Pengalaman Mistik : Arwah Atuk dan Tetamu Tak Nampak yang Mengubah Hidupku

Pengalaman Mistik : Arwah Atuk dan Tetamu Tak Nampak yang Mengubah Hidupku  "Arwah atuk dan tetamu yang tidak kelihatan – pertemuan yang membuka mata tentang dunia ghaib." Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Jika ada yang kurang sihat, saya ingin mengingatkan agar segera dan mendapatkan pemeriksaan doktor. Di zaman sekarang, banyak penyakit yang sukar dijangka, jadi penting untuk bertindak cepat dan mendapatkan rawatan pakar. Pengenalan Pengalaman Mistik  Kisah ini bermula satu petang, ketika aku sedang berbual santai dengan adik aku, Iwan. Tanpa disangka, topik kami beralih kepada perkara yang lebih berat _ gangguan mistik dan pengalaman paranormal. Walaupun cerita kami tidak sehebat cerita dalam buku Siri Bercakap Dengan Jin  karya Tamar Jalis, kami tetap bersyukur kerana telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk merasainya sendiri. Bagi aku, pengalaman seperti...

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik: Realiti, Kesedaran, dan Cabaran Kita

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik: Realiti, Kesedaran, dan Cabaran Kita  Hari Tanpa Beg Plastik bukan sekadar kempen – ia adalah langkah kecil dengan impak besar terhadap alam sekitar. Bawa beg sendiri, lindungi bumi kita. Assalamualaikum, pembaca yang budiman! Apa khabar anda semua? Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Amin! Hari ini, aku ingin berbicara tentang satu topik yang mungkin sering kita dengar, tetapi kadangkala kurang mendapat perhatian yang sewajarnya _ iaitu kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang telah dilancarkan lebih dari sepuluh tahun lalu. Kempen ini bukan hanya tentang mengurangkan beg plastik, tetapi lebih dari itu, ia melibatkan kesedaran kolektif kita terhadap tanggungjawab untuk menjaga bumi. Jadi, apakah kempen ini benar-benar memberi impak yang besar kepada alam sekitar? Adakah kesedaran masyarakat kita benar-benar meningkat? Mari kita sama-sama selami lebih mendalam. Apakah Kempen Hari Tanpa Beg Plastik? Kempen ini pertama kali diperk...

Cash apa? Cashzine! TukarKan Minat Membaca Surat Khabar Anda Kepada Duit : Review Aplikasi Cashzine Berserta Bukti Pembayaran

  Assalamualaikum . Cash apa? Cashzine! TukarKan Minat Membaca Surat Khabar Anda Kepada Duit : Review Aplikasi Cashzine Berserta Bukti Pembayaran  Minat membaca surat khabar kini boleh menjana pendapatan - kenali aplikasi Cashzine!  Pengenalan  Hai, apa khabar pembaca blog? Tentu ramai yang pernah dengar tentang aplikasi untuk menjana pendapatan tambahan, bukan? Kalau dulu kita biasa dengar cara-cara untuk membuat duit melalui pekerjaan sambilan, kini ada cara yang lebih mudah _ membaca surat khabar atas talian dan mendapat bayaran! Inilah yang akan saya kongsikan dengan anda hari ini. Kenangan Zaman Kecil dan Perubahan Zaman  "Tempat jatuh lagi kan di kenang, ini kan pula kenangan lalu pada masa kecil." Apatah lagi bila menyaksikan gelagat dua orang anak saudara aku si Anaz dan abangnya Arif berebutkan hand phone mama mereka untuk menonton rancangan Upin dan Ipin di layar YouTube .  Kisah aku bermula dengan zaman kecil di Felda Lui Selatan, di...