Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel THROWBACK

Throwback #7: Basikal Merah & Misi Rahsia ke Kedai Runcit

  Throwback Throwback #7: Basikal Merah & Misi Rahsia ke Kedai Runcit Nostalgia sebuah pagi yang sederhana — basikal merah pudar, kedai runcit di hujung kampung, dan babak lucu yang langsung tak dirancang. Zaman sekolah menengah dulu, harta paling berharga kepunyaan aku bukanlah telefon pintar atau pun kasut edisi khas — tapi sebuah basikal merah . Catnya sudah pudar, dan locengnya kadang berbunyi sendiri bila melalui jalan yang berbonggol. Namun pada usia itu, itulah lesen kebebasan: aku boleh meluncur mengikut angin, berhenti bila suka, dan rasa seolah-olah dunia ini boleh dicapai hanya dengan dua roda. Basikal merah yang tidak laju, tapi selalu sampai — terutama bila misi ke kedai runcit bertukar menjadi pengembaraan kecil. Pagi Sabtu & Senarai Runcit Pagi itu, emak hulurkan senarai kecil bertulis dengan pensel: gula 1kg, bawang besar 4 biji, kicap cap kegemaran, dan roti krim kacang . “Kalau ada ...

Throwback #6 - Bahagian 2: Surat Rahsia & Debat Ala Parlimen

Throwback #6 - Bahagian 2: Surat Rahsia & Debat Ala Parlimen  📌 Sambungan daripada siri lepas  Throwback #6: Dari 5A ke Sekolah Biasa - Sebuah Perjalanan yang tidak terduga . "Zaman asrama yang penuh warna - siang diwarnai hujah dan fakta di pentas debat, malam di sapa diam-diam oleh surat rahsia yang ditinggalkan di loker." 📝 Nota Penulis: Kadang-kadang kita tak sangka, daripada kesusahan dan kekangan hidup... lahirnya kekuatan yang perlahan-lahan membentuk siapa kita hari ini. Bahagian kedua ini adalah sambungan daripada kisah getir di Bahagian 1 - bagaimana kehidupan aku berubah selepas tragedi papa dan perpindahan demi perpindahan. Tapi dalam kelam itu, ada juga cahaya kecil yang menyinari - dari surat rahsia hinggalah ke podium debat. 💼 Awal Kehidupan di Asrama Harian  Tingkatan 4 dan 5 menjadi fasa paling berbeza dalam seluruh kehidupan sekolah menengah aku. Selepas bertukar beberapa sekolah luar bandar, akhirnya aku ditawarkan masuk ke sebuah sek...

Throwback #6: Dari 5A ke Sekolah Biasa - Sebuah Perjalanan yang Tidak Terduga

Throwback #6: Dari 5A ke Sekolah Biasa - Sebuah Perjalanan yang Tidak Terduga 📝 Nota Penulis (Awal):   Kadang-kadang orang hanya nampak keputusan, tapi tidak perjalanan. Kisah ini bukan sekadar tentang Aku yang dapat 5A, tetapi lebih tentang mengapa saya tidak ke MRSM, asrama penuh, atau sekolah berprestij lain - dan bagaimana hidup berubah sekelip mata. "Antara nota kecil misteri di loker dan dewan debat yang penuh semangat _ inilah sisi sekolah menengah yang tak pernah aku lupa. Di sinilah aku mula mengenal erti suara, yakin, dan mungkin juga secubit cinta remaja?" 1. Sebuah Keputusan Yang Mengejutkan Ramai  Aku masih ingat hari keputusan UPSR diumumkan pada penghujung tahun 1997. Suasana di sekolah sangat meriah_ ada yang menangis kegembiraan, ada yang menunduk kecewa. Aku? Jujurnya... keliru. Aku antara 5 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Lui Selatan yang   berjaya mendapat keputusan penuh 5A.  Sebuah pencapaian yang tidak pernah aku jangka, apat...

Throwback #5: Hari Saya Terlupa Bawa Buku & Cikgu Suruh Berdiri

Throwback #5: Hari Saya Terlupa Bawa Buku & Cikgu Suruh Berdiri  📌 Sambungan daripada kisah sebelumnya  Throwback #4: 30 Sen, Mee Kari Tumpah & Budak Darjah Tiga 📝   Nota Penulis Kadang-kadang kita lebih ingat kesalahan kecil zaman sekolah berbanding kejayaan besar. Mungkin kerana kesilapan itu kita belajar, dari teguran itu kita berubah. Ini salah satunya. "Throwback #5: wajah ceria tak menggambarkan panik sebenar_ kisah lupa bawa buku yang berakhir dengan denda berdiri depan perhimpunan!" Pagi tu, langit cerah tapi hati aku kelam. Masa mak tengah siapkan sarapan, aku baru teringat sesuatu yang buat jantung aku hampir gugur_ latihan Bahasa Inggeris Cikgu Devi aku langsung tak siap!.  Bukan sebab tak tahu, tapi sebab aku lebih minat main dari menulis. Aku ni dulu memang terkenal di kalangan cikgu sebagai raja kelas hujung "_  bukan sebab aku raja ilmu, tapi sebab selalu duduk paling belakang dan paling suka buat bising. "Awak ni asyik nak m...

Throwback #4: 30 Sen, Mee Kari Tumpah & Budak Darjah Tiga

🍜 Throwback #4: 30 Sen, Mee Kari Tumpah & Budak Darjah Tiga 📌 Sambungan daripada Episod lepas  Bila Aku Jadi Pengawas Perpustakaan di SKLS: Ulat Buku Tapi Tak Pandai Tegur Orang "Biar pun hanya 30 sen sehari, di sinilah nilai besar diajar _ tentang cukup, tentang syukur, dan tentang erti sebenar bahagia. 📝Nota Penulis: " Duit belanja harian aku masa sekolah rendah cuma 30 sen. Tapi dalam 30 sen tu, ada cukup banyak cerita _ termasuk yang tumpah atas lantai dan masuk dalam ingatan seumur hidup." Zaman sekarang, RM5 pun kadang tak cukup untuk duit belanja anak sekolah. Tapi dulu, masa aku darjah tiga, 30 sen pun dah rasa macam cukup mewah _ kalau pandai bajet. Dan dalam 30 sen tu, ada satu mangkuk mee kari yang bukan saja tumpah atas meja, tapi tumpah terus dalam ingatan aku sampai hari ini. Satu Hari Biasa di SK Lui Selatan  Sekolah Kebangsaan Lui Selatan. Itulah dunia kecil aku dulu. Sekolah kampung yang dikelilingi pokok getah, jalan merah berbatu, da...

Throwback #3: Bila Aku Jadi Pengawas Perpustakaan di SK Lui Selatan - Ulat Buku Tapi Tak Pandai Tegur Orang

Throwback #3: Bila Aku Jadi Pengawas Perpustakaan di SK Lui Selatan - Ulat Buku Tapi Tak Pandai Tegur Orang  📌 Ini sambungan dari  Throwback #2: Cikgu Paling Garang, Tapi Paling Saya Rindukan . 📝 Nota penulis:  " Pernah tak korang tolak jawatan pengawas tapi terima jadi penjaga buku? Aku pernah. Dan waktu tu, aku tak tahu betapa besar maknanya jawatan 'kecil' tu dalam hidup aku hari ini." Zaman tu aku tak fikir panjang pun. Bila cikgu tanya nak jadi pengawas atau tidak, aku geleng. Tapi bila ditawarkan jadi pengawas perpustakaan, aku angguk laju. Siapa sangka tempat senyap penuh buku tu boleh jadi tempat aku rasa paling selesa di sekolah." Saat aku 'naik' pangkat jadi pengawas perpustakaan _ bukan sebab pandai arah orang, tapi sebab ulat buku! Bukan Pengawas Biasa  Zaman sekolah rendah dulu, semua orang bangga bila jadi pengawas sekolah. Dapat lencana. Dapat pegang buku report. Tapi bila cikgu cadang aku jadi pengawas biasa_ aku tolak baik-b...