Langkau ke kandungan utama

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana 

Seorang lelaki tua tanpa wajah mengandar guni putih di jalan selekoh gelap berhampiran hutan, suasana malam berkabus dan menyeramkan
Ilustrasi suasana menyeramkan seorang lelaki misteri mengandar guni putih di selekoh maut De' Bana


Assalamualaikum, 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang telah sudi singgah membaca di blog ini. Semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Amin!

 Para pembaca yang dihormati,

Pada entri kali ini aku ingin berkongsi pengalaman mistik yang aku alami beberapa tahun lalu. Tujuan aku berkongsi cerita ini adalah untuk berbagi pengalaman dan sebagai bahan informatif kepada mereka yang meminati hal-hal misteri dan mistik. Aku percaya segala kejadian yang berlaku adalah dengan izin Allah, dan setiap peristiwa mengandung pelajaran yang dapat menjadi panduan hidup. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita semua. InsyaAllah.


Kejadian Mistik di Tahun 2003

Kejadian ini berlaku pada pertengahan tahun 2003, ketika aku baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat SPM dan mula memasuki alam pekerjaan. Aku bekerja sementara di sebuah kilang di pekan Senawang, Negeri Sembilan sambil menunggu tawaran masuk ke kolej.


Perjalanan ke tempat kerja memang agak jauh, lebih daripada dua jam. Walaupun perjalanan jauh, aku tidak risau kerana pengangkutan bas dan van disediakan dari rumah hingga ke hadapan kilang.


Walaupun bekerja sebagai operator kilang agak penat, aku tetap merasa gembira kerana suasana kerja di sana tidak terlalu stress. Rakan-rakan sekerja juga sangat komited dan bekerjasama, membuatkan kerja yang berat pun terasa ringan. Aku mula merasa seronok bekerja di sini, seiring dengan semakin dikenali jenama tempat aku bekerja. 

 

Kempen pemasaran yang hebat dan iklan di media membuatkan jumlah pesanan produk bertambah, dan dengan itu peluang untuk overtime pun meningkat. Tentu saja, dengan overtime, gaji kami juga bertambah.



Kejadian Misteri yang Mengubah Segalanya 

Suatu malam, selepas tamat bekerja, kami berlima terpaksa menunggu lama di hadapan kilang kerana kerosakan pada van. Malam semakin larut, dan hampir dua jam kami menunggu tanpa ada tanda van akan tiba. Esok, kami harus bangun awal lagi untuk bekerja. Namun, kami tetap sabar menunggu, berharap van akan segera tiba.


Akhirnya, pada pukul 12.30 tengah malam, van tiba. Pemandu van kami, Abang Zam, meminta aku duduk di kerusi hadapan, sebelah pemandu. Tempat itu kosong kerana Mak Cik Kiah MC pada malam itu. Kami yang kepenatan hanya mahu pulang dan tidur.


Perjalanan pulang berjalan lancar pada awalnya. Van dipandu agak laju kerana keadaan jalan yang lengang, tanpa banyak kereta. Namun, ketika kami hampir memasuki kawasan Hutan Lipur De'Bana di Felda Lui Barat, hujan mulai turun renyai-renyai. Jalan yang gelap tanpa cahaya bulan membuatkan suasana menjadi lebih suram.


Tiba-tiba, suara Abang Zam memecah keheningan malam, 


"Lailahaillallah, apa tu!"


Aku yang hampir terlelap terkejut. Di hadapan kami, dalam jarak 50 hingga 60 meter, kelihatan kelibat seorang lelaki. Lelaki itu berpakaian lusuh, dengan topi jerami yang menutupi wajahnya, membawa guni yang diikat pada sebatang kayu. 


"Apek tua?" Aku terfikir, siapa yang berani berjalan dalam kegelapan seperti itu? Keadaan pada malam itu sangat gelap, tiada cahaya selain daripada lampu van yang menerangi jalan.



Peralihan yang Mengejutkan 

Aku memerhatikan lelaki itu dengan lebih teliti, namun ada sesuatu yang pelik. Kaki lelaki itu kelihatan melayang, tidak jejak ke tanah! Jantung aku berdegup kencang, dan aku mula merasa ketakutan yang mendalam.


"Abang Zam, potong! Cepat potong! aku menjerit, hampir panik.


 Abang Zam yang tenang hanya berkata,


"Jangan main gila, dekat selekoh ni!"


Namun, ada dua perkara aneh yang berlaku malam itu yang aku tidak dapat lupakan:


1. Sosok "Apek" yang Menghilang 

Sebaik sahaja kami melalui selekoh, sosok lelaki itu ghaib begitu sahaja.Abang Zam segera melihat ke belakang setelah menyedari apa yang berlaku.

2. Tidur Nyenyak Rakan-rakan Aku 

Walaupun aku menjerit dan terkejut melihat kejadian itu, rakan-rakan aku yang lain tidak menyedari apa-apa. 

Apabila aku menceritakan kejadian tersebut keesokan harinya, mereka mengakui tidur mereka sangat lena dan tidak merasakan apa-apa yang berlaku.



Perasaan yang Tak Dapat Dilupakan 

Sehingga kini, aku masih teringat dengan jelas kejadian itu. Aku tidak tahu apa yang aku lihat sebenarnya. Adakah itu hanya ilusi, atau adakah aku benar-benar melihat sesuatu yang lain? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Namun, kejadian itu memberikan aku pengajaran yang mendalam. Ia mengingatkan aku betapa kita tidak tahu apa yang ada di luar jangkaan pancaindera kita. Kadang-kadang, perkara yang tidak dapat dijelaskan juga adalah sebahagian daripada kehidupan ini.



Peringatan Untuk Semua 

 Sebagai peringatan, aku ingin mengingatkan kepada para pengguna jalan raya, khususnya mereka yang melalui kawasan Hutan Lipur De'Bana, untuk berhati-hati. Kawasan tersebut telah menjadi tempat yang sering berlaku kemalangan maut. Adakah mereka juga pernah melihat "sosok apek" yang aku lihat? Atau mungkin ada pengalaman lain yang lebih aneh?


Akhir Kata 

Sekian lama aku memikirkan tentang kejadian itu, aku ingin memberi nasihat kepada anda semua: Sentiasa berhati-hati apabila memandu, terutamanya di kawasan yang sunyi dan gelap. Jangan lupa untuk selalu mengingati orang yang kita sayangi dan berdoa agar dilindungi Allah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Kita bertemu lagi di entri yang akan datang.

😂 Pilihan Kisah Seram + Lawak

👻 Pilihan Kisah Seram Mistik

👻 Kisah Seram & Mistik Yang Buat Bulu Roma Naik

Minat cerita seram, kisah benar, dan pengalaman mistik yang buat meremang bulu tengkuk? Jangan ketinggalan satu pun.

Masukkan email anda & langgan blog ini melalui Follow.it — sebab cerita seram paling menyeramkan, selalunya datang dari yang pernah alami sendiri... 🕯️

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...