Cash apa? Cashzine! TukarKan Minat Membaca Surat Khabar Anda Kepada Duit : Review Aplikasi Cashzine Berserta Bukti Pembayaran

  Assalamualaikum.

 Cash apa? Cashzine! TukarKan Minat Membaca Surat Khabar Anda Kepada Duit : Review Aplikasi Cashzine Berserta Bukti Pembayaran 

Pengenalan 

Hai, apa khabar pembaca blog?

Tentu ramai yang pernah dengar tentang aplikasi untuk menjana pendapatan tambahan, bukan? Kalau dulu kita biasa dengar cara-cara untuk membuat duit melalui pekerjaan sambilan, kini ada cara yang lebih mudah _ membaca surat khabar atas talian dan mendapat bayaran! Inilah yang akan saya kongsikan dengan anda hari ini.



Kenangan Zaman Kecil dan Perubahan Zaman 

"Tempat jatuh lagi kan di kenang, ini kan pula kenangan lalu pada masa kecil." Apatah lagi bila menyaksikan gelagat dua orang anak saudara aku si Anaz dan abangnya Arif berebutkan hand phone mama mereka untuk menonton rancangan Upin dan Ipin di layar YouTube

 Kisah aku bermula dengan zaman kecil di Felda Lui Selatan, di mana kehidupan kami tidaklah kaya, tetapi cukup makan dan pakai. Aku bukanlah terlahir daripada keluarga yang senang. Arwah papa aku merupakan salah seorang peneroka tanaman getah di Felda Lui Selatan. Mak pula bekerja kilang di Seremban.

Masih lagi aku ingat pada awal tahun 1990-an dulu jangankan hand fon, televisyen pun kami tiada. Sumber hiburan yang aku ada pada zaman itu hanyalah permainan kampung. Seperti bermain gasing, baling selipar, permainan konda-kondi dan upih pinang. 

 Malah masih aku ingat lagi seawal berumur 10 tahun aku dan rakan-rakan sudah pandai mencari duit poket. Kami berempat bersama-sama mencari biji getah sewaktu felda mahu buat semaian benih getah yang baru.  

Walaupun tak banyak upah yang diterima kami tetap gembira dan rasa puas hati dapat sedikit wang belanja. Dapatlah kami sedikit upah untuk beli jajan. Selain itu aku juga pernah menghantar surat khabar ke rumah jiran-jiran aku. 

 Mungkin dari situ lah timbul minat membaca berita di surat khabar. Aku akan baca dari muka surat pertama hingga penamat. Walaupun sudah 30 tahun berlalu namun itu semua  akan sentiasa tersemat di kalbu dan akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku.


Zaman Kini: Kehidupan yang Memerlukan Duit 

 Di zaman moden ini, segalanya memerlukan duit walaupun ramai yang menyatakan bahawa duit bukanlah segalanya di dunia ini.Tapi pernahkah anda terbayang jika anda hidup tanpa memiliki duit yang mencukupi. Apakah yang akan terjadi pada kehidupan kita seharian. Dapatkah ia berjalan dengan lancar?


  Sudah pasti jawapannya tidak sama sekali. Oleh itu, di zaman sekarang sering kali kita dapat lihat banyak orang yang sanggup melakukan apa sahaja kerja sampingan  untuk menambahkan sumber pendapatan mereka demi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun.

 

 Langsung tak pelik pun jika seseorang itu memiliki tiga atau lebih pekerjaan pada satu masa. Terutamanya bagi mereka yang tinggal di kota metropolitan seperti di Kuala Lumpur. 


Contoh pekerjaan sampingan yang popular:

1. Menjadi staff separuh masa di restoran makanan segera mahu pun convenience store yang beroperasi 24jam/7 hari seminggu.


2. Menjadi penghantar makanan melalui aplikasi seperti Grab Food dan Food panda.


3. Menjadi pemandu sambilan di aplikasi e-hailing seperti grab car/my taxi


4. Berniaga dan menjual produk secara dropship tidak mengira secara online mahu pun offline.


5. Aplikasi atas talian yang memberikan rewards tunai/gift cards.


Pekerjaan Sampingan yang Popular 

 Di antara senarai pekerjaan sambilan di atas yang nombor 4 dan 5 lah yang paling menjadi pilihan banyak orang. Terutamanya bagi mereka yang kerja utama mereka bermula daripada 10 pagi ke 10 malam. Atau pun, syift mereka adalah 7 pagi dan berakhir 7 malam. 


 Bila sudah memang bekerja selama 12 jam, tidak semua orang mempunyai tenaga lebihan untuk memilih kerja partime yang berada dalam kedudukan pertama hingga ke nombor 3 di dalam senarai di atas. Kenapa berniaga secara online atau menjalankan aplikasi lainnya mendapat tempat dihati ramai orang adalah kerana ianya lebih mudah untuk dikendalikan. Boleh dijalankan tanpa perlu keluar dan selesa dijalankan daripada rumah mereka sendiri.


  Namun daripada senarai dua pilihan yang tinggal di atas, kerja separuh masa yang berada di kedudukan kelima adalah yang paling di sukai ramai orang. Alasan mengapa ini terjadi adalah tidak semua orang minat meniaga dan berkomunikasi dengan pelanggan.


 Menjadikan mereka cenderung memilih untuk mencari apa sahaja aktiviti kerja sambilan yang mudah untuk dilakukan untuk menjana sedikit wang belanja dapur.


 Apa yang bakal aku kongsikan di dalam posting aku pada kali ini ternyata telah berhasil membantu banyak orang menambahkan pendapatan sampingan mereka. Aku adalah salah seorang daripada nya. Namun begitu aku janji ianya bukan skim cepat kaya. 

 

 Aku juga tidak mempromosikan link affiliate aku. Jadi anda semua tidak akan jumpa apa pun link affiliate di dalam tulisan aku ini. Tujuan penulisan Aku ini adalah sekadar sebagai satu pembelajaran dan perkongsian pengalaman.

 

 Semudah membaca artikel berita anda mampu menjana wang tambahan setiap bulan. Seiring dengan waktu yang berlalu aktiviti membaca surat khabar juga tidak memerlukan anda membeli surat khabar. Memang kedengaran amat pelik tapi ianya memang benar.



Apa itu Cashzine?

 Aplikasi yang diberi nama Cashzine Earn Money rewards ini pada awalnya diwujudkan untuk memupuk tabiat membaca di kalangan pengguna dan dalam masa yang sama memberikan ganjaran dalam bentuk koin atau syilling emas yang kemudian boleh ditukarkan kepada duit.


Kelebihan Cashzine:

1. Sifar modal: Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang wang untuk memulakan.

2. Sifar risiko: Tidak ada risiko kerugian kerana aplikasi ini tidak memerlukan pelaburan.

3. Mudah dikendalikan: Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang suka membaca.










Cara Menggunakan Aplikasi Cashzine


Aplikasi ini ialah sifar modal atau tanpa modal untuk dimulakan. Para pengguna boleh membuat turun aplikasi Cashzine ini di Google play store dan selepas dimuat turun boleh terus mendaftar akaun. Cara paling mudah pilihlah login menggunakan Facebook anda masing-masing. 


 Selepas melakukan pendaftaran anda akan diberikan tutorial dalam talian secara ringkas dan mudah difahami. Setelah memahami cara kerja aplikasi ini anda boleh menentukan sendiri sama ada ianya berbaloi atau pun tidak. 




 Ingin aku tegaskan di sini aplikasi ini amat disarankan pada mereka yang suka membaca. Terdapat beratus artikel berita yang berkualiti diterbitkan oleh pihak Cashzine pada setiap hari. Artikelnya juga tersedia di dalam pelbagai bahasa seperti bahasa inggeris, mandarin, Filipino dan lain-lain lagi.



Tidak hanya itu, pihak Cashzine juga akan memberikan koin bonus ke atas setiap artikel yang dikongsikan ke media sosial. Secara ringkasnya aplikasi ini dapat bertindak sebagai 'serampang dua mata'; Maknanya sambil anda melakukan hobi anda membaca surat khabar secara atas talian anda juga dapat menjana sedikit pendapatan. 


 
Tentang mutu artikel yang terdapat di dalam aplikasi ini, tidak perlu dikhuatiri kerana pihak Cashzine sentiasa memantau akan ketulenan artikel yang diterbitkan. Jadi anda tidak perlu risau memikirkan apakah anda telah terbaca berita yang palsu.



 Kredibiliti pihak Cashzine ini juga tidak perlu diragukan. Aplikasi mereka sangat boleh dipercayai. Mereka juga sangat mematuhi syarat dan terma yang telah termaktub di dalam aplikasi mereka. 



Ringkasan Cara Menggunakan Aplikasi Cashzine


1. Muat turun aplikasi dari Google Play Store

2. Daftar akaun menggunakan Facebook atau email.

3. Mulakan membaca artikel yang tersedia dalam aplikasi.

4. Kumpulkan koin dengan membaca artikel dan berkongsi artikel ke media sosial.



Cara Menarik Pendapatan Dari Cashzine 


 Pada mereka yang tertanya -tanya tentang bagaimana mengeluarkan pendapatan daripada aplikasi ini. Terdapat tiga method pembayaran jika lokasi anda adalah di Malaysia: 

1. Menuainya ke bank lokal

2. Melalui aplikasi e-wallet touch N go

3. Menebus FFF(FREE FIRE DIAMOND)



Untuk lebih mudah faham silakan di rujuk jadual di bawah:






Bukti Pembayaran 

 Aku juga turut menyertakan bukti pembayaran yang telah aku terima. Aku telah memilih untuk mengeluar kan hasilnya ke akaun bank aku. Tempoh masa untuk pembayaran ke akaun bank mengambil masa 5 hari bekerja tidak termasuk cuti umum. 


 Di bawah adalah screen shot pembayaran Cashzine yang Aku terima ke akaun Maybank Aku.







Keselamatan Akaun dan Kejujuran 

Oh,ya.. pihak Cashzine juga sangat anti-fraud! Jika anda tidak mahu akaun anda di bekukan silalah mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Satu pengguna hanya boleh memiliki satu akaun. 

 Jadi pastikan anda jujur ya dalam menggunakan aplikasi cashzine ini kerana 'honesty is the best policy'. Sudah tentunya kita mahu pendapatan yang didapati adalah daripada sumber yang halal. Kerana itulah sebaik -baiknya rezeki.


Kesimpulan 

 Aku percaya aplikasi Cashzine ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan tanpa modal dan risiko. Bagi anda yang gemar membaca dan mahu mendapatkan sedikit wang tambahan, aku sangat mengesyorkan aplikasi ini.

Terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca tulisan aku ini sehingga habis. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan untuk aplikasi lain, tinggalkan komen di bawah. Aku akan sentiasa membaca dan membalas setiap komen yang diterima.

Terima Kasih dan Semoga Berjaya!


























Ulasan