Langkau ke kandungan utama

Merdeka! Dari Hati Malaya 1957 Seorang Rakyat Jelata

Merdeka! Dari Hati Malaya 1957 Seorang Rakyat Jelata

Seorang lelaki muda rakyat Malaysia sedang menonton filem "1957: Hati Malaya" di dalam pawagam gelap, layar memaparkan Jalur Gemilang dan bayangan tokoh kemerdekaan dengan tulisan "MERDEKA! DARI HATI MALAYA".
Meraikan semangat kemerdekaan yang tulus dari hati rakyat jelata - inspirasi daripada filem "1957:Hati Malaya".

Assalamualaikum, 

Kepada pembaca blog yang disayangi,

 

  • Rasanya masih belum terlambat lagi buat diri aku untuk mengambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun. Malaysia Madani : Jiwa Merdeka.


Buat pengetahuan anda semua, bila tiba sahaja hari merdeka, aku pasti teringatkan kenangan lalu sewaktu menonton wayang 1957: Hati Malaya di tahun 2007 dahulu.


  •  Filem hebat arahan sutradara Suhaimi Baba dan dibintangi oleh barisan pelakon berbakat besar seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Sharifah Amani dan Adlin Aman Ramli masih segar dalam ingatan aku.


Rasanya filem itulah yang menjadi pencetus atau pun 'turning point' kepada diri aku untuk menghayati dan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ini pada setiap tahun. Jika sebelum itu, aku sekadar menyambutnya sebagai hari cuti umum biasa sahaja. Tanpa ada makna apa-apa. Filem ini memberikan sejuta makna kepada diriku.


Imej jalur gemilang bersama tulisan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-67 di atasnya
Jangan lupa untuk sentiasa kibarkan Jalur Gemilang kebanggaan kita semua!


  • Tahniah! aku ucapkan kepada tenaga kerja dan para karyawan seni yang telah menjayakan filem bertemakan sejarah kemerdekaan itu. Lebih banyak filem seperti ini seharusnya dihasilkan untuk membantu memupuk semangat patriotisme dan semangat cintakan negara.


  • Terima Kasih juga aku ucapkan kepada semua pemimpin daripada kerajaan yang terdahulu sehinggalah yang ada sekarang ini kerana menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman. Rakyatnya rata-rata masih terbela dan lebih baik nasibnya jika kita hendak bandingkan dengan negara lain yang lebih besar. 
  • Untuk perbandingan yang lebih luas mengenai kejayaan negara-negara di rantau ini, anda boleh rujuk artikel 11 Negara Paling Maju dan Terkaya di Asia Tenggara: Apa yang Membuat Mereka Berjaya?.

Biar kecil negaranya tidak mengapa, asalkan besar jiwa para rakyatnya.


Jika ditanya mengapa macam agak sedikit terlewat untuk aku membuat ucapan seperti ini, aku pun tidak pasti apakah jawapan yang perlu diberikan. Tapi jauh di sudut hati rakyat jelata aku ini, ingin menghasilkan atau mencipta sebuah ucapan yang hebat untuk ibu pertiwi tercinta ini. Namun harus aku akui aku tidak mempunyai kemampuan itu. 


  • Aku bukanlah seorang ahli pujangga yang bijak memainkan kata-kata, dan aku bukan juga seorang ahli silap mata yang hanya perlu memetik jarinya untuk menghasilkan sebuah ucapan hebat yang mampu memukau ramai pembaca. Aku hanya seorang rakyat jelata ; marhaen lagi.

 

Untuk itu, rakyat jelata ini akhirnya menyedari bukanlah kehebatan kata-kata sahaja yang mampu memberikan ucapan yang bermakna kepada negara Malaysia ini, tidak juga sumbangan yang besar dari segi wang ringgit mahu pun tenaga.


  • Tapi kita seharusnya menumpukan seluruh taat setia kita kepada negara Malaysia ini, andai benar kita menyayanginya. Hadiah sepatah kejujuran dan ketulusan yang lahir daripada hati, adalah lebih baik daripada segunung intan permata yang mampu kita hadiahkan kepada negara.


Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia kita terus mempertahankan kemerdekaan yang kita masih miliki ini, hadiah daripada pejuang bangsa terdahulu dengan seluruh kekuatan yang kita miliki. Insyaallah, anak cucu kita nanti juga akan turut sama merasakan nikmatnya hidup di dalam sebuah negara yang merdeka.


Ucapan dari aku seorang rakyat jelata!

  • Terima kasih Malaysia!

Semoga kita berjumpa di siaran yang akan datang. Assalamualaikum.


Jika anda menyukai gaya penulisan yang sebegini, anda juga boleh pertimbangkan untuk melanggan blog ini. Setiap artikel baru akan dihantar terus ke peti inbox email anda.

 


Nota penting: 

Ucapan kemerdekaan ini turut aku dedikasikan kepada NIZ. Rdhtsyt- Hujung dunia kita berjumpa; tiket wayang ini telah di sponsor oleh NIZ ; pawagam KLCC

✅Walaupun pada ketika dia hendak membayar tiket, tiba-tiba harga tiket telah jatuh ke 'gold class', si dia tetap meneruskan azam untuk membelanja diri aku ini, menggunakan elaun belajarnya ketika itu. This film worth the money!

👍Good job, NIZ 🌹

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...