Langkau ke kandungan utama

Cuti Deepavali 2022: Masa Bersama Keluarga & Budaya Malaysia yang Mengharmonikan

Cuti Deepavali 2022: Masa Bersama Keluarga & Budaya Malaysia yang Mengharmonikan 

Kanak-kanak pelbagai kaum menyalakan pelita dalam bentuk kolam bunga di laman rumah, dengan ibu bapa tersenyum memerhati dari tangga – suasana meriah Deepavali.
"Cahaya Deepavali tak hanya terbit dari pelita, tapi dari perpaduan yang kita cipta bersama." – Simbolik keharmonian budaya Malaysia.




Cuti Deepavali 2022 telah tiba, dan ini adalah masa yang bukan sahaja ditunggu oleh masyarakat India yang meraikannya, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang menghargai budaya pelbagai kaum. Anak-anak sekolah pun bercuti dari 22 hingga 26 Oktober 2022_ satu peluang keemasan untuk berehat, luang masa bersama keluarga, dan memahami perayaan yang penuh simbolik ini.

Dalam entri kali ini, kita kongsikan bukan sekadar cerita tentang cuti, tapi juga pengajaran, nilai budaya, dan panduan berguna untuk musim perayaan ini.



1. Cuti Sekolah Oktober 2022: Rehat yang Dinanti 

Setiap kali cuti sekolah bermula, ada dua golongan yang paling gembira _ anak-anak dan ibu bapa! Anak-anak gembira sebab tak perlu bangun awal pagi, manakala ibu bapa gembira sebab dapat lebih masa bersama anak-anak (walaupun mungkin pening juga nak kawal mereka di rumah).

Namun, jangan lupa _ waktu cuti juga harus dimanfaatkan. Pastikan kerja sekolah disiapkan awal, bantu ibu bapa di rumah, dan elakkan hanya 'melekat' pada skrin telefon atau tablet sepanjang hari. Didik anak-anak supaya cuti bukan sekadar untuk main, tetapi juga untuk belajar nilai tanggungjawab dan disiplin. Dan yang lebih penting,ajar mereka untuk tidak mudah berputus asa. walaupun rutin berubah- kerana semangat itulah yang bantu mereka terus melangkah ke depan.



2. Apa Itu Deepavali? Sejarah Ringkas & Maksud Pesta Cahaya 

Deepavali, atau Diwali, adalah perayaan penting bagi penganut Hindu yang disambut dengan penuh kegembiraan, cahaya dan warna-warni. Ia menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan ilmu menewaskan kejahilan.

Di Malaysia, sambutan Deepavali meriah dengan penyediaan kuih-muih tradisional seperti muruku, adhirasam, dan laddu. Rumah dihias dengan kolam (lukisan berwarna di lantai), pelita dinyalakan di sekeliling rumah, dan keluarga akan berkumpul mengenakan pakaian tradisional seperti saree dan kurta. Bagi sesetengah orang, keindahan Deepavali juga memberi inspirasi untuk terus mengejar impian mereka - kerana di sebalik setiap cahaya itu, terselit keberanian sebagai kunci kejayaan.

Menariknya, perayaan ini kini bukan sahaja diraikan oleh masyarakat India, tetapi turut dikongsi dan dihargai oleh kaum-kaum lain sebagai sebahagian daripada budaya Malaysia.



3. Perpaduan Kaum: Malaysia Raikan Semua Perayaan 

Antara keunikan negara kita adalah kemampuan meraikan kepelbagaian dengan harmoni. Bila tiba Deepavali, bukan sahaja masyarakat India yang gembira _ orang Melayu dan Cina pun turut sama mengucapkan selamat, bertandang ke rumah sahabat, malah menikmati juadah bersama.

Inilah wajah sebenar Keluarga Malaysia. Tanpa perlu dipaksa, rakyat Malaysia sememangnya terbiasa dengan budaya kunjung-mengunjung, bertukar juadah dan saling menghormati adat serta kepercayaan masing-masing.

Apa yang penting, kita terus meraikan perbezaan dengan cara kita sendiri - tanpa terlalu ikut kata orang atau meniru budaya luar semata-mata.

Perkara ini tidak berlaku di banyak negara lain, dan kita wajar bangga serta terus pelihara warisan keharmonian ini.



4. Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Deepavali 

Bagi yang tak pulang ke kampung atau tidak menyambut Deepavali secara langsung, anda masih boleh memanfaatkan cuti ini dengan pelbagai aktiviti bermanfaat. Antaranya:

  • Melawat rumah terbuka Deepavali _

Ramai sahabat India yang menjemput rakan-rakan pelbagai kaum untuk meraikan bersama.


  • Buat projek seni bersama anak-anak 

_contohnya lukis kolam atas kertas atau cuba buat muruku sendiri.


  • Aktiviti amal_ bantu agihkan makanan kepada golongan kurang bernasib baik atau sertai program komuniti.


  • Lawatan ke tempat bersejarah atau taman budaya _ anak-anak boleh belajar tentang budaya India dan sejarah Deepavali secara langsung.


 Ini bukan sahaja mengisi masa cuti, tapi juga memperkaya pemahaman anak-anak terhadap budaya dan nilai murni.



5. SOP Endemik: Jangan Ambil Mudah 

 Walaupun Malaysia sudah memasuki fasa endemik, kesedaran kendiri sangat penting. Ramai yang menyangka virus sudah tiada, padahal ia masih wujud dan berisiko.

Berikut beberapa amalan penting:

  • Pakai pelitup muka kita jika bergejala atau berada di tempat sesak.
  • Kerap basuh tangan atau guna sanitizer 
  • Hormati premis yang masih mewajibkan pemakaian mask 
  • Elakkan ke tempat ramai jika rasa tak sihat.

Perayaan akan lebih bermakna jika semua orang sihat dan selamat. Jaga diri, jaga orang sekeliling.




Wajah ceria sambut Deepavali 




6. Tip Bijak Urus Kewangan Semasa Perayaan 

 Musim perayaan memang menggoda _ jualan murah, promosi makanan, hiasan rumah, pakaian baru ... semua ada! Tapi ingat, jangan sampai poket rabak.


Berikut tip asas:


  • Tetapkan bajet perayaan, dan patuhi dengan tegas 


  • Gunakan promosi atau baucar secara bijak.


  • Elakkan pembaziran makanan.


  • Gunakan semula hiasan tahun lepas jika masih elok.


  • Sediakan simpanan kecemasan _ jangan habiskan semua untuk beraya.


Perayaan yang bijak adalah perayaan yang tidak membuatkan kita menyesal selepasnya. Lagipun, kejayaan sebenar bukan pada berapa banyak yang kita belanja, tapi bagaimana kita kawal perbelanjaan sambil tetap mencapai matlamat hidup yang kita impikan




7. Akhir Kata: Deepavali Milik Semua 

Kepada sahabat-sahabat saya _ Linggam, Puva, dan Devi_ Selamat Menyambut Deepavali! Rindu nak makan muruku buatan mak kalian dan kari kambing yang tak pernah mengecewakan. InshaAllah, saya cuba luangkan masa ziarah nanti.


Dan kepada semua rakyat Malaysia, gunakan cuti ini bukan sahaja untuk berehat tetapi juga menghargai budaya, memahami perbezaan, dan memujuk perpaduan. Inilah kekuatan Malaysia yang sebenar.

Selamat bercuti, selamat menyambut Deepavali & terus jaga SOP. Kita jaga kita!

Jangan terlepas catatan seterusnya — langgan untuk terima terus di e-mel anda.

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...