Langkau ke kandungan utama

Scammer : Adik Jadi Mangsa Pukau Atas Talian

Scammer : Adik Jadi Mangsa Pukau Atas Talian:

"Imej kesedaran awam dalam bahasa Melayu tentang penipuan atas talian, menunjukkan mesej berjaga-jaga terhadap scammer dan pukau digital."
Scammer semakin licik: Gambar ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran awam agar orang ramai lebih berhati-hati terhadap panggilan dan mesej mencurigakan.




Kejadian tipu duit atas talian semakin berleluasa sekarang ini. Tindakan para 'scammer' ini yang sangat berani menjalankan kegiatan penipuan mereka dengan semakin kerap, seakan-akan mencabar pihak berkuasa tempatan dan boleh mengancam kesejahteraan hidup warganya jika tidak dibendung dengan segera.Taktik licik yang mereka lakukan ini juga telah berjaya menipu, semua lapisan masyarakat. Mereka kebiasaannya akan menyamar sebagai pihak berkuasa dalam usaha mereka untuk memperdayakan mangsanya. 



Kegiatan terkutuk mereka ini juga telah menyebabkan mangsa, kerugian wang ringgit hasil titik peluh mereka bekerja malah kadangkala sampai habis licin wang di dalam akaun, mereka dikerjakan sang scammer. Mangsa selalunya hanya menyedari diri mereka ditipu, setelah mereka melakukan transaksi pemindahan wang ke akaun milik 'scammer' yang juga dipercayai menjadi milik kepada beberapa keldai akaun.




Pengalaman Adik Aku Menjadi Mangsa 


Baru-baru ini adik aku yang tinggal di Ampang, Selangor juga telah menjadi mangsa si scammer yang durjana ini. Apa yang lebih mengejutkan adik memberitahu kepada kami, bahawa dia tidak sedar langsung apa sahaja yang berlaku setelah mengangkat satu panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.



Kami hanya mengetahui kejadian yang menimpa adik pada petang hari selasa lepas, bertarikh 20 Ogos , setelah mak menerima pesanan whatsapp kiriman adik yang memberitahu dia telah di scam.



foto screen shot whatsapp adik memberitahu dirinya menjadi mangsa scammer




Bimbang atas kejadian yang menimpa adik, mak terus menghubunginya untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku?. Ini kerana adik yang berusia tiga puluh tahun itu, baru mula bekerja semula di sebuah pasaraya di Ampang, selepas berpisah dengan suaminya pada awal tahun ini.


 Bagaimana Ia Berlaku?


Adik menceritakan pada hari kejadian dia telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenalinya, yang menanyakan adakah adik sedang mencari rumah untuk disewa?



Kebetulan pada masa itu memang adik ada menghantar beberapa kiriman whatsapp ke beberapa nombor telefon yang ditemui di platform media sosial, berkenaan rumah untuk disewa. Tidak menaruh sebarang prasangka buruk dengan panggilan yang diterima, adik mengiyakan pertanyaan lelaki tersebut.



Tanpa syak wasangka adik menjawab  "ya". Menurutnya sebaik sahaja dia berkata demikian, dia tidak ingat apa-apa yang terjadi selepas itu. Sehinggalah Adik seorang rakan sekerja mengetuk pintu masuk ke pejabat pasaraya dan menyedarkannya semula.



Adik yang kebingungan dan menangis memaklumkan kepada rakannya bahawa dia telah membuat pemindahan wang sebanyak RM400 ke satu akaun tidak dikenali- tanpa sedar.



Nasib baiklah dalam akaunnya cuma ada RM400 kerana dua hari sebelum itu dia telah memindahkan sebahagian besar wang ke akaun ASB miliknya.



👣Langkah Selepas Kejadian 


Adik segera membuat laporan polis, berkenaan dengan kejadian itu, pada keesokan harinya. Dia juga sudah menyerahkan report polis tersebut kepada pihak bank untuk tindakan selanjutnya. 


Menurut pihak bank, mereka akan cuba menyekat akaun milik scammer dan memulangkan baki wang tersebut jika masih ada. Namun tiada jaminan wang tersebut boleh dikembalikan sepenuhnya. 



foto screen shot adik memberitahu mak dia telah membuat laporan polis 



 💬 Pesanan Buat Semua

Adik aku meminta agar kisah ini disebarkan supaya orang lain tidak menjadi mangsa seperti dirinya. Katanya:

 "Selama hari ini saya ingat orang hanya boleh dipukau jika berdepan secara fizikal. Tapi sekarang melalui telefon pun boleh terjadi. Kalau tak berlaku pada diri sendiri, memang saya tak percaya."


Dalam dunia penuh tekanan dan cabaran hari ini _ termasuk soal pekerjaan, penceraian, dan tempat tinggal _ ramai yang terdedah pada risiko penipuan. 


Oleh itu, aku harap anda yang membaca artikel ini, dapat sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Mungkin tindakan anda boleh menyelamatkan seseorang.



 📝 Langkah Pencegahan


  •  Jangan jawab panggilan daripada nombor tidak dikenali. Jika perlu, gunakan aplikasi seperti Truecaller untuk mengenal pasti pemanggil.
  
  • Berfikir sebelum berkongsi maklumat peribadi atau melakukan transaksi wang.

  • Semak nombor akaun mencurigakan di laman rasmi CCID ( Commercial Investigation Department) : 
     ( CCID)

  • Laporan penipuan pula boleh dibuat melalui Majlis Keselamatan Negara





Apa Perlu Anda Lakukan Jika Ditipu?


  • Jangan panik. Bertenang dan bertindak segera.

  • Buat laporan polis secepat mungkin 

  • Hubungi pihak bank untuk cuba menyekat transaksi 

  • Simpan semua bukti seperti resit, mesej dan rakaman panggilan jika ada 


 
Aku sangat berharap perkongsian aku pada kali ini memberi manfaat. Sentiasa berhati-hati dan  beringat sebelum kena! Semoga kita semua berjumpa lagi di siaran yang akan datang.

Assalamualaikum!
🌟 Artikel Pilihan Lain Dalam Blog Ini
  • Apa Saya Belajar Dari Dua Rakan Smule: @_nurcinta_19 & @iR3Nij4_PiratesX
  • Apa Saya Belajar Dari Momen Indah Itu: Bila Hati Tersentuh Dunia Jadi Lebih Indah
  • Apa Saya Belajar Dari Nyanyian Tanpa Wajah, Balasan Dengan Jiwa
  • Throwback #6: Dari 5A ke Sekolah Biasa — Sebuah Perjalanan Yang Tidak Terduga
  • Dunia Buku #3: Edisi Khas — Surat Terbuka Buat Katie McGrath
  • Catatan Awal Pagi #5: Mendung Tak Selamanya Hujan
  • Tip Kecil Untuk Jaga Hati di Pagi Hari _ Langkah Perlahan Menyambut Hari Baru 

  • Jangan terlepas catatan seterusnya — langgan untuk terima terus di e-mel anda.

    ✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
    Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...