Langkau ke kandungan utama

Nilai Masa dan Keluarga: Bila Detik Yang Kita Lepaskan Tak Kembali

Kata Pengantar Khas:
Siri cerita dan kehidupan ini ditulis dari lubuk hati saya yang paling dalam. Ia bukan sekadar catatan, tapi satu bentuk muhasabah diri — peringatan buat diri sendiri, dan mungkin buat anda juga. Kita semua sedang berpacu mengejar sesuatu, tetapi adakah kita benar-benar faham apakah sebenarnya yang sedang kita kejar? Duit? Kerjaya? Atau , kita hanya ingin dihargai dan dicintai oleh orang yang kita sayang? Siri ini akan cuba menyentuh detik-detik penting dalam hidup yang selalunya kita pandang remeh, tetapi bila masa berlalu, ia jadi kenangan paling mahal nilainya.



Seorang lelaki duduk termenung di tepi tingkap sambil memandang cahaya pagi, menggambarkan penyesalan dan refleksi terhadap masa yang telah berlalu bersama keluarga.
Kadang kala, bila kita sudah punya masa, orang yang kita sayang pula sudah tak larat untuk menikmati saat bersama. Hargailah masa sebelum ia hanya tinggal kenangan.


Nilai Masa dan Keluarga: Bila Detik Yang Kita Lepaskan Tak Kembali


Nilai Duit vs Nilai Masa dan Keluarga

Pernah tak kita terlalu fokus kejar kerja sampai terlupa hari cuti? Pernah tak kita rasa bangga bila kerja sampai lewat malam, sedangkan anak-anak atau mak ayah kita sedang tunggu di rumah dengan lauk yang dah sejuk? Mungkin masa itu kita fikir, "Tak apa, kerja dulu. Esok boleh ganti." Tapi hakikatnya, masa tak boleh diganti. Dan semakin dewasa kita, semakin kita sedar, banyak momen yang dah kita lepaskan... untuk sesuatu yang kita sangka penting, tapi rupanya hanya sementara. Saya pernah lalui fasa itu. Bila ada Family Day atau aktiviti berkumpul ramai-ramai, saya selalunya beri alasan kerja. Tugas di pejabat, dateline projek, persediaan mesyuarat — semuanya lebih utama. Maklumlah, waktu itu masih bertenaga, masih sihat, dan masih fikir semua orang akan sentiasa ada. Tapi bila masa berlalu, dan kita mula hilang satu demi satu peluang, baru kita sedar — nilai masa bersama orang tersayang itu jauh lebih tinggi dari nilai duit yang kita kejar hari-hari. Sekarang, bila saya ajak mak pergi berjalan-jalan, kadang-kadang dia kata lutut dah sakit, dan sudah tak larat nak berjalan jauh. Adik-beradik pula dah ada keluarga masing-masing. Bukan mudah nak cari tarikh semua orang lapang. Suasana dah tak sama. Yang dulunya meriah, kini cuma jadi kenangan. Saya tertanya-tanya, kalaulah dulu saya luangkan sedikit masa, kalau saya ambil cuti sehari untuk bersama keluarga — mungkin saya ada lebih banyak cerita untuk dikenang. Tapi waktu itu, saya fikir kerja lebih penting. Dan hari ini, saya tahu saya silap.

Masa Itu Aset Yang Paling Cepat Susut

Wang memang penting. Kita perlukan duit untuk sara hidup, bayar bil, dan penuhi keperluan asas. Tapi duit boleh dicari semula. Masa takkan kembali. Anak yang kecil hari ini, tahun depan mungkin dah masuk sekolah. Mak yang kuat tahun ini, mungkin tahun depan dah mula uzur. Kita selalu kata, "Nanti bila semua stabil, saya akan luangkan masa." Tapi bila stabil itu tiba, kadang-kadang orang yang kita nak luangkan masa itu dah tiada lagi. Saya pernah tengok kawan-kawan yang hilang mak ayah secara tiba-tiba. Rasa menyesal itu tak terkata. Mereka kongsi cerita bagaimana mereka terlalu sibuk dengan urusan dunia, sampai terlupa nak bertanya khabar, terlupa nak pulang, terlupa nak peluk. Dan bila panggilan terakhir datang, mereka hanya mampu menangis dalam diam. Mungkin inilah erti "rezeki sebenar" — bila kita masih ada peluang untuk buat sesuatu yang bermakna. Rezeki bukan hanya wang dalam akaun bank, tapi masa yang kita ada bersama orang yang kita sayang.

Kerja Tak Pernah Habis, Tapi Masa Bersama Akan Tamat

Kita selalu kata, "Kerja tak boleh tinggal." Tapi realitinya, kerja memang takkan pernah habis. Bila satu selesai, akan ada satu lagi. Tapi masa bersama keluarga — ada tarikh luputnya. Bukan sebab kita tak sayang, tapi sebab masa dan usia tak menunggu sesiapa. Saya ingat lagi satu ketika, waktu itu mak saya ajak balik kampung. Tapi saya tolak sebab ada urusan kerja. Katanya, "Tak apa la, mak faham." Tapi suara dia ada getar kecewa. Saya rasa waktu itu saya telah kehilangankan sesuatu. Dan bila akhirnya saya balik juga, suasana dah tak sama macam dahulu. Suasana sunyi, orang tua makin diam. Dan saya tahu, saya dah lewat. Sekarang saya cuba sedaya upaya untuk menebus kembali segala yang telah berlalu . Kalau mak ajak keluar, saya cuba cari masa. Kalau adik-beradik nak berkumpul, saya kosongkan jadual. Saya tahu ia takkan sempurna, tapi saya tak nak ulang silap yang sama.

Menjadi Dewasa Bukan Tentang Gaji Besar

Menjadi dewasa bukan sekadar ada kerja tetap atau gaji lima angka. Ia tentang membuat keputusan bijak untuk hidup yang lebih bermakna. Tentang berani untuk berkata tidak kepada mesyuarat hari Sabtu, dan kata ya kepada makan tengah hari bersama mak. Tentang memilih untuk balik awal demi berbual sebentar dengan ayah. Dan tentang tahu bila untuk berhenti — supaya kita tak kehilangan saat-saat penting. Duit boleh buat kita rasa hebat, tapi kasih sayang buat kita rasa hidup.
Nota Penulis:
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri reflektif kehidupan yang saya tulis untuk mengajak kita sama-sama menilai semula apa yang kita kejar dalam hidup. Kalau anda suka artikel ini, anda boleh teruskan dengan membaca koleksi pilihan di bawah: Jika anda mahu terus menerima artikel seperti ini, jangan lupa untuk melanggan @subscribe blog ini dan aktifkan notifikasi. Saya janji saya tidak akan pernah spam emel anda— hanya artikel yang jujur, menyentuh hati dan penuh makna.

Sebab pada akhirnya, kita semua akan sampai ke satu titik — bila kita mula bertanya, "Apa yang tinggal?" Dan jawapannya mungkin bukan wang, tapi wajah-wajah yang masih sudi menunggu kita pulang.

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...