Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Sikit-sikit Lama Kelamaan Akan Menjadi Bukit: Kepentingan Tabiat Menabung

Imej
Sikit-sikit Lama Kelamaan Akan Menjadi Bukit: Kepentingan Tabiat Menabung   Pepatah Melayu "sikit-sikit lama kelamaan akan menjadi bukit" sering dijadikan sumber semangat, terutama apabila kita ingin memulakan sesuatu yang baru, terutamanya tabiat menabung. Bagi mereka yang baru mengenal dunia kewangan peribadi, pepatah ini mengingatkan kita bahawa sedikit-sedikit yang disimpan, akhirnya akan membawa hasil yang besar.   Namun, pernahkah anda tertanya-tanya mengapa, walaupun gaji yang diterima setiap bulan sama, jumlah harta yang dimiliki tetap berbeza? Mengapa ada yang mampu mengumpul kekayaan, sementara yang lain terperangkap dalam kitaran hidup dari gaji ke gaji? Mengapa Gaji Yang Sama Tidak Menjamin Kewangan Yang Sama?   Seringkali kita berfikir bahawa jika gaji yang diterima adalah sama, maka harta yang dimiliki juga sepatutnya setara. Namun, kenyataannya tidak begitu. Apa yang berlaku adalah ramai di antara kita yang apabila gaji diterima, wang ...

Anda Suka baca Novel Tapi Tak Suka Beli Novel? Jom Kita Ber Novellah Sama-sama

Imej
 Anda Suka baca Novel Tapi Tak Suka Beli Novel? Jom Kita Ber Novellah Sama-sama!  Jika anda gemar membaca novel tetapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli buku, jangan risau _ ada penyelesaian yang menarik untuk anda! Jom kita ber-Novellah bersama-sama, platform yang membolehkan anda menikmati membaca tanpa kos! foto contoh daripada aplikasi Novelah Apa Itu Novellah  Seingat aku sudah agak lama juga aku tak update tentang review aplikasi. Jadi aku nak ambil peluang ni berkongsi satu aplikasi yang aku kira agak cool juga. Aplikasi yang aku review kali ni bernama Novellah. Apa itu Novellah?  Sesuai dengan namanya, di aplikasi Novellah ini anda boleh membaca seberapa banyak pun novel secara percuma. Ya, anda tak silap dengar. Ianya memang percuma!  Apa yang lebih seronok lagi terdapat beribu novel berbagai genre dalam pelbagai bahasa seperti, bahasa inggeris, mandarin, Filipino, melayu dan banyak lagi yang disediakan oleh pihak Novellah untuk tat...

Tingkatkan Kewangan Anda: Penduan Siswazah Muda Mengurus Wang dan Melabur Secara Bijak di Era Digital

Imej
Tingkatkan Kewangan Anda: Penduan Siswazah Muda Mengurus Wang dan Melabur Secara Bijak di Era Digital   Siswazah muda adalah aset paling berharga dalam sesebuah negara. Tanpa kehadiran para siswazah yang bijak pandai ini, negara pastinya tidak akan mampu memaksimumkan pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk memajukan negara. Mereka adalah  golongan pelapis yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara di masa hadapan. gambar sekadar hiasan   Justeru itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk memberikan tumpuan yang penuh kepada golongan pelapis ini. Salah satu bukti  nyata dapat dilihat dalam bajet 2023 yang telah dibentangkan tidak lama dahulu. Peruntukan sebanyak lebih daripada RM55 Billion telah diberikan kepada Kementerian pendidikan, yang menjadi  saksi bahawa kerajaan sangat menitikberatkan golongan ini sebagai golongan yang sangat berharga kepada negara. Melalui peruntukkan yang besar ini, jelas bahawa...

Terima Gaji Setiap Hari Di PayPal Melalui Aplikasi Cash Em' All Tiada keraguan Dan Ternyata Membayar (payment proof)

Imej
 Terima Gaji Setiap Hari Di PayPal Melalui Aplikasi Cash Em' All- Tiada keraguan, Ternyata Membayar (payment proof) Tiada lagi rasa rasa sangsi dan keraguan terhadap aplikasi Cash `em All ini, itulah harapan aku semasa pertama kalinya membuat review tentang aplikasi ini di posting yang lepas. Sesungguhnya rasa ragu dan was-was yang keterlaluan boleh menghalang kita daripada mengambil langkah pertama ke arah kejayaan.   Oleh itu, bersederhanalah kita sentiasa dalam segala hal. Hal perasaan dan emosi juga tidak terkecuali dan kepada mereka yang terlepas dan tertanya-tanya apa tu Cash `em All boleh teruskan pembacaan anda.  Apa Itu Cash Em' All?  Cash Em' All adalah aplikasi yang membayar anda dalam mata wang Euro ke akaun PayPal hanya dengan bermain permainan di telefon pintar. Anda tidak perlu melakukan kerja berat, hanya bermain permainan dan mengumpul mata untuk ditukar dengan wang yang akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal. Bagaimana Aplikasi ini Berfungsi? ...

Pengalaman Ditipu BuzzBreak: SCAM Alert & Bukti Gagal Dapat Payout (2024)

Imej
Pengalaman Ditipu BuzzBreak: SCAM Alert & Bukti Gagal Dapat Payout (2024) Assalamualaikum para pembaca semua, Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan seluruh alam yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Aku doakan anda semua sentiasa sihat walafiat.   Terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah di sini dan meluangkan sedikit masa untuk membaca di blog AkuPunyaCerita.Com. Kenapa Kita Sanggup Cuba Peluang jana Pendapatan Online?  Di sebalik kesibukan kita dalam menjalani kehidupan seharian, pasti akan tiba satu saat di mana semua orang akan cuba sedaya upaya dan sehabis daya untuk menambahkan sumber pendapatan.  Tidak kiralah apa pun kerja, pasti akan di lakukan untuk menambah baik kehidupan ini. Ini adalah satu perkara yang normal. Namun begitu, tidak semua yang kita rancang akan berjalan dengan lancar.  Dalam melayari bahtera kehidupan ini, tanpa ragu lagi, kita adalah nakhodanya yang akan menentukan arah pelayaran hidup kita sendiri. Timbul atau tengge...

Bahagian 1: Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App)

Imej
Bahagian 1: Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App) Seiring masa beredar kehidupan yang dilalui saban hari juga semakin mencabar dan tidak sedikit liku-liku kewangan yang perlu dihadapi. Benarlah kata pepatah orang dahulu kala, "semakin besar periuk, semakin besarlah pula keraknya" . Pepatah melayu ini sangat sesuai untuk menggambarkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada zaman sekarang.  Pernahkah anda menyaksikan atau pun mendengar keluhan ramai orang yang mengatakan, tak cukup duit! Sentiasa tak cukup duit? Semasa mula bekerja dahulu dapat gaji bersih seribu ringgit kata tak cukup. Setelah beberapa tahun bekerja dan gaji pun telah naik jadi lima ribu ringgit sebulan, tetap mengatakan duit tak cukup. Apa sudah jadi?  Dan Bila Tak Cukup Duit Apa Pula Yang Di lakukan? Bila sudah merasakan diri tidak cukup duit, mulalah tercari-cari kerja partime untuk menampal perbelanjaan yang bocor. Semua ini harus dilakukan secara rela...

Cuti Deepavali 2022: Masa Bersama Keluarga & Budaya Malaysia yang Mengharmonikan

Imej
Cuti Deepavali 2022: Masa Bersama Keluarga & Budaya Malaysia yang Mengharmonikan    Cuti Deepavali 2022 telah tiba, dan ini adalah masa yang bukan sahaja ditunggu oleh masyarakat India yang meraikannya, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang menghargai budaya pelbagai kaum. Anak-anak sekolah pun bercuti dari 22 hingga 26 Oktober 2022_ satu peluang keemasan untuk berehat, luang masa bersama keluarga, dan memahami perayaan yang penuh simbolik ini.  Dalam entri kali ini, kita kongsikan bukan sekadar cerita tentang cuti, tapi juga pengajaran, nilai budaya, dan panduan berguna untuk musim perayaan ini. 1. Cuti Sekolah Oktober 2022: Rehat yang Dinanti    Setiap kali cuti sekolah bermula, ada dua golongan yang paling gembira _ anak-anak dan ibu bapa! Anak-anak gembira sebab tak perlu bangun awal pagi, manakala ibu bapa gembira sebab dapat lebih masa bersama anak-anak (walaupun mungkin pening juga nak kawal mereka di rumah).  Namun, jangan lupa _...

Go Daily App : Jana Duit Poket Secara Santai Dengan Hanya 10 Minit Sehari

Imej
Go Daily App : Jana Duit Poket Secara Santai Dengan Hanya 10 Minit Sehari  "Jika tak di pecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya".  Pepatah melayu lama ini cukup tepat untuk mereka yang ingin mencuba menjana pendapatan secara dalam talian. Hanya mereka yang berani mencuba dan konsisten berusaha akan dapat melihat hasilnya. Tanpa keberanian, mimpi akan kekal sebagai mimpi.  Kali ini aku ingin kongsi pengalaman aku menggunakan aplikasi Go Daily _ sebuah aplikasi mudah yang boleh membantu anda menambah pendapatan harian dengan cara yang santai dan fleksibel. Apa Itu Go Daily? Go Daily ialah aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store. Ia membolehkan pengguna menjana pendapatan sampingan dengan menyelesaikan tugasan harian yang ringkas seperti membaca artikel, menonton video, dan berkongsi pautan. foto contoh aplikasi Go Daily yang boleh dimuat turun di Google PlayStore  Cara Daftar dan Mula Guna: 1. Muat turun ap...

Masih Relevan Ke Jadi Penulis Blog Zaman Sekarang?

Imej
Masih Relevan Ke Jadi  Penulis Blog Zaman Sekarang?  Masih ingat tak masa cikgu tanya kat sekolah dulu, "Bila dah besar nanti,  kamu nak jadi apa?" Masa tu ada yang jawab nak jadi askar, doktor, cikgu, pelakon _ macam-macam cita-cita keluar. Tapi aku pula dengan penuh yakin jawab: "Saya nak jadi penulis, cikgu!"  Waktu tu, cita-cita bunyinya macam mudah sangat. Tapi bila dah besar, realitinya? Haa... sembilan daripada sepuluh orang tak jadi pun apa yang diaorang cakap masa kecil. Aku pun tergolong dalam golongan tu_ yang belum capai impian. Tapi... minat menulis tu tak pernah hilang. Masih ada. Cuma peluang je yang tak muncul-muncul. Jadi, soalnya sekarang: Masih Relevan ke Jadi Penulis Blog?  Jawapan ringkasnya: YA! Masih sangat relevan.  Dan kalau korang tengah berkira-kira nak jadi blogger, artikel ini memang khas untuk korang. Jom kita tengok kenapa jadi penulis blog tu masih relevan _ malah mungkin lebih penting daripada dulu! 1. Blog Masih Jadi Medium...

Bahagian 2: Mode Earn App- Benarkah Legit Atau Pun SCAM? Bukti Pembayaran

Imej
Bahagian 2: Mode Earn App- Benarkah Legit Atau Pun SCAM? Bukti Pembayaran Pengenalan  Assalamualaikum para pembaca blog AkuPunyaCerita.Com, semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan Allah S.W.T selalu, amin. Tidak banyak yang hendak aku perkatakan di dalam posting pada kali ini. Cuma sambungan dari perkongsian yang lepas berkenaan aplikasi membuat duit online Mode Earn App .  Sambungan Dari Bahagian 1 Bagi yang belum baca review penuh tentang aplikasi Mode Earn App, anda boleh klik di sini: Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App) Pengalaman Peribadi Guna Aplikasi Mode  Pada posting kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku membuat review tentang aplikasi Mode ini. Pada aku Mode ni mudah nak dikendalikan. Kenapa aku cakap mudah, pasal anda boleh start earning dengan hanya mendengar radio. Apa yang perlu anda lakukan hanya ambil telefon bimbit anda dan buka aplikasi Mode. Anda boleh pilih dari se...