Bahagian 2: Mode Earn App- Benarkah Legit Atau Pun SCAM? Bukti Pembayaran

Bahagian 2: Mode Earn App- Benarkah Legit Atau Pun SCAM? Bukti Pembayaran

Pengenalan

 Assalamualaikum para pembaca blog AkuPunyaCerita.Com, semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan Allah S.W.T selalu, amin.

Tidak banyak yang hendak aku perkatakan di dalam posting pada kali ini. Cuma sambungan dari perkongsian yang lepas berkenaan aplikasi membuat duit online Mode Earn App


Sambungan Dari Bahagian 1

Bagi yang belum baca review penuh tentang aplikasi Mode Earn App, anda boleh klik di sini:

Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App)


Pengalaman Peribadi Guna Aplikasi Mode 

Pada posting kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku membuat review tentang aplikasi Mode ini. Pada aku Mode ni mudah nak dikendalikan. Kenapa aku cakap mudah, pasal anda boleh start earning dengan hanya mendengar radio.

Apa yang perlu anda lakukan hanya ambil telefon bimbit anda dan buka aplikasi Mode. Anda boleh pilih dari senarai radio yang disediakan dalam aplikasi ini sesuai dengan selera telinga anda secara percuma.

 Kemudian, anda boleh tinggalkan telefon anda dan masa yang ada boleh digunakan untuk buat kerja anda yang lain sambil mendengar radio!

Mudah kan??


Benarkah Ia Terlalu Baik Untuk Dipercayai?

 Benar, ianya terlalu baik untuk dipercayai. Bak kata omputih, "too good to be true". Percayalah, aku pun seperti kebanyakan orang, sukar untuk mempercayai sesuatu perkara bila mana belum terbukti. Akan tetapi, itu hanyalah di permulaannya sahaja. 

 Semua rasa tidak percaya itu hilang bila aku start mencuba aplikasi Mode ni. Aku bukan cakap kosong. Di bawah ini aku sertakan bukti penerimaan wang ke akaun PayPal aku.



Bukti Pembayaran 

foto contoh transaksi pengeluaran yang berjaya diterima daripada aplikasi mode earn app



NOTED:

 Updated Terbaru pengeluaran yang berjaya aku terima daripada aplikasi Mode Mobile Earn App

( Bertarikh 25/11/2024 sehingga 19/2/2025)















Bagaimana Pembayaran Diterima?

 Untuk pengetahuan anda semua, pembayaran oleh aplikasi Mode akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal. PayPal ni berperanan sebagai payment processor di antara pihak Mode dan anda. 

 Untuk penerimaan bayaran dari Mode anda wajib mempunyai akaun PayPal (jika anda memilih untuk menuainya ke bank Malaysia).

 



👉  Updated Terbaru: 17 Februari 2025













 Di bawah ini aku sertakan sekali bukti Penerimaan pindahan wang  yang berjaya diterima dari PayPal ke akaun Maybank milik aku pada tanggal 17/2/2025.



Pilihan Kaedah Penebusan Alternatif 

 Walau bagaimanapun anda bebas memilih kaedah pembayaran yang lain seperti:

1. Gift card

foto contoh kaedah penebusan points kepada gift cards di dalam aplikasi Mode earn app

 Malah anda juga boleh menukarkan points yang akan diperolehi dengan produk gadget seperti gambar di bawah :

2. Produk 

foto contoh produk yang boleh ditebus menggunakan points di aplikasi Mode earn app


Ringkasan & Penutup 

 Lumayan bukan?

Semuanya hanya dengan mendengar radio, anda akan diberikan ganjaran dalam bentuk point yang kemudiannya, membolehkan anda menebus ganjaran yang anda inginkan. 

 Untuk sesebuah aplikasi percuma yang mampu memberikan ganjaran kepada pengguna sesuai dengan janjinya adalah sesuatu yang luar biasa. Mengapa luar biasa??

 Kerana terlalu banyak aplikasi yang wujud pada zaman sekarang yang tumbuh bagaikan, cendawan selepas hujan bermodalkan janji palsu.


Kesimpulan - Aplikasi ini Legit atau Tidak?

 Jadi selepas mengetahui kebenaran aplikasi ini, anda tidak akan ragu untuk menggunakannya. Harapan aku semoga posting ini dapat membantu anda yang masih tertanya-tanya apakah Mode Earn App ini legit atau scam. Aplikasi ini pada aku amat legit sesuai dengan janjinya.

 Jika anda mendapati tulisan ini bermanfaat,sila tinggalkan komen anda dan bolehlah di kongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih.






               









Ulasan

Airis berkata…
Wow! Tak pernah dengar ada aplikasi yang boleh jana pendapatan macam nih. Thanks share :)