Bebas Hutang: Rasai Kemanisan Seperti Madu dengan Kewajipan Membayar Hutang
Bebas Hutang: Rasai Kemanisan Seperti Madu dengan Kewajipan Membayar Hutang Tahun 2025 sudah hampir separuh perjalanannya, dan 2026 semakin menghampiri kita. Sudahkah azam anda tercapai pada tahun ini? Atau sekurang-kurangnya separuh daripadanya? Tahniah j ika ya! Jika belum, jangan berputus asa. Menetapkan azam adalah langkah pertama yang mudah, namun mencapainya memerlukan perancangan dan usaha yang berterusan. Kisah Bebas Hutang Aku Pada penghujung tahun 2021, aku berjaya melunaskan hampir keseluruhan hutang aku yang berjumlah lebih daripada tiga puluh lima ribu ringgit dalam masa setahun. Alhamdulillah. Dalam artikel ini, aku ingin berkongsi bagaimana aku berjaya mengatasi masalah hutang, namun perlu diingatkan bahawa cara yang aku gunakan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Aku bukanlah pakar kewangan, hanya sekadar berkongsi pengalaman bagi membantu mereka yang ingin bebas dari hutang. Kenapa Bebas Hutang itu Penting? Bayangkan betapa...