Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel INSPIRASI

Pentingnya Menghormati Ibu Dan Bapa Anda

Imej
Kenapa Menghormati Ibu Bapa Itu Sangat Penting? Ibu dan ayah adalah permulaan hidup kita. Bayangkan, tanpa mereka, kita takkan pernah lahir ke dunia ini, takkan dapat melihat keindahan alam, apatah lagi merasai nikmat hidup. Semua yang kita nikmati hari ini, adalah hasil pengorbanan mereka. Segala puji hanya milik Allah, yang memberi kita kesempatan ini. Kadang-kadang, kita lupa untuk menghargai ibu bapa. Ya, dalam dunia yang serba sibuk ini, kita sering terlepas pandang pengorbanan mereka. Namun, adakah kita sedar bahawa menghormati mereka adalah kewajipan kita? Ibu Bapa: Asas Segala Kekuatan Dalam Hidup Kita  Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak adalah ikatan yang tak ternilai. Kasih sayang dan pengorbanan mereka tak terhingga. Mereka memberi kita kehidupan, membimbing kita, dan menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Jadi, apakah cara terbaik kita sebagai anak untuk menunjukkan penghormatan? Jika kita lihat sekarang, semakin banyak kes di mana anak-anak berkelakuan kasar terhad...

Bebas Hutang: Rasai Kemanisan Seperti Madu dengan Kewajipan Membayar Hutang

Imej
Bebas Hutang: Rasai Kemanisan Seperti Madu dengan Kewajipan Membayar Hutang  Tahun 2025 sudah hampir separuh perjalanannya, dan 2026 semakin menghampiri kita. Sudahkah  azam anda tercapai pada tahun ini? Atau sekurang-kurangnya separuh daripadanya?  Tahniah j ika ya! Jika belum,  jangan berputus asa. Menetapkan azam adalah langkah pertama yang mudah, namun mencapainya memerlukan perancangan dan usaha yang berterusan. Kisah Bebas Hutang Aku   Pada penghujung tahun 2021, aku berjaya melunaskan hampir keseluruhan hutang aku yang berjumlah lebih daripada tiga puluh lima ribu ringgit dalam masa setahun. Alhamdulillah. Dalam artikel ini, aku ingin berkongsi bagaimana aku berjaya mengatasi masalah hutang, namun perlu diingatkan bahawa cara yang aku gunakan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Aku bukanlah pakar kewangan, hanya sekadar berkongsi pengalaman bagi membantu mereka yang ingin bebas dari hutang. Kenapa Bebas Hutang itu Penting?   Bayangkan betapa...

Keberanian Sebagai Kunci Kejayaan: Mengubah Impian Menjadi Kenyataan

Imej
Keberanian Sebagai Kunci Kejayaan: Mengubah Impian Menjadi Kenyataan  Assalamualaikum,  Tanpa keberanian, Impian Tidak Akan Pernah Menjadi Kenyataan    Apa khabar semua pembaca? Ada tak yang baru bangun tidur? Cepat-cepat bangkit, sebab waktu Asar hampir tiba! Namun, sebelum kita melangkah lebih jauh, mari kita bercakap sekejap tentang sesuatu yang penting _ mimpi dan kebenaran.  Hidup ini kadangkala terasa seakan milik kita sepenuhnya. Segala yang kita impikan, tiba-tiba muncul di hadapan mata: rumah mewah, kereta besar, pasangan yang cantik dan kacak, malah peluang mengelilingi dunia. Segala-galanya tampak sempurna. Tetapi kita harus sedar, tiada yang sempurna selain Allah SWT. Walaupun begitu, kita digalakkan untuk mengejar kesempurnaan dalam hidup.  Setiap umat Islam harus berusaha menjadi versi terbaik dari diri mereka, kerana kita adalah umat contoh. Dan sebagai contoh, kita mestilah memiliki sifat yang baik serta kepimpinan yang mencerminkan teladan ...

Kebaikan yang Mengubah Hidup: Mengapa Kita Semua Perlu Berbuat Baik?

Imej
Kebaikan yang Mengubah Hidup: Mengapa Kita Semua Perlu Berbuat Baik? Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Hai pembaca yang aku hormati! Semoga anda semua sentiasa dilimpahi kesihatan yang baik dan diberkati oleh Allah SWT. Terima kasih kerana terus menyokong blog ini, dan aku berdoa agar segala kebaikan sentiasa mengiringi langkah anda. Amin!  Dalam dunia moden yang serba cepat ini, kita sering tertanya-tanya, adakah masih ada ruang untuk kebaikan sejati? Dalam kesibukan mengejar kekayaan dan kemajuan material, kita kadang-kadang terlupa akan pentingnya nilai murni seperti empati, kasih sayang, dan hormat-menghormati.  Namun, walaupun dunia ini dipenuhi dengan ketidaktentuan, percayalah bahawa kebaikan masih wujud dan mampu memberikan perubahan besar. Artikel ini akan membincangkan mengapa perbuatan baik dalam kehidupan seharian sangat penting, serta bagaimana ia boleh membawa manfaat kepada kita semua. Bismillahirrahmanirrahim... 1. Memupuk Empati Melalui Kebaikan ...

Jangan Berputus Asa: 7 Sebab Mengapa Anda Harus Terus Melangkah

Imej
Jangan Berputus Asa: 7 Sebab Mengapa Anda Harus Terus Melangkah  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, para pembaca yang dihormati. Apa khabar anda hari ini? Semoga berada dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa. Namun, jika anda sedang melalui hari yang sukar_ dengan cabaran hidup yang berat atau ujian yang yang menyesakkan dada_ ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian. Sesungguhnya, setiap ujian hadir dengan hikmah. Dan setiap kejatuhan adalah ruang untuk bangkit lebih gagah. Inilah 7 sebab mengapa anda tidak seharusnya berputus asa. 1. Jalan Kejayaan Tidak Pernah Mudah  Impian itu indah, tetapi jalan ke arahnya sering kali berliku. Tiada siapa berjaya tanpa menghadapi cabaran. Ujian dan kesukaran adalah sebahagian daripada proses membina kekuatan diri.  Ingatlah, semakin tinggi nilai yang kita kejar, semakin besar cabaran yang perlu ditempuh. 2.Ujian Adalah Tanda Kasih Sayang Allah  Mengapa Allah menguji hamba-Nya? Kerana Dia menyayangi kita. Dalam kesus...

Merdeka! Dari Hati Malaya 1957 Seorang Rakyat Jelata

Imej
  Assalamualaikum,   Kepada pembaca blog yang disayangi,     Rasanya masih belum terlambat lagi buat diri aku untuk mengambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun. Malaysia Madani : Jiwa Merdeka.   Buat pengetahuan anda semua, bila tiba sahaja hari merdeka, aku pasti teringatkan kenangan lalu sewaktu menonton wayang 1957: Hati Malaya di tahun 2007 dahulu. Filem hebat arahan sutradara Suhaimi Baba dan dibintangi oleh barisan pelakon berbakat besar seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Sharifah Amani dan Adlin Aman Ramli masih segar dalam ingatan aku.   Rasanya filem itulah yang menjadi pencetus atau pun 'turning point' kepada diri aku untuk menghayati dan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ini pada setiap tahun. Jika sebelum itu, aku sekadar menyambutnya sebagai hari cuti umum biasa sahaja. Tanpa ada makna apa-apa. Filem ini memberikan sejuta makna kepada diriku. Jalur gemilang kebanggaan rakyat Malaysia  ...

Jangan Terlalu Ikut Kata Orang: Panduan Berjaya Dengan Cara Sendiri

Imej
Jangan Terlalu Ikut Kata Orang: Panduan Berjaya Dengan Cara Sendiri Pengenalan  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca! Semoga hari anda semua dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan. Hari ini, aku ingin berbicara tentang satu perkara yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian _ iaitu kata orang.  Terlalu ramai antara kita yang mudah terpengaruh dengan apa yang orang kata. Memang tidak salah untuk mendengar nasihat, namun tidak semua kata-kata membawa manfaat. Ada kalanya ia boleh menghalang kejayaan kita. Jadi, mengapa kita harus berhenti terlalu bergantung kepada apa yang orang lain kata? Bahagian 1: Kata Orang _ Baik atau Buruk?  Kita sering dibesarkan dengan pelbagai "kata orang" yang sudah menjadi budaya masyarakat, antaranya: ⚫ " Anak dara jangan duduk di tangga, nanti tiada orang mahu." ⚫ " Kaya sangat pun tak guna, duit tak boleh bawa mati."  ⚫ " Nak senang hidup, kena belajar pandai-pandai." Kadang-kadang kita patuh k...

Mengapa Anda Perlu Berjaya: Kunci untuk Mencapai Matlamat Hidup

Imej
Mengapa Anda Perlu Berjaya: Kunci untuk Mencapai Matlamat Hidup  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa mendapat rahmat daripada Ilahi.  Amin.  Pernahkah anda merasa berada di titik terendah dalam hidup? Apakah rasa seolah-olah segala usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil, dan impian-impian yang diidamkan semakin jauh? Perasaan seperti ini pasti pernah dialami oleh banyak orang. Ketika itu, kita mungkin bertanya kepada diri sendiri, "Apa lagi yang kurang?"  Meski sudah berusaha sehabis baik, kejayaan masih belum tercapai. Perasaan tidak yakin mula menguasai diri. Mungkin, kita mula ragu sama ada kejayaan itu memang untuk kita? Mengapa Kita Perlu Berjaya?   Untuk mencapai matlamat hidup, kita perlu tahu mengapa kita mahu berjaya. Mengetahui sebab kita ingin berjaya adalah seperti kunci yang membuka pintu kejayaan. Apabila kita faham tujuan dan motivasi di sebalik matlamat kita, ia ...

Masih Relevan Ke Jadi Penulis Blog Zaman Sekarang?

Imej
Masih Relevan Ke Jadi  Penulis Blog Zaman Sekarang?  Masih ingat tak masa cikgu tanya kat sekolah dulu, "Bila dah besar nanti,  kamu nak jadi apa?" Masa tu ada yang jawab nak jadi askar, doktor, cikgu, pelakon _ macam-macam cita-cita keluar. Tapi aku pula dengan penuh yakin jawab: "Saya nak jadi penulis, cikgu!"  Waktu tu, cita-cita bunyinya macam mudah sangat. Tapi bila dah besar, realitinya? Haa... sembilan daripada sepuluh orang tak jadi pun apa yang diaorang cakap masa kecil. Aku pun tergolong dalam golongan tu_ yang belum capai impian. Tapi... minat menulis tu tak pernah hilang. Masih ada. Cuma peluang je yang tak muncul-muncul. Jadi, soalnya sekarang: Masih Relevan ke Jadi Penulis Blog?  Jawapan ringkasnya: YA! Masih sangat relevan.  Dan kalau korang tengah berkira-kira nak jadi blogger, artikel ini memang khas untuk korang. Jom kita tengok kenapa jadi penulis blog tu masih relevan _ malah mungkin lebih penting daripada dulu! 1. Blog Masih Jadi Medium...