Langkau ke kandungan utama

Dunia Buku #1: Buku Pertama Saya dan Kisah Novel Yang Koyak

🌿 Dunia Buku #1: Buku Pertama Saya dan Kisah Novel Yang Koyak

Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati.
Seorang budak lelaki Asia Tenggara sedang membaca buku cerita sambil duduk di lantai rumah kampung, dengan cahaya matahari pagi menyinar lembut dari tingkap.
"Membaca jadi satu bentuk ketenangan _ dalam dunia buku, saya belajar diam dan mula faham makna rasa ingin tahu."



Mungkin ramai orang membaca kerana suka, tapi aku membaca kerana emak aku ajar untuk suka. Dulu aku jenis yang tak reti duduk diam. Kalau boleh, semua benda nak dicuba, semua tempat nak diteroka, semua suara nak dijawab. Tapi emak, dengan ketenangan seorang ibu yang sudah biasa dengan kerenah anak sulung yang hiperaktif, ada satu cara paling berkesan nak buat aku diam _ letakkan sebuah buku di tangan aku.

Buku pertama yang benar-benar aku anggap milik aku sendiri ialah buku cerita bergambar yang emak belikan sempena aku menang tempat ketiga dalam kelas darjah 2. Waktu itu aku tak faham sangat tentang penghargaan atau kedudukan dalam pelajaran, tapi bila emak hulurkan buku cerita itu dan kata, " Ni hadiah untuk anak emak yang pandai,'' aku rasa seperti aku telah menawan dunia.


Sebuah Dunia Baru 

Membaca pada waktu itu terasa seperti melangkah masuk ke dunia baru yang aku sendiri tak tahu wujud. Dari kisah pengembaraan ke zaman dinasti China, ke hutan Amazon, ke kisah budak miskin di pekan kecil, aku menyelam dalam setiap ayat dan dialog seolah-olah aku ada di situ. Bahasa yang digunakan tak semua aku faham, tapi aku tekun_ dan emak selalu bantu terangkan.

Kadang-kadang aku baca buku di bawah meja masa cikgu tengah ajar. Pernah kantoi sekali, cikgu tarik buku aku dan suruh aku baca kuat-kuat depan kelas. Malunya waktu itu, tapi bila aku tamat baca satu muka surat, cikgu senyum dan kata "Bagus. Tapi lepas ni baca waktu rehat, ya?"


Bila Buku Jadi Peneman Jiwa 

Waktu UPSR makin dekat, tekanan belajar makin kuat. Aku masih lagi suka baca novel_ malah makin banyak dibeli oleh emak sebagai ganjaran untuk keputusan ujian atau hadiah harijadi. Tapi satu insiden yang aku takkan lupakan sampai bila-bila ialah bila arwah papa aku koyakkan hampir sebakul novel aku hanya kerana aku tak nak belajar malam tu.

Aku masih ingat malam tu. Papa dah tegur dua tiga kali suruh aku buat latihan Matematik. Tapi aku degil, masih ralit baca novel aksi remaja. Akhirnya, dengan nada marah bercampur kecewa, papa ambil semua novel yang tersusun di rak, masukkan dalam besen plastik besar dan koyakkan satu-satu.

Aku menangis. Tapi, selepas itu, aku mula faham satu perkara penting _ilmu bukan sekadar pada bacaan cerita, tapi juga pada disiplin dan tanggungjawab.


🌿Refleksi Dewasa 

Hari ini bila aku imbas semula semua itu, aku sedar betapa membaca telah membentuk aku menjadi siapa aku hari ini. Walaupun aku dikenali sebagai "raja kelas hujung" kerana kenakalan aku, aku juga sentiasa berada dalam kelompok pelajar terbaik. Ironinya, antara main dan belajar, buku tetap jadi pusat graviti aku.

Dan setiap buku yang aku baca waktu kecil membawa aku ke satu tapak baru dalam proses pembesaran aku_ belajar memahami emosi, konflik, nilai persahabatan, ketabahan, dan juga kehilangan.


📝 Nota Penulis:
Assalamualaikum & salam sejahtera pembaca semua!
Jika anda pernah melalui zaman di mana buku jadi satu-satunya tempat untuk lari dari dunia sebenar, ketahuilah bahawa anda sememangnya tidak keseorangan. Buku bukan hanya sekadar helaian kertas, tapi pintu ke dunia di mana kita boleh jadi sesiapa, ke mana-mana, dan merasa apa sahaja.

Buat arwah papa tercinta, terima kasih kerana telah mendidik aku dengan tegas dan kasih. Dan buat emak, kerana terus membaja minat membaca sejak kecil_ itulah hadiah paling mahal dalam hidup aku.


💬 Buat Anda Pembaca Semua 


Bagaimana dengan anda? Buku apa yang paling anda ingat dari zaman kecil anda?  Pernahkah buku mengubah cara anda melihat dunia atau membantu anda melalui sesuatu fasa sukar dalam hidup? Atau... mungkin juga anda ada kenangan lucu atau menyentuh hati dengan buku pertama anda?

Kongsikan kisah anda di ruangan komen, atau tag aku di Facebook jika anda tulis semula pengalaman itu di blog atau Facebook. Mana tahu, kisah anda akan jadi inspirasi untuk pembaca lain juga.


Kalau anda suka artikel seperti ini, jangan lupa langgan blog ini untuk terus ikuti siri Dunia buku seterusnya. Banyak lagi kisah-kisah buku yang ingin aku kongsikan bersama pembaca semua_ termasuk buku-buku yang aku baca diam-diam dalam kelas!😄


✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...