Jangan Jadi 'Kaki Depo' Lagi, Ketahui Langkah Untuk Menjadi Trader Forex Yang Berjaya

Jangan Jadi 'Kaki Depo' Lagi, Ketahui Langkah Untuk Menjadi Trader Forex Yang Berjaya 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai! Apa khabar para pembaca blog semua?

 Trader forex, chart anda colour apa hari ini, biru-biru ke merah? Hihihi..

Berapa banyak profit yang anda dah buat minggu ini? 

Atau... dah nak kena deposit semula?Rileks.. janganlah stress sangat. 

 Biasalah adat dalam dunia dagangan ni, kadang untung, kadang rugi. You lose some and you win some. Tapi yang penting, pastikan keuntungan anda melebihi kerugian. Barulah anda boleh digelar sebagai trader yang profitable.



Kenapa Anda Masih Jadi 'Kaki Depo'?

 Entri kali ini santai-santai saja, aku nak kongsi sebab utama kenapa anda mungkin masih tergolong dalam golongan 'kaki depo'. Aku yakin, kalau anda dah sampai ke artikel ini, anda pun pasti dah bosan jadi 'kaki depo' tegar.. betul tak?

 Jadi, tanpa melengahkan masa, jom kita muka!



Ramai yang Silap Faham Tentang Forex 

 Ramai trader baru fikir trading semudah pusing roda impian_ harap nasib je. Tekan BUY bila rasa nak BUY, tekan SELL bila rasa nak SELL. Malangnya, mindset sebegini akan menyebabkan anda terus-menerus hangus duit modal.

 Forex bukanlah permainan teka-teki atau nasib semata. Ia perlukan 

Ilmu

⚫ Perancangan 

⚫ Strategi yang teliti 


Sebelum trading, anda perlu tahu strategi apa yang ingin digunakan dan apakah rancangan tindakan untuk setiap posisi yang anda buka.



Setiap Orang Lain Modal, Lain Strateginya 

Jangan tiru 100% strategi orang lain kerana setiap individu ada kemampuan modal yang berbeza. Jadi, lebih baik anda mula catat dan nilai kemampuan anda sendiri.

Cadangan:

Sediakan satu jurnal atau buku nota khas untuk:

⚫ Catat modal anda

⚫ Kenal pasti sasaran keuntungan yang realistik 

⚫ Nilai kembali setiap trade

Ini akan bantu anda minimakan kerugian dan tingkatkan win rate.



Siapa Sebenarnya Trader Forex Yang Berjaya?

 Berikut ciri-ciri utama seorang trader forex yang berjaya:

Pemahaman Pasaran yang Mendalam 

 Trader yang berjaya faham tentang pasaran forex, termasuk analisis teknikal dan fundamental. Mereka tahu apa yang berlaku dalam pasaran dan tahu bagaimana untuk mengambil keputusan yang bijak.


Disiplin dan Pengawalan Emosi 

 Trader berjaya mengawal emosi mereka, tidak mudah terbawa-bawa dengan rasa takut atau tamak. Mereka mematuhi pelan dagangan dan tidak membuat keputusan terburu-buru.


Pengurusan Risiko yang Baik

 Seorang trader berjaya tahu pentingnya pengurusan risiko. Mereka selalu menggunakan saiz lot yang sesuai, meletakkan stop-loss dan memastikan risk-reward ratio yang betul.


Pelan Dagangan yang Terancang 

 Pasaran forex sentiasa berubah, jadi trader yang berjaya sentiasa belajar dan menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran terkini. Mereka menilai setiap posisi dagangan dan sentiasa mencari cara untuk memperbaiki strategi mereka.


Keuntungan Jangka Panjang 

 Trader yang berjaya tidak mencari keuntungan cepat. Mereka lebih fokus pada keuntungan jangka panjang yang konsisten dan sentiasa bersabar menunggu peluang terbaik untuk membuka posisi.


Pengurusan Modal yang Bijak 

 Trader yang berjaya menggunakan modal mereka dengan bijak, mengelakkan risiko besar dalam satu posisi, dan sentiasa mempunyai jangkaan yang realistik.


Penilaian Berterusan

 Mereka sentiasa memantau kedudukan dagangan mereka dan menganalisis keputusan yang telah dibuat. Mereka sentiasa memeriksa jurnal dagangan untuk mencari pola atau kesilapan dan membuat pembetulan yang diperlukan.






 Kesimpulan 


Pasaran dagangan matawang adalah sangat tidak menentu dan sukar untuk kita menjangkakan apa yang akan berlaku dari masa ke semasa. Tiada jaminan bahawa anda akan pasti mendapatkan keuntungan dalam dagangan forex, tetapi rugi itu pasti. Oleh itu, anda perlu memahami bahawa forex mengandungi risiko, dan tidak semua orang boleh berjaya atau konsisten dalam membuat keuntungan.


 Namun, dengan mengamalkan amalan pedagang forex yang berjaya seperti yang aku kongsi di atas, anda dapat meningkatkan peluang untuk menjadi seorang trader yang berjaya dan konsisten.


 Rugilah kan asyik terus deposit tanpa merasa keuntungan? Kadang-kadang kita sebagai manusia memerlukan sesuatu untuk memotivasikan diri kita sendiri. Jadi, apa kata keluarkan dulu modal yang anda telah depositkan dan bakinya boleh anda reinvest semula untuk jana profit yang lebih banyak.


 Jika dalam trade seterusnya anda mengalami kerugian, tak mengapa kerana anda telah selamatkan modal pertama yang dikeluarkan.


 Jika selepas membaca entri ini anda masih rasa sedikit stress, cuba tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dan katakan pada diri anda:


 " Ya, saya boleh melakukannya!"


Semoga bermanfaat!


 Akhir kata, jika anda fikirkan anda boleh, anda pasti boleh melakukannya. Buang jauh-jauh habit lama yang merugikan dan InsyaAllah kejayaan pasti akan menjadi milik anda. 


 Semoga kita berjumpa lagi di post yang akan datang.

 Assalamualaikum!



 



 


 


 


Ulasan