Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 1
Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 1
Assalamualaikum
Hai, para pembaca blog yang aku hargai. Apa khabar anda semua? Aku harap semuanya sihat dan baik-baik sahaja. Kepada sesiapa yang berasa kurang sihat, bolehlah segera berjumpa dengan doktor ya. Kesihatan adalah perkara yang perlu kita jaga supaya hidup ini sentiasa ceria. Betul tak?
Alhamdullilah hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk kembali menulis di blog yang telah lama sepi ini. Walaupun sibuk dengan tugas sebagai juruwang, aku masih bersyukur kerana diberikan kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus bekerja mencari rezeki yang halal.
Aku masih beruntung kerana ketika ekonomi negara, Malaysia, baru mula pulih selepas pandemik COVID-19, masih ramai yang kehilangan punca rezeki. Harapannya semoga mereka yang terkesan di luar sana dipermudahkan urusan mereka. Amin.
Ujian Kehidupan dan Harapan
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sedang diuji, ingatlah bahawa Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mendatangkan cubaan melainkan hamba-Nya mampu menghadapinya." Tuhan itu Maha penyayang lagi Maha mengasihani.
Jangan berhenti berusaha dan berdoa. Usaha adalah anak tangga menuju kejayaan, sementara doa adalah senjata ampuh milik orang mukmin, untuk kembali bangkit dari kegagalan supaya menjadi orang yang lebih kuat.
Mengenal Dunia Forex
Ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lalu, aku banyak meghabiskan masa mempelajari cara-cara untuk menjana pendapatan dengan menggunakan telefon pintar dan internet. Aku tertarik dengan aplikasi-aplikasi yang menawarkan ganjaran wang tunai, namun banyak yang mengecewakan, dengan sesetengahnya hanya memanipulasi pengguna untuk menonton iklan tanpa sebarang bayaran. Sakit hati kalau terkena dengan aplikasi palsu sebegitu.
Namun, walaupun ramai yang menyuruh aku menulis tentang topik lain, aku tetap menulis review tentang aplikasi-aplikasi tersebut kerana aku berniat untuk membantu orang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama. Di situlah aku mula mengenali seorang rakan di tempat kerja lama dahulu, yang menjadi titik tolak perjalanan aku mengenali dunia forex trading.
Rakan yang Menjadi 'Kaki Depo'
Aku pelik dengan rakan aku ini. Walaupun gajinya dua kali ganda daripada aku, dia sering kekurangan wang. Bukan kerana dia boros, malah isterinya juga yang menyiapkan bekal makanan untuknya. Aku bertanya kepada beliau pada suatu hari, "kenapa gaji banyak, duit tak cukup?" Aku bimbang jika dia terjebak dalam perjudian online, yang sering dilaporkan membawa malapetaka kepada ramai keluarga.
Setelah berbual panjang, barulah aku tahu dia tidak terlibat dengan judi online, tetapi dia melabur dalam forex trading. Namun, cara beliau berdagang sangat tidak teratur. Setiap bulan, dia akan mendepositkan wang ke dalam akaun forex dengan jumlah yang agak besar, tanpa melakukan analisis yang betul. Malah, setiap kali melihat pergerakan harga, dia akan terus membeli atau menjual tanpa kajian lanjut.
Aku terkejut dan berfikir, "Kalau begini caranya, memang habislah modal."
Kenapa Aku Terpanggil untuk Belajar Forex Trading?
Walaupun, contoh dari rakan aku ini agak mengecewakan, aku tetap berusaha untuk menyelidik lebih lanjut mengenai forex trading. Alhamdulillah, banyak video di YouTube yang memberi aku pemahaman tentang forex.
Aku sedar bahawa dalam forex, jika tiada ilmu yang betul, sangat mudah untuk terjebak dengan kerugian. Aku pun mula belajar lebih dalam, dan baru aku faham kenapa rakan aku sering mengalami Margin Call (MC). Kira-kira yang telah aku buat, jika dia teruskan tabiat tersebut, dalam 4 tahun dia sudah membazir RM192,000.
Akhirnya rakan aku beralih ke copy trading, namun aku menolak ajakannya untuk turut serta. Walaupun begitu dia masih rakan aku, aku hanya mampu memberi nasihat dan berharap dia akan sedar dan berubah.
Pengajaran yang Aku Dapat
Apa yang aku ceritakan ini bukanlah untuk mengaibkan rakan aku, tetapi aku berterima kasih kerana dialah aku mula mengenali dunia forex trading. Aku harap kisah ini memberi pengajaran kepada kalian, bahawa forex bukanlah jalan pintas untuk menjadi kaya.
Forex Trading di Mata Aku
Secara peribadi, aku melihat forex trading ini sebagai alat untuk menggandakan wang, tetapi ia memerlukan ilmu dan perancangan yang rapi. Jangan sesekali hanya berdasarkan gerak hati dan tanpa analisis yang betul. Jika begitu, pasti akaun anda akan MC (Margin Call).
Jangan anggap forex sebagai skim cepat kaya. Memang, ada kemungkinan untuk untung besar, tetapi ia memerlukan pengetahuan, kesabaran, dan pengurusan emosi yang baik. Jika anda hanya ikut nafsu, berdepan dengan kerugian besar adalah sesuatu yang pasti.
Perancangan dalam Forex Trading
Forex trading memerlukan perancangan yang teliti. Setiap trade yang kita buat perlu ada matlamat dan strategi. Jika tidak, kerugian akan datang dengan cepat. Kenapa? Kerana dalam forex, kerugian itu pasti, tetapi keuntungan belum tentu. Malah 90% trader yang mendepositkan wang ke broker berisiko tinggi untuk kerugian.
Perancangan yang baik akan membantu kita menguruskan saiz lot, menghitung risiko, dan meminimumkan kerugian. Jangan bermimpi dengan deposit RM100, boleh buat RM 10,000 sebulan. Biarlah perlahan-lahan seperti penyu, tapi hasilnya beribu-ribu.
Penutup
Aku harap anda semua dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari pengalaman aku ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga kita berjumpa di posting yang akan datang.
Sila baca sambungan artikel ini di bahagian 2
Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa dan Kewangan Chapter 2
Disclaimers:
Aku punya cerita.com tidak mempromosikan mana-mana institusi pelaburan forex dan tidak sama sekali menawarkan nasihat kewangan profesional kepada bakal pelabur. Semua perkongsian di blog ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman peribadi penulis.
Terima kasih semua.
Ulasan