Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 1
Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 1 Assalamualaikum Hai, para pembaca blog yang aku hargai. Apa khabar anda semua? Aku harap semuanya sihat dan baik-baik sahaja. Kepada sesiapa yang berasa kurang sihat, bolehlah segera berjumpa dengan doktor ya. Kesihatan adalah perkara yang perlu kita jaga supaya hidup ini sentiasa ceria. Betul tak? Alhamdullilah hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk kembali menulis di blog yang telah lama sepi ini. Walaupun sibuk dengan tugas sebagai juruwang, aku masih bersyukur kerana diberikan kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus bekerja mencari rezeki yang halal. Aku masih beruntung kerana ketika ekonomi negara, Malaysia, baru mula pulih selepas pandemik COVID-19, masih ramai yang kehilangan punca rezeki. Harapannya semoga mereka yang terkesan di luar sana dipermudahkan urusan mereka. Amin. Ujian Kehidupan dan Harapan Tidak lupa juga kepada rakan-rakan ya...