Langkau ke kandungan utama

Dulu Saya Ingat #2: Duit Boleh Tumbuh Kalau Disiram

😆 Dulu Saya Ingat #2: Duit Boleh Tumbuh Kalau Disiram

Khas dibawakan oleh: Remy versi umur 6 tahun yang serius eksperimen pokok duit

Budak lelaki menyiram pasu bunga sambil senyum penuh harapan. Dalam bayangan kepalanya, tumbuh pokok duit.

Misi budak enam tahun: tukar RM5 jadi ladang.

"Duit tak tumbuh atas pokok." Saya ingat sangat ayat tu. Siapa yang mula sebut? Saya pun tak pasti. Tapi ayat tu melekat terus dalam kepala. Macam masuk ke telinga, dan turun terus ke hati, berputar dalam kepala budak enam tahun yang penuh teori pelik-pelik. Lalu, saya fikir — kenapa orang dewasa cakap macam tu? Dah pernah cuba ke? Dah tanam duit ke? Kalau belum, jangan cepat sangat kata tak boleh! Semangat kan Remy masa tu? 

Dan itulah bermulanya satu eksperimen rahsia. Rahsia yang kononnya macam misi James Bond, padahal saya sendiri pecah tembelang lepas dua minggu.

🌱 Langkah Pertama: Pemilihan Lokasi Strategik

Saya pilih pasu pokok lidah buaya mak. Tanahnya lembut, dan senang nak digali. Saya gali lubang elok-elok, dan masukkan duit RM5. Duit kertas hijau tu saya bentang elok-elok macam tanam benih sawi. Lucu pula bila saya kenangkan kembali. Selepas duit ditanam, saya tutup balik tanah tu, siap tekan sikit biar padat. Masa tu dalam kepala saya, saya dah boleh bayangkan pokok duit tu nanti tinggi, dan berbuah duit RM1, RM5, RM10... Penuh depan halaman rumah!

💧 Langkah Kedua: Penyiraman & Penantian

Setiap pagi, saya akan siram pokok tu. Kadang-kadang sampai dua kali sehari, sebab nak bagi cepat berbuah. Kalau hujan, saya lagi suka — percuma pokok duit dapat air tambahan. Siap saya bisik dekat pasu: "Cepatlah sikit ye, saya nak beli pensil Ultraman..." Setiap kali siram, saya bayangkan anak duit kecil keluar, macam pucuk kacang panjang.

🤔 Langkah Ketiga: Masalah Mula Timbul

Ayah mula perasan saya asyik termenung tepi pasu. "Tengok apa tu?" Saya gelabah. "Tengok semut..." padahal tengah fikir nak tambah modal RM1 biar cepat beranak. Bila mak nampak saya berkepit dengan penyiram air pagi petang, dia tanya: "Kau buat apa dengan pasu tu hari-hari siram?" Saya jawab: "Siramlah pokok... pokok lidah buaya mak kan..." (Padahal pokok lidah buaya tu dah cukup gemuk tak payah siram sangat.)

💀 Tragedi Duit Berbau

Lepas dua minggu, saya dah mula hilang sabar. Jadi saya korek balik duit tu. Alamak. Duit RM5 dah lunyai siap bau tanah, dan bau pokok! Saya mula cemas. Mak nampak saya pegang duit tu, terus berkerut. "Kenapa duit tu bau tanah?" Saya tergagap: "Duit tu jatuh... ke dalam pasu..." Mak pandang saya lama. Saya pula pandang tanah. Duit RM5 tu masa tu rasa macam hilang separuh nilai — lunyai, comot, lembik macam tisu kena air.

🤣 Episod Tambahan: Jiran Nampak

Yang lawaknya, masa saya tengah gali duit tu, jiran sebelah tengah jemur kain. Dia nampak saya gali-gali tanah. "Cari cacing ke?" tanya dia. Saya angguk je, malu nak cakap cari duit!

"Tapi tak semua hasil datang dalam bentuk pokok RM50. Kadang-kadang, datang dalam bentuk cerita kelakar yang boleh buat kita senyum waktu besar nanti."

✍️ Refleksi Penulis

Kita selalu cepat sangat nak jadi dewasa. Tapi masa kecil dulu, kita percaya benda pelik-pelik tanpa ragu. Kita percaya magik. Hari ni, kita terlalu realistik sampai hilang rasa magik tu. Dulu saya siram duit dengan harapan. Hari ini, saya siram impian. Memang saya tahu tak semua impian akan tumbuh, tapi kalau budak enam tahun boleh percaya duit boleh jadi pokok, kenapa saya yang besar ni nak cepat putus asa?

Dan satu lagi, kadang-kadang kita kena ingat — jangan cepat sangat padam impian orang. Mungkin pada kita mustahil, tapi bagi orang lain (atau budak 6 tahun), itu satu dunia harapan. Biar dia cuba. Biar dia ada cerita kelakar yang dia boleh bawa sampai tua nanti.

🌼 Nota Penulis

Terima kasih kerana membaca sampai habis. Kalau anda ada kisah zaman kecil yang kelakar macam ni, tulis. Simpan. Nanti bila satu hari nanti kita rasa penat, dan kita baca balik tulisan kenangan tu pasti kita akan tersenyum. Hidup ni bukan semuanya serius. Kadang, cerita pelik masa kecil tu lah yang buat kita ingat siapa kita sebenar.

🎁 Kisah Bonus: Sesi Bincang Dengan Kawan

Masa tu saya pernah cuba bincang dengan kawan baik saya — sama-sama umur enam tahun, dan tentunya sama-sama memiliki otak yang penuh dengan idea yang pelik-pelik. Saya tanya: "Kalau kita tanam duit syiling, nanti tumbuh pokok duit syiling tak?" Kawan saya pula mula tambah teori: "Kalau duit syiling, pokok dia pendek je. Kalau duit kertas, pokok dia tinggi!"

Kami siap berangan, kalau berjaya tanam pokok duit nanti, boleh beli basikal, mainan Ultraman, dan aiskrim banyak-banyak. Rasa macam penemu formula baru dunia!

🙈 Percubaan Lain Yang Tak Menjadi

Sebenarnya selepas duit RM5 tu lunyai, saya pernah cuba lagi dengan duit syiling 10 sen. Saya tanam kat tepi pagar rumah pula, sebab fikir tanah kat sana lebih "power". Setiap hari saya jenguk, tapi duit tu kekal duit. Tak beranak, dan tak bercucu. Masa tu saya baru betul-betul percaya: duit tak akan tumbuh walau siram 10 baldi air.

"Kita selalu fikir masa kecil kita bodoh bila ingat balik. Padahal, masa kecil lah kita paling berani untuk percaya pada benda yang orang dewasa dah lama hilang kepercayaan."

🗨️ Ruang Cerita Kamu

Kalau kamu pun ada kisah masa kecil yang pelik-pelik atau kelakar, kongsikan di ruangan komen. Kadang, bila kita baca balik kisah lama, itulah yang buat kita ingat siapa kita dulu — dan buat kita senyum pada hari ini.

Masa kecil itu magik,
impian kita tak ada batas.
Hari ini, bila dewasa,
jangan biar magik itu hilang begitu saja.
 Langgan blog ini dan semua kisah baru akan dihantar terus ke email anda

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Nota Untuk Diri Sendiri #6: Tentang Kasih Sayang Yang Kadang Tak Terungkap

Pagi hening — kopi, buku dan laptop jadi saksi bisu pada kasih sayang yang tak terungkap. 📌Nota Untuk Diri Sendiri #6: Tentang Kasih Sayang Yang Kadang Tak Terungkap Hari ini aku menulis perlahan. Catatan ini jadi penutup untuk fasa pertama perjalanan Nota Untuk Diri Sendiri. Aku tak tahu bila aku akan tulis sambungannya lagi, tapi hari ini aku mahu abadikan satu rasa: kasih sayang. Kasih sayang pada insan yang pernah hadir dalam hidup. Kasih sayang pada yang jauh dan yang dekat. Kasih sayang yang kadang tak pernah terucap, tapi sentiasa ada di sudut hati. 🤲Doa Pagi Ini Ya Allah, rahmati semua insan yang aku sayang, walau mereka tak tahu aku menyayangi mereka. Lembutkan hatiku untuk terus mencintai dalam diam. Jadikan kasih sayang ini jalan aku mendekat pada-Mu. 🌿Refleksi Penulis Aku sedar sesuatu hari ini: Kasih sayang bukan selalu perlu kata. Ada kasih yang cukup hanya dengan doa. Ada kasih yang cukup hanya dengan ingatan. Catatan...

Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar

 🫠📖 Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar 📚 Kata Pengantar: Matilanak #1 — Bila Lawak & Rasa Terselit Dalam Rakaman Suara “Matilanak.” Itu bukanlah nama orang. Bukan juga makhluk mistik dari filem seram. Tapi… satu slang rasa yang Remy guna sendiri — untuk menggambarkan perasaan yang muncul secara tiba-tiba… seperti apabila kita terlalu suka, terlalu gugup, dan terlalu jujur… sampai dah tak tahu nak buat apa. Siri ini lahir bukan dari studio penulisan, tapi dari bilik sunyi, suara serak pagi, dan notifikasi Smule yang kadang buat jantung berdegup lebih laju dari beat lagu. Ia tentang perasaan kecil yang kita selalu diamkan, tapi sebenarnya sangat besar dalam hati kita. Kadang-kadang, kita nyanyi biasa je. Tapi bila dia dengar... kita replay sendiri 8 kali. Kadang, kita tulis DM panjang, tapi tak pernah hantar. Kadang, kita join OC dia — tapi suara sendiri pun kita tak dengar. Dan masa tu lah, kita cuma mampu bi...