Langkau ke kandungan utama

Catatan

Catatan Awal Pagi #18: Antara Lega dan Harapan

  Catatan Awal Pagi #18: Antara Lega dan Harapan Pagi yang mengajar syukur—doktor sahkan bukan kanser, walau langkah seterusnya masih perlu berani. Pagi yang tenang di bilik hospital — cahaya lembut, nafas teratur, dan syukur yang perlahan-lahan memenuhi ruang. Pagi ini tidak terlalu cerah. Matahari muncul malu-malu di balik awan, seperti seseorang yang mengetuk perlahan pintu hati lalu berundur selangkah, memberi ruang untuk kita menarik nafas. Udara masih basah dengan sisa malam, dan buat pertama kalinya selepas beberapa minggu yang panjang, dada ini terasa lapang—bukan sepenuhnya bebas, tetapi cukup untuk berkata: syukur. Semalam, doktor sahkan: ia bukan kanser . Tiga perkataan yang ringkas, tapi seolah-olah menukar nada seluruh hidup. Ia tidak bermaksud semuanya selamat; risiko masih ada, dan rawatan tetap perlu. Namun, cukup untuk menurunkan debar yang sejak sekian lama memukul-mukul dada setiap kali pintu wad terbuka. Beberapa ...

Matilanak #4: Lagu Apa Ni?! Semakin Hari Semakin Sayang

  Matilanak #4: Lagu Apa Ni?! Semakin Hari Semakin Sayang Kisah spontan yang blur tapi ikhlas — dari “Lagu apa ni?!” ke reaktif semula, aku tetap hadir beri sokongan 💬🎁 Kadang momen paling kelakar itulah yang paling menghiburkan — bila niatnya jujur. 😊 Ada satu rakaman lama yang kalau aku buka sekarang, confirm aku akan geleng kepala sambil ketawa kecil. Bukan sebab suara aku teruk (eh… sikitlah 😅), tapi sebab keseluruhan situasinya memang Matilanak Moment tahap maksima. Babak Spontan Paling Spontan ⚡ Malam itu aku scroll OC tanpa misi. Nampak satu rakaman yang tenang — tajuknya Semakin Hari Semakin Sayang . Dalam kepala, memang aku ingat lagu lain. Tak preview, tak cek lirik… aku tekan JOIN macam orang masuk kelas tanpa semak jadual. 🙈 Cringe Moment #1 🎙️ Apabila muzik intro berbunyi sahaja.. Otak aku tiba-tiba kosong. Dengan suara spontan, dan suara yang blur separuh mamai, aku terlepas cakap: “Lagu apa ni?!”.....

Dunia Buku #9: Buku Yang Mengajar Diam

Dunia Buku #9: Buku Yang Mengajar Diam Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati. Catatan reflektif tentang seni jeda, bahasa hati, dan buku yang tidak memaksa kita berbicara Bila halaman diam, hati belajar mendengar apa yang tidak tertulis. Ada buku yang mengajar kita tentang sejarah. Ada buku yang mengajar kita tentang cinta. Tapi ada juga buku yang mengajar kita sesuatu yang tidak tertulis di kulit belakangnya — diam . Diam yang bukan hanya sekadar sunyi. Tetapi diam yang sarat dengan makna, walaupun tanpa kata-kata. Diam yang bukan tanda tiada apa-apa, tetapi tanda terlalu banyak yang sedang kita rasa — maka kita memilih untuk mengelolanya dengan tenang. Ketika Buku Menjadi Cermin Senyap Aku pernah membaca sebuah buku yang di permukaannya hanya bercerita tentang perjalanan seorang lelaki yang mencari rumahnya. Namun, semakin aku menyelak halaman demi halaman, aku sedar rumah itu bukan s...

Catatan Puisi #5: Bunga Yang Tak Pernah Diberi

  Catatan Puisi #5: Bunga Yang Tak Pernah Diberi  Ilustrasi untuk Catatan Puisi #5 — pagi renyai yang membawa bicara hati tanpa suara. Kata Pengantar Ada hadiah yang tidak memerlukan tangan untuk sampai. Ada salam yang tidak memerlukan bibir untuk disebut. Ada bunga yang tidak pernah dihulurkan, namun baunya tetap menenangkan ruang yang tidak terlihat. Kita hidup dalam dunia yang suka mendesak jawapan, memintal makna, dan mengheret rasa untuk berlari. Tetapi ada yang kita pelihara perlahan, seperti menatang setangkai bunga di dalam hati — bukan untuk di pamerkan, dan bukan juga untuk diletakkan di jambangan sesiapa. Cukup disimpan di taman sendiri, agar ketika penat pulang, kita ada sebab kecil untuk tersenyum. “Bunga yang tak pernah diberi” ialah simbol bagi sesuatu yang kita hargai tanpa meletakkan beban pada sesiapa. Ia bukan penafian, bukan juga sembunyi-sembunyi. Ia pilihan paling lembut untuk mengatakan: aku menghormati kau, sepert...

Catatan Puisi #4: Nama Yang Ingin Aku Puisikan

  Catatan Puisi #4: Nama Yang Ingin Aku Puisikan Seorang lelaki duduk bersendirian di bangku taman, dalam kabus pagi yang sunyi — menggambarkan rindu yang tak diluahkan, hanya dipuisikan dalam diam. Kata Pengantar Ada suara yang datang tanpa wajah. Ia tidak memperkenalkan diri, dan tidak meminta untuk dikenali, tetapi ia hadir tepat pada waktunya. Kadang-kadang, ia datang dalam bentuk lagu, dan dalam getar suara seseorang yang tidak kita kenali — tetapi suara itu, entah bagaimana, berjaya menyentuh ruang sunyi dalam diri kita yang paling peribadi. Dan kita terduduk. Terdiam. Bukan kerana cinta, dan bukan juga kerana kagum. Tetapi kerana rasa dihargai — oleh suara yang tidak pernah tahu pun tentang kewujudan kita. Puisi ini lahir bukan untuk menuntut jawapan. Ia bukan tentang mengenali, jauh sekali tentang memiliki. Puisi ini adalah satu bentuk paling ikhlas dari penghormatan — terhadap seseorang yang per...

Meja Kecil di Kafe Hujan #2: Lagu Lama & Rindu Yang Tak Sempat Pulang

  🪑 Meja Kecil di Kafe Hujan #2: Lagu Lama & Rindu Yang Tak Sempat Pulang Kadang-kadang lagu lama yang dimainkan itu bukan sekadar lagu. Ia ialah perasaan yang belum sempat pulang. 1. Hujan Tak Pernah Lupa Langit sudah mula mendung sejak awal pagi, seolah-olah ia tahu ada sesuatu yang tak selesai dalam hati seseorang. Dan seperti semalam, aku kembali ke kafe kecil ini. Duduk di meja yang sama, di sudut tepi tingkap, menghadap jalan basah dan langit yang belum juga mahu tenang. Kafe ini tidak pernah berubah. Pemain piring hitam masih terletak di sudut belakang, sedikit berhabuk tapi tetap setia memutarkan lagu-lagu lama yang entah kenapa, terasa terlalu akrab dengan kenangan. “I keep you in my pocket, like a warm melody...” Dan tiba-tiba semuanya terasa dekat. Terlalu dekat. Rindu itu belum pergi rupanya. 2. Ada Yang Tak Pernah Pergi Orang datang dan pergi di luar tingkap. Payung berwarna-warni berlalu dalam gerimis perlahan. Tapi aku masih ...

Matilanak #3: Bila Aku Mimpi Join OC Sendiri

  Matilanak #3: Bila Aku Mimpi Join OC Sendiri 🧼💭🎧Kadang-kadang, rakaman OC yang tak wujud pun boleh hadir dalam mimpi — siap dapat like sekali! Kata Pengantar Siri Matilanak ni memang sengaja ditulis untuk mengabadikan semua pengalaman aku tentang kejadian-kejadian kecil yang berlaku dengan tak disangka-sangka — biasanya kejadian ini melibatkan aktiviti di Smule, mikrofon, dan perasaan malu sendiri yang tak ada penghujungnya. Tapi cerita yang ingin aku kongsikan pada kali ni lain daripada yang lain sikit. Ini bukan cerita tentang tersalah pitch ke apa, dan bukan juga cerita pasal tersalah orang. Ini betul-betul lain. Sebab kali ni, aku mimpi pula.😅 Dan dalam mimpi aku tu, aku tekan "Join OC"... untuk OC yang aku buat sendiri. Kau rasa?  Bab 1: Malam Yang Biasa-Biasa Malam tu aku Masih ingat lagi memang aku masuk tidur lebih awal dari biasa. Sebab hari tu aku memang rasa penat sangat sampai dah tak boleh bawa bincang lagi mata aku n...