Matilanak #3: Bila Aku Mimpi Join OC Sendiri
Matilanak #3: Bila Aku Mimpi Join OC Sendiri

🧼💭🎧Kadang-kadang, rakaman OC yang tak wujud pun boleh hadir dalam mimpi — siap dapat like sekali!
Kata Pengantar
Siri Matilanak ni memang sengaja ditulis untuk mengabadikan semua pengalaman aku tentang kejadian-kejadian kecil yang berlaku dengan tak disangka-sangka — biasanya kejadian ini melibatkan aktiviti di Smule, mikrofon, dan perasaan malu sendiri yang tak ada penghujungnya. Tapi cerita yang ingin aku kongsikan pada kali ni lain daripada yang lain sikit. Ini bukan cerita tentang tersalah pitch ke apa, dan bukan juga cerita pasal tersalah orang. Ini betul-betul lain. Sebab kali ni, aku mimpi pula.😅 Dan dalam mimpi aku tu, aku tekan "Join OC"... untuk OC yang aku buat sendiri. Kau rasa?
Bab 1: Malam Yang Biasa-Biasa
Malam tu aku Masih ingat lagi memang aku masuk tidur lebih awal dari biasa. Sebab hari tu aku memang rasa penat sangat sampai dah tak boleh bawa bincang lagi mata aku ni. Ini semua mungkin juga berpunca daripada aktiviti siang hari tu, di mana aku sibuk tolong mak mengemas rumah, dan bila malam pula suara dah serak sebab try rekod lagu 3-4 kali tapi tak jadi-jadi. Dalam kepala aku masa tu cuma fikir satu benda: "Esok jangan lupa edit OC tu."
Tapi itulah... dalam penat-penat itu, aku tak sedar aku tertidur dengan earphone masih tersumbat di telinga. Lagu terakhir yang aku dengar pada masa tu: ialah rakaman suara nyanyian aku sendiri. Cringe kan? Haa... tunggu nanti kejap lagi, cerita aku yang lebih cringey lagi 😅
Bab 2: Mimpi Paling Matilanak Dalam Sejarah Hidup Aku
Dalam mimpi tu, aku scroll Smule macam biasa. Tapi layout dia kali ini pelik sikit. Sebab semua OC kat homepage adalah OC milik aku. Tak ada OC orang lain. Serius.. Setiap satu thumbnail, semuanya muka aku dan nama aku. Senarai lagu yang terpapar di skrin pula ialah lagu yang aku pernah buat tapi aku lupa. Aku jadi makin pelik tapi aku teruskan juga scroll.
Sehinggalah tiba-tiba aku melihat, ada satu OC dengan caption: "Sesiapa pun boleh sambung, termasuk aku." Aku tergelak sendiri dalam mimpi tu. Aku tersengih dan berkata dalam hati "OC ni aku yang buatlah!" Tapi jari aku...tetap juga tekan join.
Dan tiba-tiba, aku mula menyanyi. Tapi aku rasa lagu tu... lagu yang aku tak pernah dengar dan tak pernah wujud kot. Lirik dia entah dari mana. Tapi melekat dalam kepala aku sampai hari ni.
"Ku basuh baju dengan air airmata..."
"Sebab sabun dah habis di hati kita..."
Aku ingat sangat dalam mimpi tu, aku rasa sedih sangat. Penuh emosi sungguh aku menyanyi. Siap lengkap dengan visual hujan turun dalam bilik. Kau rasa? Dan aku sempat juga berfikir: "Kenapa suara aku ni sedap sangat ek? Eh, ni mimpi ke real life ni?"😂
Bab 3: Bila Bangun, Dunia Masih Waras (Tapi Aku Tak)
Aku terjaga dalam jam 4.23 pagi. Aku tengok sekeliling aku. Earphone sudah tercabut dan telefon aku pula entah ke mana pergi nya, Matilanak 🫠. Hati aku pada masa tu dah rasa semacam. Tak sedap hati langsung, jadi aku menggelabah terus cari telefon aku dan buka aplikasi Smule.
Sumpah aku rasa cuak sangat masa tu. Aku betul-betul ingat aku memang dah rekod lagu dengan lirik sabun tu. Tapi bila aku scroll dan cari satu-satu... tak ada pula.
Lega sikit perasaan aku masa tu. Tapi... kecewa pun ada juga sikit.
"Sebab sabun dah habis di hati kita..."
Partner, apa maksud lirik tu eh? Aku pun tak tahu sampai sekarang tau.
Bab 4: Monolog Batinku Yang Tak Boleh Blame Siapa-Siapa
Aish... Remy’s Knight of Sincerity strikes again.
Aku terus duduk termenung kat tepi katil. Kepala penuh dengan tanda tanya. "Kenapa aku boleh mimpi benda tu? Kenapa join OC sendiri? Kenapa lirik dia macam tulisan zaman form 2 lepas clash?"
Dan ya, aku tahu, itu sangat cringey. 😂
Tapi jujurnya... aku rasa seronok. Sebab ada sesuatu yang sangat... melegakan dalam mimpi tu. Macam aku akhirnya boleh menyanyi dengan sesuka hati, tak kisah lah ada orang nak dengar ke tak. Mungkin mimpi tu cara otak aku bagitahu, Remy: "You’re healing in weird ways."🧼💭🎧
Kadang-kadang, benda yang buat kita gelak sendiri itulah benda yang paling lama kita ingat dan susah nak buang. Mimpi join OC sendiri ni mungkin tak logik. Tapi ia buat aku sedar tentang satu perkara: aku sebenarnya terlalu banyak menyimpan rasa dalam dunia rakaman yang aku cipta sendiri.
Sometimes kita menyanyi untuk orang dengar. Tapi bila tak ada siapa yang nak dengar, kita anggap sahaja kita nyanyi untuk diri sendiri. Dan dari situ, kita tahu... perasaan sebenar kita bukan terletak pada jumlah likes atau gifts. Tapi pada rasa yang muncul dalam mimpi pun masih setia menemani kita.
Terima kasih kalau kau baca sampai habis. Aku tak tahu mimpi ni datang sebab aku stress sangat ke atau pun sebab terlalu banyak join OC waktu aku berjaga. Tapi yang pasti... Matilanak #3 ni betul-betul Matilanak sejati. Kalau korang pernah juga alami mimpi pelik macam ni (atau lebih pelik dari ni), jangan lupa DM aku tau. Kita buat group support. Nama group kita nanti: "OC Dalam Mimpi Anonymous."
Jumpa lagi di episod seterusnya... kalau aku tak mimpi jadi mic pula lepas ni. 🤣🧼💭🎧
📚 Baca Lagi:
- Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar
- Matilanak #2: Kubasuh Luka Dengan Air Mata, Tapi Hati Tiba-Tiba Lembut Dengan Seseorang
- Matilanak #4: Lagu Apa?! Semakin Hari Semakin Sayang
- Dulu Saya Ingat #2: Duit Boleh Tumbuh Kalau Disiram
- Antara Cinta, Rezeki dan Takdir: Mana Satu Pilihan Kita?
- Catatan Awal Pagi #14: Knight of Clumsy Sincerity
🌟 Jangan Terlepas Matilanak Seterusnya!
Siri Matilanak penuh dengan kisah jujur, kelakar, dan menyentuh — terus dari Smule ke hati.
💌 Langgan sekarang & dapatkan notifikasi bila episod baru disiarkan:
✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana baca sampai sini. Kalau ada rasa yang sama, pengalaman serupa, atau sekadar nak tinggalkan jejak_ saya hargai sangat. Jangan segan, komen je😌