Langkau ke kandungan utama

Catatan

Seratus Satu Terima Kasih: Untuk Kamu Yang Pernah Hadir Dalam Perjalanan Ini

  Seratus Satu Terima Kasih: Untuk Kamu Yang Pernah Hadir Dalam Perjalanan Ini Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal “Kadangkala, penghargaan paling jujur bukan datang daripada sorakan ramai, tetapi hadir dalam diam — melalui tulisan, suara, dan hati yang pernah disentuh.” Pendahuluan: 101 Artikel, 101 Langkah Hati Bismillahhirrahmanirrahim… Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini, saya menulis artikel ke-101. Bagi sesetengah orang, angka ini mungkin hanya angka. Tetapi bagi saya pula, angka ini menyimpan terlalu banyak cerita. Terlalu banyak rasa. Setiap satu artikel yang ditulis sepanjang perjalanan ini lahir dari hati yang kadangkala kuat, dan kadangkala rapuh. Saya tidak pernah menulis kerana mahu impress sesiapa. Saya tidak pernah menulis kerana mahu dipuji atau dikenali. Saya menulis kerana saya ingin meluah. Saya menulis kerana itu satu-satunya cara saya bercakap dengan diri saya sendiri. Dan saya menulis kerana saya percaya: ada ...

Nota Untuk Diri Sendiri #6: Tentang Kasih Sayang Yang Kadang Tak Terungkap

Pagi hening — kopi, buku dan laptop jadi saksi bisu pada kasih sayang yang tak terungkap. 📌Nota Untuk Diri Sendiri #6: Tentang Kasih Sayang Yang Kadang Tak Terungkap Hari ini aku menulis perlahan. Catatan ini jadi penutup untuk fasa pertama perjalanan Nota Untuk Diri Sendiri. Aku tak tahu bila aku akan tulis sambungannya lagi, tapi hari ini aku mahu abadikan satu rasa: kasih sayang. Kasih sayang pada insan yang pernah hadir dalam hidup. Kasih sayang pada yang jauh dan yang dekat. Kasih sayang yang kadang tak pernah terucap, tapi sentiasa ada di sudut hati. 🤲Doa Pagi Ini Ya Allah, rahmati semua insan yang aku sayang, walau mereka tak tahu aku menyayangi mereka. Lembutkan hatiku untuk terus mencintai dalam diam. Jadikan kasih sayang ini jalan aku mendekat pada-Mu. 🌿Refleksi Penulis Aku sedar sesuatu hari ini: Kasih sayang bukan selalu perlu kata. Ada kasih yang cukup hanya dengan doa. Ada kasih yang cukup hanya dengan ingatan. Catatan...

Dunia Buku #7: Buku HM Tuah Yang Saya Baca Umur 13 Tahun – Tajuknya Saya Lupa, Tapi Pesannya Kekal Di Hati

Dunia Buku #7: Buku HM Tuah Yang Saya Baca Umur 13 Tahun – Tajuknya Saya Lupa, Tapi Pesannya Kekal Di Hati Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati. Buku lama dengan kulit lusuh dan penanda buku terselit, disinari cahaya pagi. Pernah tak kamu membaca sebuah buku, dan kamu berjaya menghabiskan bacaan nya? tapi bila masa berlalu… kamu lupa akan tajuknya? Tapi di hati kamu masih dapat mengingati betapa dalamnya rasa yang di tinggalkan buku itu menyentuh hati kamu. Saya pernah. Dan saya nak kongsi tentang buku itu dengan anda semua pada hari ini. Buku Yang Saya Baca Waktu Jiwa Masih Mencari Arah Waktu itu saya baru berusia 13 tahun — masih hijau mencari arah. Saya ternampak buku tulisan HM Tuah di perpustakaan sekolah. Entah kenapa, tajuknya saya tak ingat. Mungkin sebab waktu itu yang saya cari bukan tajuk, tapi sesuatu yang boleh jawab resah dalam hati saya. Saya capai buku itu dan saya memilih sudut paling sunyi dal...

Bila Rezeki Itu Bukan Duit, Tapi Orang Yang Tetap Ada

Bila Rezeki Itu Bukan Duit, Tapi Orang Yang Tetap Ada Catatan ini lahir sebagai sambungan rasa daripada tulisan saya sebelum ini: "Bila Hidup Uji, Baru Kita Nampak Siapa Yang Benar-benar Ada" . Dalam catatan itu, saya menulis tentang siapa yang tetap ada saat kita jatuh. Dan kali ini, saya ingin kongsikan satu muhasabah diri: bahawa mereka itulah rezeki sebenar yang kadang kita pandang biasa, tapi bila diuji, barulah kita sedar nilainya tak terbanding dengan apa pun harta di dunia. Saya tulis ini perlahan-lahan, dengan hati yang ingin belajar lebih bersyukur. Hidup ini tak selalunya indah. Ada masa, kita kejar angka, kita kumpul harta, kita sangka itu tanda berjaya. Tapi satu saat, bila hidup tiba-tiba menguji, kita mula sedar — rezeki sebenar kadang bukan dalam bentuk duit. Ia hadir dalam bentuk tangan yang sudi menghulur, telinga yang sudi mendengar, dan insan yang tetap ada saat kita hilang segalanya. Saat diuji, kita sedar siapa yang benar-benar...

Tip Kecil Untuk Jaga Hati di Pagi Hari — Langkah Perlahan Menyambut Hari Baru

Tip Kecil Untuk Jaga Hati di Pagi Hari — Langkah Perlahan Menyambut Hari Baru Suasana pagi yang tenang dengan cahaya menyapa perlahan Pagi adalah permulaan. Tapi tak semua pagi datang dengan semangat. Ada pagi yang kita bangun dengan dada yang sesak. Ada pagi yang kita tak tahu kenapa rasa beratnya begitu dalam sekali . Dan Ada pagi yang kita rasa kosong, sepi, atau terlalu penuh dengan beban semalam. Artikel ini aku tulis perlahan, untuk kita yang sedang belajar jaga hati di pagi hari. Biar kecil tipnya, asalkan ia bantu kita sambut hari baru dengan lebih tenang. 1. Tarik Nafas Dalam, Sambut Cahaya Pagi Mulakan pagi dengan satu langkah kecil: biar dulu telefon dan beban fikir, beri ruang untuk nafas pertama yang sedar. Buka tingkap atau keluar sebentar ke luar rumah. Rasakan cahaya pagi, bau embun, dan bunyi burung. Biarkan sekejap alam menyapa jiwa kita. Kadang-kadang kita tak perlukan motivasi besar — hanya udara pagi dan sekelumit cahaya cukup untuk beri ha...

Catatan Awal Pagi #16: Jiwa Yang Sedih, Setiap Kali Terpaksa Berkenalan Denganmu Semula

Catatan Awal Pagi #16: Jiwa Yang Sedih, Setiap Kali Terpaksa Berkenalan Denganmu Semula Pagi yang sunyi, jiwa yang berbicara perlahan dalam sepi. Ada satu pagi yang membeku dalam sepi. Pagi yang tak ada siapa, tak ada suara, cuma aku dan bayang kata-kata yang pernah aku titip dulu. Dan di pagi itu, aku menulis lagi. Menulis tentang sedih yang tak pernah mahu pergi. Sedih itu menyapa setiap kali aku dipaksa bercerita semula tentang siapa aku.  Setiap kali aku harus mengulang semula perkenalkan itu, dan automatik perasaan sedih itu datang tanpa dijemput.  Setiap kali aku terpaksa tulis: “Hai, aku Remy. Aku ini penulis yang menulis dengan rasa.” Hati kecilku menangis diam-diam: “Hai, aku ini yang dulu pernah kau tahu, pernah kau baca, dan pernah kau mengerti. Kenapa kini aku perlu perkenalkan diri lagi?” Di maya ini, langkah kita bagai bayang — sebentar wujud, dan sebentar hilang.  Dalam dunia yang wujud tanpa wajah ini, jejak aku seakan-akan leny...

Nota Untuk Diri Sendiri #5: Tentang Luka Yang Tak Selalu Terlihat

Pagi diam — kopi, buku dan laptop jadi saksi bisu pada luka yang tak terlihat. 📌Nota Untuk Diri Sendiri #5: Tentang Luka Yang Tak Selalu Terlihat Pagi ini aku duduk lama sebelum menulis. Ada luka yang aku tak pernah tunjuk pada sesiapa. Ada rasa sakit yang aku simpan sendiri. Bukan kerana aku kuat. Bukan kerana aku hebat. Tapi kerana aku sendiri tak tahu bagaimana mahu luahkan. Aku tulis catatan ini supaya satu hari nanti, bila aku hampir lupa cara untuk sembuh, aku ada kata-kata ini untuk aku baca semula. 🤲Doa Pagi Ini Ya Allah, sembuhkan luka ini walau aku tak pandai berkata. Tenangkan aku walau aku tak tahu pada siapa aku mahu bercerita. Kuatkan aku walau aku diam di mata dunia. 🌿Refleksi Penulis Aku sedar sesuatu: Tak semua luka itu berdarah di mata, tapi semua luka itu sakit di jiwa. Kadang aku senyum, bukan kerana bahagia — tapi kerana itu cara aku sembunyikan duka. Kadang aku diam, bukan kerana aku tenang — tapi kerana aku hila...