Langkau ke kandungan utama

Dunia Buku #7: Buku HM Tuah Yang Saya Baca Umur 13 Tahun – Tajuknya Saya Lupa, Tapi Pesannya Kekal Di Hati

Dunia Buku #7: Buku HM Tuah Yang Saya Baca Umur 13 Tahun – Tajuknya Saya Lupa, Tapi Pesannya Kekal Di Hati

Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati.
Buku lama dengan kulit lusuh dan penanda buku terselit, disinari cahaya pagi.

Buku lama dengan kulit lusuh dan penanda buku terselit, disinari cahaya pagi.

Pernah tak kamu membaca sebuah buku, dan kamu berjaya menghabiskan bacaan nya? tapi bila masa berlalu… kamu lupa akan tajuknya? Tapi di hati kamu masih dapat mengingati betapa dalamnya rasa yang di tinggalkan buku itu menyentuh hati kamu. Saya pernah. Dan saya nak kongsi tentang buku itu dengan anda semua pada hari ini.

Buku Yang Saya Baca Waktu Jiwa Masih Mencari Arah

Waktu itu saya baru berusia 13 tahun — masih hijau mencari arah. Saya ternampak buku tulisan HM Tuah di perpustakaan sekolah. Entah kenapa, tajuknya saya tak ingat. Mungkin sebab waktu itu yang saya cari bukan tajuk, tapi sesuatu yang boleh jawab resah dalam hati saya.

Saya capai buku itu dan saya memilih sudut paling sunyi dalam perpustakaan, tempat saya boleh larut dalam bacaannya. Helaian demi helaiannya, saya selak dan saya baca perlahan-lahan. Kata-kata yang terkandung di dalam buku itu seperti bercakap terus dengan saya — seorang budak lelaki yang waktu itu diam-diam cuba untuk mnegumpul kekuatan dalam dunianya sendiri.

Tajuknya Hilang, Tapi Pesannya Tetap Ada

Saya tak mampu ingat apa pesannya secara tepat. Tapi saya tahu, ia tentang menjadi diri sendiri. Tentang berani walaupun sedang merasa takut. Dan tentang erti sabar walaupun kita penat. Tentang percaya walaupun ragu. Dan sebab itu, hingga hari ini saya ingat siapa penulisnya — HM Tuah. Itu bukti betapa pesannya melekat, walaupun kata-katanya sudah kabur ditelan waktu. 

🌿Refleksi Penulis

Kita sering ingat tajuk buku, nama watak, dan jalan cerita. Tapi kadang-kadang, yang tinggal bersama kita bukan itu semua. Yang tinggal adalah rasa. Rasa yang lahir dari setiap bait kata yang kita baca dengan sepenuh jiwa. Buku ini, walaupun tajuknya hilang dari ingatan saya, tetapi ia tetap masih menjadi salah satu buku yang membentuk siapa saya pada hari ini.

Dan saya percaya, mungkin ada banyak lagi buku lain dalam hidup kita yang kita lupa apa tajuknya. Tapi kita tak kan pernah lupa bagaimana sesuatu buku itu membuat kita tersenyum sendirian, atau bagaimana satu ayatnya pernah menjadi sumber kekuatan kita ketika kita hampir mengalah. Kita tak lupa bagaimana kita membaca dengan perlahan-lahan kerana takut cepat sampai ke penghujung cerita, atau bagaimana kita menutup helaian dengan linangan air mata kerana terasa seolah-olah buku itu memeluk kita pada waktu yang kita paling perlukan.

Membaca bukan tentang siapa yang paling cepat sampai ke penamat. Ia tentang apa yang kita bawa bersama selepas kita menutup buku itu. Tentang kata-kata yang menumpang di sudut hati. Tentang watak-watak yang jadi teman diam kita, meski mereka hanya wujud di atas helaian kertas.

Buku tulisan HM Tuah yang saya baca waktu umur 13 tahun itu, mungkin tak lagi saya ingat judulnya. Tapi setiap kali saya terfikir tentang siapa saya hari ini, saya sedar: buku itu antara yang membentuk cara saya memandang hidup. Membentuk cara saya memujuk hati sendiri bila rasa lemah. Ia seperti sahabat lama yang tak kan pernah kita jumpa lagi, tapi kita tetap ingat caranya membuat kita rasa tidak bersendirian.

Dan hari ini, saya tulis semua ini supaya sesiapa yang membaca catatan ini tahu: tak apa kalau kita lupa tajuk sesebuah buku itu. Tak apa kalau kita lupa ayat tepatnya. Yang penting, kalau rasa itu masih ada, maknanya buku itu sudah pun menjalankan tugasnya. Ia sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan kita, walaupun hanya dalam diam.

📝 Nota Penulis

Saya menulis catatan ini bukan kerana saya ingin dikenang sebagai pembaca buku yang hebat. Jauh sekali kerana saya ingin dipuji kerana mampu menghabiskan satu naskhah ketika usia masih muda. Saya menulis kerana saya sedar, ada buku yang kita baca bukan kerana tajuknya, tetapi kerana kita sedang mencari sesuatu dalam diri kita sendiri.

Buku tulisan HM Tuah ini, walaupun tajuknya hilang dari ingatan, tetap menjadi salah satu kenangan yang saya simpan di sudut hati sehingga kini. Bukan kerana apa-apa selain rasa yang ditinggalkan. Dan kadang-kadang, rasa itulah yang menguatkan kita secara diam-diam — saat kita sendiri sudah lupa dari mana ia datang.

Semoga catatan ini menemani anda yang sedang cuba mengingat semula sebuah rasa. Sebuah jiwa yang pernah disentuh kata-kata, dan kini menjadi sebahagian daripada siapa kita.

“Ada buku yang kita lupa tajuknya, tapi pesannya kekal menjadi teman sunyi kita.”
“Kadang, yang tak kita ingat itulah yang paling banyak memberi makna.”

Ruang Untuk Kamu

Pernah tak kamu baca buku, dan kamu berjaya menghabiskannya, tapi tajuknya pula kamu lupa? — hanya rasa dan pesannya yang kamu simpan sampai sekarang? Kalau sudi, kongsi lah dengan saya di ruang komen. Atau cukup cuma satu petikan, satu rasa, atau satu kenangan. Mungkin cerita kamu akan menemani hati orang lain juga. Siapa tahu kan? 

“Kadang, buku yang kita lupa tajuknya… adalah buku yang paling dekat dengan hati kita.”
💌 Suka catatan ini?
Jemput langgan blog ini untuk terus membaca tulisan penuh jiwa dan rasa — setiap catatan baru akan terus dihantar ke email kamu, tanpa spam, hanya yang jujur dari hati.

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...