"SIKIT-SIKIT LAMA KELAMAAN AKAN MENJADI BUKIT" Pepatah melayu lama ini memang ramai yang pernah mendengarnya. Malah sering kali pepatah ini di jadikan sebagai kata-kata semangat sewaktu pertama kalinya melakukan sesuatu perkara yang baru. Terutamanya pada mereka yang baru memulai tabiat menabung. Pernah kah anda terfikir, mengapa kadang kala gaji yang kita terima itu sama banyaknya tetapi jumlah harta yang kita miliki tidak sama? Aku percaya ramai di antara kita yang tertanya-tanya mengapa boleh jadi macam tu? Secara logiknya jika gaji yang kita terima sama,sudah tentulah jumlah harta yang kita miliki adalah sama banyaknya,kan? Duka citanya,itu sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku adalah di saat ramai di antara kita bila tiba masa mendapat gaji habis kesemua wang di belanja kan tanpa baki. Apabila gaji habis kesemuanya mula lah pula aktiviti yang kedua iaitu budaya pinjam meminjam untuk survive sampai dapat gaji bulan seterusnya. Sampai bila mahu hidup kai