Pengalaman Ditipu BuzzBreak: SCAM Alert & Bukti Gagal Dapat Payout (2024)
Assalamualaikum para pembaca semua,
Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan seluruh alam yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Aku doakan anda semua sentiasa sihat walafiat.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah di sini dan meluangkan sedikit masa untuk membaca di blog AkuPunyaCerita.Com.
Kenapa Kita Sanggup Cuba Peluang jana Pendapatan Online?
Di sebalik kesibukan kita dalam menjalani kehidupan seharian, pasti akan tiba satu saat di mana semua orang akan cuba sedaya upaya dan sehabis daya untuk menambahkan sumber pendapatan.
Tidak kiralah apa pun kerja, pasti akan di lakukan untuk menambah baik kehidupan ini. Ini adalah satu perkara yang normal. Namun begitu, tidak semua yang kita rancang akan berjalan dengan lancar.
Dalam melayari bahtera kehidupan ini, tanpa ragu lagi, kita adalah nakhodanya yang akan menentukan arah pelayaran hidup kita sendiri. Timbul atau tenggelamnya kapal yang kita kendalikan itu bergantung kepada ilmu dan pengalaman yang kita miliki. Maka, tuntutlah ilmu itu walaupun jalan yang terbentang di hadapan tidak selalunya lurus.
Pasti akan ada persimpangan yang kita akan tempuhi kelak. Itulah namanya lautan kehidupan. Tanpa mengharungi cabaran, kita tidak akan mampu belajar daripada kesilapan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru yang paling sejati.
Aplikasi BuzzBreak- Apa Sebenarnya?
 |
foto contoh aplikasi BuzzBreak yang boleh dimuat turun di Google playstore |
BuzzBreak adalah sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Play Store. Ia menawarkan ganjaran dalam bentuk poin, yang kemudiannya boleh ditukar kepada wang tunai.
Cara mendapatkan poin sangat mudah:
1. Membaca artikel
2. Menonton video
3. Menonton iklan
Secara atas kertas, memang nampak mudah dan menarik. Inilah sebabnya ramai yang tertarik untuk mencuba, termasuk aku sendiri.
Pengalaman Aku Guna BuzzBreak- Dari Okey ke Masalah
Aku mula menggunakan aplikasi BuzzBreak sejak Februari 2020. Pada waktu itu, tiada langsung masalah dalam pengeluaran tunai. Payout berjalan lancar, dan walaupun jumlah yang diterima tidak banyak, cukup untuk tambah duit jajan dalam e-wallet Touch 'n Go.
Disertakan gambar jadual jumlah points yang diperlukan untuk tebus tunai:
 |
Masalah Bermula: Payout Tidak Diterima |
Pada 9 September 2022, aku telah membuat satu payout. Namun, sehingga tarikh artikel ini di tulis, aku masih belum menerima bayaran tersebut. Ini bukan sekadar luahan rasa, tapi satu peringatan mesra kepada anda semua supaya lebih berhati-hati.
Disertakan gambar bukti payout yang belum diterima, dikemas kini pada 29 Ogos 2024
 |
Jika anda masih menggunakan aplikasi ini, besar kemungkinan anda juga akan berdepan isu yang sama. Mungkin nampak mudah kerana tak perlu kerja berat, tapi masa yang anda laburkan untuk tonton iklan itu sebenarnya sangat berharga.
Orang lain yang untung, kita pula yang rugi. |
Masih Ada Aplikasi Yang Terbukti Membayar
Jika anda masih berminat menjana pendapatan melalui aplikasi mudah alih, berikut adalah alternatif yang boleh dipercayai:
⚫ Cashzine
Baca artikel: Cash apa? Cashzine! Tukarkan Minat Membaca Surat Khabar Anda Kepada Duit : Review Aplikasi Cashzine Berserta Bukti Pembayaran
⚫ Mode Earn App
Baca artikel: Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit
⚫ Cash Em' All
Baca artikel: Terima Gaji Di PayPal melalui Aplikasi Cash Em' All- Tiada Keraguan &Ternyata Membayar
Nota Penting Tentang BuzzBreak
Mengikut polisi asal aplikasi, payout biasanya mengambil masa 2 hingga 5 hari bekerja. Namun, jika sudah berbulan masih belum diterima, itu adalah petanda besar bahawa aplikasi ini sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Kesimpulan: Berhati-hatilah, Masa Anda Sangat Bernilai
Aku harap perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Sekali lagi aku tegaskan, masa anda sangat berharga. Jangan buang masa dengan aplikasi yang tidak menghargai pengguna mereka.
Jika anda rasa tulisan ini berguna, tinggalkan komen anda dan kongsikan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga.
Terima kasih kerana membaca. Semoga kita berjumpa lagi di posting akan datang.
Ulasan