Go Daily App : Jana Duit Poket Secara Santai Dengan Hanya 10 Minit Sehari
Go Daily App : Jana Duit Poket Secara Santai Dengan Hanya 10 Minit Sehari
"Jika tak di pecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya".
Pepatah melayu lama ini cukup tepat untuk mereka yang ingin mencuba menjana pendapatan secara dalam talian. Hanya mereka yang berani mencuba dan konsisten berusaha akan dapat melihat hasilnya. Tanpa keberanian, mimpi akan kekal sebagai mimpi.
Kali ini aku ingin kongsi pengalaman aku menggunakan aplikasi Go Daily _ sebuah aplikasi mudah yang boleh membantu anda menambah pendapatan harian dengan cara yang santai dan fleksibel.
Apa Itu Go Daily?
Go Daily ialah aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store. Ia membolehkan pengguna menjana pendapatan sampingan dengan menyelesaikan tugasan harian yang ringkas seperti membaca artikel, menonton video, dan berkongsi pautan.
![]() |
foto contoh aplikasi Go Daily yang boleh dimuat turun di Google PlayStore |
Cara Daftar dan Mula Guna:
1. Muat turun aplikasi Go Daily dari Google Play Store atau Apple App Store.
2. Daftar akaun - Disarankan log masuk menggunakan Facebook untuk lebih mudah.
3. Log masuk setiap hari dan ambil bonus 'Daily Check-in'.
Tugasan Harian Yang Menjana Mata Ganjaran:
Selepas log masuk, anda boleh menyemak bahagian 'Tugas Harian ' dan selesaikan tugasan berikut:
⚫ Menonton video
⚫ Membaca satu artikel
⚫ Berkongsi aplikasi ke WhatsApp
⚫ Membaca satu atau tiga notifikasi yang dihantar oleh Go Daily
Setiap tugasan akan memberikan mata(points) yang boleh dikumpul dan ditebus.
![]() |
foto contoh tugasan yang disediakan di dalam aplikasi Go Daily |
Ganjaran Tambahan: Lucky Draw Harian
Selain tugasan harian, pengguna juga berpeluang memenangi bonus tambahan melalui 'Lucky Draw'. Anda hanya perlu:
⚫ Memutar roda bertuah yang tersedia dalam aplikasi.
⚫ Hadiah termasuklah mata ganjaran dan kupon diskaun
Setiap hari, anda akan diberi 5 putaran percuma dan boleh mendapatkan lebih banyak putaran dengan menonton video pendek.
![]() |
foto contoh putaran roda bertuah di dalam aplikasi Go Daily |
Penebusan Ganjaran: Tukar Mata Kepada Tunai
Mata ganjaran yang dikumpul boleh ditukar kepada wang tunai, bergantung kepada jumlah yang telah dikumpul dan kaedah pembayaran yang tersedia di negara anda.
Untuk pengguna di Malaysia, anda boleh menebus tunai ke dalam Touch 'n Go eWallet. Proses pengeluaran biasanya mengambil masa 2 hingga 5 hari bekerja.
![]() |
foto contoh kaedah pengeluaran yang disediakan oleh pihak Go Daily |
Ulasan