Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 2

Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 2

Hai.. kita bertemu kembali di ruangan penulisan ini. Seperti yang dijanjikan Aku akan menyambung semula kisah Perjalanan hidup Aku sebagai forex trader pemula@ newbie. Ingin aku jelaskan di sini, berkemungkinan tulisan aku ini tidak sesuai dengan selera ramai orang tetapi aku sekali lagi ingin menegaskan bahawa semua ini adalah hasil daripada pengalaman peribadi aku semata-semata. Mana yang elok tu bolehlah diambil sebagai panduan dan teladan. 


Rakan Aku Masih 'Kaki Depo'

Seperti dalam penulisan aku yang lepas telah aku ceritakan bagaimana kisah aku mula mengenali dunia forex trading ni. Jika korang perasan walaupun kisah rakan aku itu tidak berakhir dengan kesudahan yang baik. Maksud aku beliau sehingga kini masih menjadi seorang kaki depo yang tegar namun ianya  tidak pernah mematahkan semangat aku untuk terus mempelajari dan memahami bagaimana cara menghasilkan wang dengan forex trading ni.

Sisipan relevan:

 ⚫Jangan jadi 'kaki depo' lagi, ketahui langkah untuk menjadi trader forex yang berjaya






Mengapa Aku Masih Terus Mempelajari tentang Forex Trading?

Pasti korang tertanya-tanya mengapa aku masih meneruskan belajar dan menambah ilmu forex ni.  Kenapa ekk dah tahu berisiko masih lagi nak meneruskan langkah dalam forex trading ni? 

Untuk pengetahuan semua investment dalam bidang forex trading ni tidaklah berisiko mana pun jika kita mempunyai perancangan dan exit strategi yang sesuai. Yang berisiko itu ialah terus bekerja keras seumur hidup kita untuk meng'kaya'kan orang lain@boss anda. Aku tidak mahu terus mengayakan orang lain jadi aku belajar dan terus belajar. 

Baca Juga:

⚫ Cara mengubah RM1 menjadi RM1 juta: Panduan lengkap untuk kemakmuran kewangan melalui perancangan bijak dan strategik


Musuh Utama Forex Trading 


1. EGO ANDA


Lumrah kehidupan dah namanya pun belajar, jangan haraplah jalan ke arah kejayaan tu sentiasa aman dan tanpa liku. Bohong semua tu! Jangan ego kerana dalam bidang trading ni, ego kita adalah musuh nombor satu kita. Jangan benarkan keinginan hati kita untuk betul dalam sesuatu posisi trade melebihi jangkauan modal yang kita ada. Kita sebagai forex trader tak kiralah pada yang newbie mahupun 'otai' haruslah dalam situasi apa pun terus mempertahankan modal yang kita ada.(preserving your capital). Itu yang paling utama untuk berjaya dalam bidang forex trading ni. 


Jika kita tidak belajar bagaimana untuk mempertahankan modal yang kita ada ibaratnya kita telah mengibarkan bendera putih dalam peperangan tanpa berusaha. Malu sungguh.. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa belajar dan jangan pernah takut untuk melakukan kesilapan. Come on! kita bukannya student sekolah rendah bila buat salah je kena hukum. Sebenarnya daripada banyak melakukan kesilapan itulah baru kita akan mendapat tahu jawapan yang benar kepada sesebuah persoalan atau permasalahan. 

Baca Juga:

⚫ Mengejar Kekayaan: Mengapa Kejayaan Kewangan Itu Penting dalam Kehidupan



2. DISIPLIN


Kita kena faham dan hadam betul-betul satu perkara ni, dalam apa jua benda yang anda lakukan mestilah mengikuti disiplin yang telah di tetapkan. Tanpa follow disiplin yang telah ditetapkan kita tidak akan mampu mencapai kejayaan dalam kerja yang kita lakukan.  Begitu juga dalam forex trading, kita haruslah mematuhi beberapa disiplin jika kita kita ingin bertahan lama dalam bidang ni. Forex trading bukanlah segalanya berkenaan kejayaan satu posisi sahaja. 

Ianya ibarat kita berada di medan peperangan. Kejayaan akhir garisan yang kita kejarkan. Dan yang penting balance akaun kita terus bertambah angkanya. Itulah kejayaan yang kita mahukan. Win some and lose some. Bukannya terus loss dan jadi kaki depo.

Link relevan:

⚫ Sikit-sikit Lama Kelamaan akan Menjadi Bukit: Kepentingan Tabiat Menabung


Kesimpulan


Melakukan sesuatu hal tanpa ilmu ibarat pengembara yang berjalan tanpa panduan kompas, pastinya kita akan bakal sesat di perjalanan yang kita lakukan. Selain itu, untuk berjaya dalam apa jua perkara yang kita lakukan haruslah mempunyai usaha dan keazaman yang tinggi dan percaya diri bahawa kita mampu untuk melakukan itu.

Sisipan relevan: 

⚫ Tingkatkan Kewangan Anda: panduan siswazah muda mengurus wang dan melabur secara bijak di era digital


Buang jauh-jauh sifat sombong, bongkak dan ego berlebihan yang ada di dalam diri tu. Setinggi apa pun yang kita rasakan, diri kita tetaplah HAMBA! Kepada yang maha esa. 

Tuhan yang satu juga tidak pernah menyombongkan diri walaupun telah menciptakan segala isi di bumi ini, lalu siapa dan apakah hak kita untuk menyombongkan diri? Akhir sekali jika kita mahu berjaya haruslah sentiasa berdisiplin.

Jika kita berjaya mempraktikkan disiplin dalam setiap posisi trade yang kita buka dan sentiasa check tahap keegoan dalam diri kita, percayalah jarak antara anda dan kejayaan sudah tidak jauh lagi. Akhir kata tujuan utama kita dalam bidang trading bukanlah untuk sentiasa betul dalam analisa trade yang kita lakukan melainkan untuk menjadi seorang trader yang profitable.


Baca Juga: 

Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 1

 

  


Disclaimers

Aku punya cerita.com tidak mempromosikan mana-mana institusi pelaburan forex dan tidak sama sekali menawarkan nasihat kewangan profesional kepada bakal pelabur. Semua perkongsian di blog ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman peribadi penulis.

Terima kasih semua.




 



   

Ulasan