Perlukah Berbelanja Besar untuk Majlis Kahwin? Antara Tradisi, Tekanan dan Pembaziran

Perlukah Berbelanja Besar untuk Majlis Kahwin? Antara Tradisi, Tekanan dan Pembaziran 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pembaca Yang Dihormati!

Apa khabar semua? Semoga anda semua sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang. Untuk yang masih bujang di luar sana, semoga Allah memudahkan perjalanan hidup anda dan cepat bertemu jodoh yang baik.

Pernah tak anda rasa tertekan bila selalu ditanya soalan ini?

"Bila nak kahwin?"

Hehe.. Sabar, ya? Mungkin Allah memberi kita masa untuk bersedia dengan lebih baik. Siapa tahu, mungkin majlis perkahwinan anda nanti akan menjadi wedding of the years! Amin...



Berbelanja Besar Untuk Kahwin: Tradisi atau Pembaziran?

Bila sebut pasal perkahwinan, perkara pertama yang sering terlintas dalam fikiran ramai orang adalah majlis besar-besaran. Di Malaysia, tradisi untuk mengadakan majlis perkahwinan yang mewah dan penuh glamor memang sudah sebati dalam masyarakat kita.

Tak kira bangsa, sama ada Melayu, Cina, atau India, ramai yang percaya bahawa majlis kahwin mesti diadakan secara gah. Tapi, apa sebenarnya yang mendorong kita untuk berbelanja besar demi satu hari yang hanya berlangsung beberapa jam?



Hutang Majlis Kahwin: Apakah Berbaloi?

Kadang-kadang, kita sering mendengar cerita tentang pasangan yang mengeluarkan wang yang banyak untuk majlis mereka _ ada yang sanggup berhutang dengan bank untuk memastikan majlis tersebut berlangsung di hotel mewah demi menjaga status dan "air muka".

Tapi, bila difikirkan semula... Adakah berbaloi menghabiskan duit dan berhutang hanya kerana mahu majlis kahwin kita nampak grand di mata orang lain?

Baca juga: jangan Terlalu Ikut Kata Orang: Panduan Berjaya Dengan Cara Sendiri untuk fahami kenapa penting untuk buat keputusan berdasarkan keperluan dan keutamaan diri sendiri, bukan tekanan sekeliling.

Apa yang berlaku selepas majlis selesai? Para tetamu pulang ke rumah masing-masing, tetapi pasangan yang baru berkahwin dan keluarga mereka terpaksa menanggung hutang yang besar. Bukankah lebih baik jika wang tersebut digunakan untuk perkara yang lebih penting selepas perkahwinan?



Kesederhanaan Dalam Perkahwinan: Menjaga Kehidupan Selepas Kahwin 

Dalam Islam, kesederhanaan sangat dianjurkan _ bukan sahaja dalam kehidupan sehari-hari, tetapi juga dalam urusan perkahwinan. Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk bersederhana dalam segala hal, termasuklah perkahwinan.

Kita boleh mengambil contoh: Lebih baik wang yang banyak itu digunakan untuk memulakan kehidupan selepas kahwin. 

Sebagai contoh:

⚫ Bayar deposit rumah 

⚫ Simpanan untuk pendidikan anak-anak 

⚫ Menyediakan dana kecemasan atau untuk perniagaan 

Mengapa tidak? Lebih banyak manfaat daripada sekadar membazirkan wang untuk satu hari yang hanya akan dikenang sekejap.





Trend Baru: Majlis Kahwin Sederhana, Hidup Lebih Tenang 

Selepas pandemik COVID-19, semakin ramai pasangan muda yang sedar bahawa mereka tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk melangsungkan majlis perkahwinan yang mewah. Mereka memilih untuk mengadakan majlis yang lebih sederhana, tetapi tetap bermakna. Dengan cara ini, mereka dapat memulakan kehidupan perkahwinan tanpa tekanan kewangan.

Kehidupan selepas kahwin sebenarnya jauh lebih penting. Kesederhanaan dalam perkahwinan membawa kebahagiaan, dan ini adalah sesuatu yang lebih berharga daripada sekadar acara besar-besaran yang hanya bertahan sehari.



Penutup: Jangan Takut untuk Bersederhana 

Jadi, untuk anda yang sedang merancang untuk berkahwin, ingatlah bahawa perkahwinan itu adalah untuk membina kehidupan bersama pasangan, bukan untuk mempamerkan status atau memenuhi kehendak orang lain. Majlis perkahwinan yang sederhana tetapi penuh makna lebih bermakna daripada sebuah majlis yang mewah tetapi dibebani dengan hutang.

Apa pendapat anda tentang perbelanjaan besar untuk kahwin? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen, dan jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan rakan-rakan dan keluarga yang sedang merancang perkahwinan. Semoga semua pasangan yang berkahwin diberikan kebahagiaan dalam hidup mereka!







Ulasan