Langkau ke kandungan utama

Kenapa Xiao Yan Tidak Memeluk Ratu Medusa?- Kekecewaan Peminat & Realiti Adaptasi Anime BTTH

Kenapa Xiao Yan Tidak Memeluk Ratu Medusa?- Kekecewaan Peminat & Realiti Adaptasi Anime BTTH

Seorang lelaki muda memakai hoodie "Team Medusa" sedang duduk merajuk sambil menonton adegan hampir peluk antara watak anime di televisyen, dengan ucapan "Saya kecewa!" dalam gelembung komik.
"Saya kecewa!" - Reaksi ikonik peminat Battle Through the Heavens selepas tiadanya adegan pelukan antara Xiao Yan dan Ratu Medusa dalam episod 142.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai peminat Battle Through the Heavens!
Terutamanya buat anda yang berada dalam 'Team Frenemy' Ratu Medusa dan Xiao Yan _ aku harap kalian semua sihat dan masih setia mengikuti perjalanan cinta luar biasa mereka. Kali ini, kita bincangkan satu soalan yang kerap bermain di fikiran peminat:

  • Kenapa Xiao Yan tidak memeluk Ratu Medusa sebelum bertolak ke Dataran Tengah, seperti dalam versi novel?




Kekecewaan Peminat Setia - Apa Yang Sebenarnya Berlaku?

Ramai peminat BTTH meluahkan rasa kecewa selepas episod ke-142, di mana kita menjangkakan satu babak pelukan penuh emosi antara Xiao Yan dan Medusa. Sayangnya, ia tidak berlaku seperti yang digambarkan dalam novel asal. 

Ada yang bergurau, mungkin sebab mereka belum halal -haha! Tapi secara serius, kita boleh lihat bahawa kedua-dua watak ini sebenarnya masih bergelut dengan perasaan masing-masing.



Hubungan Mereka Rumit, Tapi Realistik 

Cinta bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Ia datang tanpa diduga dan pergi tanpa diundang. Hubungan Xiao Yan dan Ratu Medusa  adalah contoh hubungan yang perlahan-lahan berkembang daripada kebencian kepada penghormatan... Kemudian bertukar menjadi kasih sayang.

Walaupun Ratu Medusa berniat membunuh Xiao Yan pada awalnya, niat itu tidak pernah terlaksana. Mungkin kerana pengaruh roh Heaven Swallowing Python yang bergabung dalam tubuhnya, namun hakikatnya, perasaan manusiawinya tetap hidup.

Sebaliknya, Xiao Yan yang cuba melambatkan niat Ratu Medusa dengan pelbagai perjanjian, akhirnya sendiri mula menyedari kewujudan perasaan terhadapnya. Tetapi kerana misi hidup yang belum selesai, dia memilih untuk menyembunyikan perasaan itu _ buat sementara waktu.



Adegan Pelukan itu penting? Ini Sebabnya...

Aku sendiri kecewa adegan itu tiada, dan ini dua sebab utamanya:

  • Aku peminat setia BTTH yang mengikuti perkembangan sejak awal.

  • Babak itu sangat penting secara emosi kerana selepas ini, Xiao Yan akan melalui perjalanan panjang ke Dataran Tengah sebelum mereka dapat bertemu semula.

Adegan peluk itu bukan sekadar fan service. Ia simbol perpisahan dan harapan _ satu detik yang menunjukkan betapa dalamnya hubungan mereka walaupun tak terungkap dengan kata-kata.




Ilustrasi seorang lelaki dengan ekspresi muka merajuk berada di samping perkataan yang bertulis saya kecewa! - simbolik perasaan segelintir peminat BTTH yang kecewa
Bukan korang saja, aku pun kecewa tau! 




Bukti Mereka Hampir Memeluk - Episod 142

Bagi yang ragu-ragu, cuba tonton semula episod ke-142 di saluran rasmi Yuewen Animation English. Lihat betul-betul.... mereka sebenarnya hampir memeluk! Tapi mungkin, kerana arah naratif anime yang mahu kekalkan sedikit 'misteri' dan slow-burn romance, babak itu sengaja ditinggalkan tergantung.



Bonus: Lagu Cinta Mereka -"SU" oleh Jiangyuan Liao

Kalau anda masih kecewa, cuba dengar lagu tema cinta mereka bertajuk "SU" yang dinyanyikan oleh Jiangyuan Liao. Liriknya menyentuh hati dan sangat menggambarkan konflik emosi antara kedua-dua watak.


Kesimpulan: Realiti vs Harapan 

Kadangkala, adaptasi anime memilih untuk menggambarkan emosi melalui simbolik dan kesenyapan, berbanding aksi fizikal seperti pelukan. Tapi bagi kita peminat setia, emosi yang tidak terucap itu lebih menyakitkan daripada sekadar tidak memeluk.

Namun, satu perkara yang pasti _ cinta antara Xiao Yan dan Ratu Medusa sedang berkembang, dan ini mungkin bukan pertemuan terakhir mereka.


Pesanan Penutup:


" Jangan terlalu diikutkan rasa, nanti binasa..."

Terima kasih kerana membaca! Jika anda suka artikel ini, kongsikan dengan sesama peminat BTTH dan tinggalkan komen:
Anda rasa patut tak Xiao Yan peluk Medusa sebelum pergi?
📬 Langgan blog ini untuk artikel baru terus ke email



 Saya harap artikel ini menemani kamu hari ini. Jumpa lagi di artikel seterusnya. 🌧️🌿

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...