Langkau ke kandungan utama

Throwback #3: Bila Aku Jadi Pengawas Perpustakaan di SK Lui Selatan - Ulat Buku Tapi Tak Pandai Tegur Orang

Throwback #3: Bila Aku Jadi Pengawas Perpustakaan di SK Lui Selatan - Ulat Buku Tapi Tak Pandai Tegur Orang 



📝 Nota penulis: 
" Pernah tak korang tolak jawatan pengawas tapi terima jadi penjaga buku? Aku pernah. Dan waktu tu, aku tak tahu betapa besar maknanya jawatan 'kecil' tu dalam hidup aku hari ini."

Zaman tu aku tak fikir panjang pun. Bila cikgu tanya nak jadi pengawas atau tidak, aku geleng. Tapi bila ditawarkan jadi pengawas perpustakaan, aku angguk laju. Siapa sangka tempat senyap penuh buku tu boleh jadi tempat aku rasa paling selesa di sekolah."



Suasana dalam sebuah perpustakaan yang menenangkan dengan rak kayu
Saat aku 'naik' pangkat jadi pengawas perpustakaan _ bukan sebab pandai arah orang, tapi sebab ulat buku!


Bukan Pengawas Biasa 

Zaman sekolah rendah dulu, semua orang bangga bila jadi pengawas sekolah. Dapat lencana. Dapat pegang buku report. Tapi bila cikgu cadang aku jadi pengawas biasa_ aku tolak baik-baik. Bukannya sebab aku tak suka tanggungjawab, tapi sebab aku tahu aku jenis yang tak reti nak tegur orang. 

Sebaliknya aku cakap: 

  • "Cikgu, boleh tak saya jadi pengawas perpustakaan sahaja?"

Cikgu senyum. Terus luluskan. Mungkin cikgu pun tahu aku ni memang jenis 'berumah' dalam perpustakaan walaupun aku jenis yang nakal.

Aku tak suka arahkan orang. Tapi aku suka buku. Senang cerita walaupun aku bergelar 'raja kelas hujung' dan 'pelawat kehormat' bilik kaunseling, aku sangat disenangi oleh para guru.



🏫 Perpustakaan SK Lui Selatan: Dunia Kecil Aku 

Perpustakaan sekolah rendah kami bukanlah hebat mana pun. Di dalamnya hanya terdapat beberapa rak kayu yang kadang senget. Tiga buah meja panjang yang ada ukiran conteng 'Azmi suka Ain'. Kad pinjaman buku yang kadang dah koyak.

Tapi dalam semua kekurangan itu, aku jumpa syurga kecil aku.


Ruang perpustakaan sekolah rendah yang tenang dengan rak buku kayu
Inilah dunia aku masa rehat _ rak kayu, buku cerita, dan kad pinjaman 



  • Buku Siri Salma dan Siri Hadi- aku baca sampai ulang 3 kali ( sebab aku minat sangat, dengan watak Salma, Faruk dan Johar tu!)

  • Buku sains mudah macam "Kenapa Awan Bergerak"- buat aku rasa macam saintis NASA kadang-kadang.

  • Majalah Gila-Gila - aku baca senyap-senyap bawah meja. Kalau cikgu dapat tahu, habislah kena rampas😅

Dan yang paling best? Ada masa aku duduk belakang meja cop, rasa macam penjaga ilmu pula. Ada kuasa. Hehe..



🤓 Tugas Pengawas Yang Jarang Diingati 

Ramai ingat pengawas perpustakaan atau kat sekolah aku kami panggil 'pustakawan' ini kerja senang.

Sebenarnya, ada banyak benda yang seorang pustakawan ni nak kena buat:

  • Susun semua buku ikut nombor atau abjad (kalau ikut sistem)

  • Cop buku pinjaman sampai tangan berbau dakwat.

  • Ingatkan budak-budak pasal due date pinjaman buku yang mereka pinjam. (tapi aku pun selalu lupa).

Tapi paling susah sebenarnya... bila nak kena tegur budak bising, Aku? Hanya mampu senyum, letak jari di bibir tanda "shhh..." dan harap budak tu faham. 




Pelajar lelaki mengecop buku log di perpustakaan
Cop buku tu bukan sebarang cop_ dia ada kuasa magik bila kita cintakan ilmu.




💤 Kisah Lucu: Tertidur Dalam Tugas

Satu hari, masa rehat, aku duduk sorang-sorang dekat meja paling hujung sambil baca Penyiasat Remaja. Entah macam mana, mata tiba-tiba terasa layu dan berat... dan aku terus terlelap.

Bila tersedar, ada dua orang budak darjah satu tengah tenung aku.

  • "Abang ni baca buku pakai mimpi ke?"

Malunya aku. Tapi dalam hati gelak sendiri je lah. 



🎓 Nilai Yang Aku Bawa Sampai Dewasa 

Dari jadi pengawas perpustakaan tu, aku belajar banyak perkara. Di antaranya:

  • Bukan semua pemimpin kena garang.

  • Tak perlu suara kuat untuk buat kerja dengan ikhlas.

  • Buku adalah guru yang tak pernah marah, tapi sentiasa mendidik.

Dan satu benda yang aku pegang sampai sekarang:

  • Kadang-kadang orang pendiam ni bukan dia tak ambil tahu - dia cuma sibuk membaca dunia.



💬 Pernah Rasa Macam Aku?

Kalau korang pernah jadi ulat buku, duduk dalam perpustakaan masa rehat, atau ada kisah lucu dalam bilik buku zaman sekolah dulu_ komenlah sikit. Mana tahu kita sama sekolah? 



❇️❇️ Siri Throwback 



📣 Kalau korang rasa entri ni hidupkan kembali memori sekolah rendah korang, kongsilah dengan kawan. Tag geng kelas lama dan melanggan blog ini. Mungkin mereka pun ada kenangan yang kita sendiri dah tak berapa nak ingat. Bolehlah berkongsi cerita dan merapatkan kembali silaturrahim.



"Kadang-kadang, tanggungjawab yang kecil di tempat sunyi seperti perpustakaan, boleh membuka pintu besar dalam hidup kita _ kerana diam-diam, buku telah mengajar kita menjadi manusia yang tahu diam, tahu fikir, dan tahu bermimpi."

Jumpa anda di kisah seterusnya dalam siri ini, Throwback #4: 30 Sen, Mee Kari Tumpah & Budak Darjah Tiga.


**Nota: Imej dijana secara digital untuk ilustrasi**

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...