Langkau ke kandungan utama

Throwback #5: Hari Saya Terlupa Bawa Buku & Cikgu Suruh Berdiri

Throwback #5: Hari Saya Terlupa Bawa Buku & Cikgu Suruh Berdiri 

📌 Sambungan daripada kisah sebelumnya Throwback #4: 30 Sen, Mee Kari Tumpah & Budak Darjah Tiga

📝 Nota Penulis
Kadang-kadang kita lebih ingat kesalahan kecil zaman sekolah berbanding kejayaan besar. Mungkin kerana kesilapan itu kita belajar, dari teguran itu kita berubah. Ini salah satunya.

Gambar seorang budak lelaki sekolah rendah duduk di atas meja dalam suasana ceria, bersama tajuk "Throwback #5: Hari Saya Terlupa Bawa Buku & Cikgu Suruh Berdiri".
"Throwback #5: wajah ceria tak menggambarkan panik sebenar_ kisah lupa bawa buku yang berakhir dengan denda berdiri depan perhimpunan!"


Pagi tu, langit cerah tapi hati aku kelam. Masa mak tengah siapkan sarapan, aku baru teringat sesuatu yang buat jantung aku hampir gugur_ latihan Bahasa Inggeris Cikgu Devi aku langsung tak siap!. Bukan sebab tak tahu, tapi sebab aku lebih minat main dari menulis. Aku ni dulu memang terkenal di kalangan cikgu sebagai raja kelas hujung "_ bukan sebab aku raja ilmu, tapi sebab selalu duduk paling belakang dan paling suka buat bising.

"Awak ni asyik nak main je! Kerja sekolah tak pernah siap!" Itu biasa aku dengar dari cikgu-cikgu. Tapi yang paling aku takut_ Cikgu Devi. Dia garang. Suara dia tegas. Kalau dia pandang kita waktu marah, boleh beku darah.

Jadi pagi tu, aku menangis depan mak. "Mak... tak siap latihan... nanti Cikgu Devi marah...". Mak aku yang sedang nak suap nasi lemak pun berhenti, letak sudu, dan terus bebel panjang berjela. Tapi akhirnya, mak juga tolong aku siapkan latihan tu. Dalam marah, dia tetap sayang. Dia tulis satu-satu jawapan ikut buku teks, sambil mulut tak berhenti membebel, "Lain kali buat sendiri! Malulah mak anak lelaki tapi asyik kena marah dengan cikgu perempuan!"



Seorang murid lelaki sekolah rendah menangis di rumah, dengan buku latihan di tangan, wajah gusar dan suasana pagi yang muram.
"Wajah cemas sebelum ke sekolah_ kerja rumah tak siap.




Cikgu Devi dan Hari Malang itu 

Tapi hari malang aku tak berhenti di situ. Satu hari Isnin, aku lupa bawa buku latihan. Dah lah hari tu perhimpunan panjang. Bila murid-murid lain berbaris elok-elok, aku kena berdiri di depan tapak perhimpunan_ satu-satunya budak yang kena denda waktu tu.

Dengar je suara guru besar, aku tunduk. Peluh bukan sebab panas, tapi malu. Aku tahu cikgu-cikgu tengah tengok, dan Cikgu Devi? Dia mesti tahu.

Selepas perhimpunan, aku dipanggil masuk kelas. Dengan suara perlahan tapi penuh kuasa, dia tanya,
"Mana buku awak?"
Aku jawab perlahan, "Tertinggal, cikgu..." Dan yang keluar dari mulutnya hanyalah, "Awak ni... saya tak tahu nak cakap apa dah."

Tak jerit, tapi lebih menakutkan. Aku duduk kat meja dengan kepala tunduk. Hari tu aku tak bercakap langsung. Tak berani.



Kebenaran Yang Tak Siapa Sangka 

Tapi inilah ironi hidup. Budak yang selalu main, yang selalu buat hal, yang selalu kena marah_ adalah salah seorang daripada 5 orang sahaja yang berjaya dapat 5A dalam UPSR tahun 1997.

Waktu keputusan diumumkan, ramai cikgu pandang pelik. "Betul ke ni?" Ada yang semak dua tiga kali. Ada juga yang tersenyum kecil, macam baru sedar, mungkin budak ni memang lambat panas... tapi bukan tak boleh berjaya.



Sijil UPSR tahun 1997 menunjukkan pencapaian 5A milik seorang murid Sekolah Kebangsaan Lui Selatan
Daripada "raja kelas hujung" ke salah seorang daripada 5 pelajar yang mendapat 5A- inilah bukti bahawa keajaiban boleh berlaku.





Dan yang paling aku ingat? Cikgu Devi datang ucap tahniah!

Waktu tu aku rasa semua marah, semua denda, semua tangisan waktu pagi_ akhirnya berbaloi.



Refleksi Penutup:

Kadang-kadang, anak-anak yang banyak kerenah dan perangai macam-macam itulah yang simpan bakat dan potensi luar biasa. Mungkin kerana kenakalan mereka itulah, mereka belajar dengan cara yang berbeza. Mereka perlukan pendekatan berbeza. Aku bersyukur cikgu-cikgu aku tak pernah buang aku. Mereka marah, tapi mereka tetap ajar. Mereka kecewa, tapi tak pernah berhenti berharap.

Dan aku bersyukur pada mak yang walaupun marah, tetap siapkan latihan aku pagi-pagi_ sambil membebel yang entah berapa kali aku dengar tapi tetap buat aku rasa disayangi.

Kalau anda juga pernah ada pengalaman macam ni_ lupa bawa buku, kena berdiri depan tapak perhimpunan, atau cikgu marah sampai malu satu kelas_ ketahuilah anda tak keseorangan. Tapi mungkin, seperti aku, kisah anda yang dulu itulah yang menjadikan anda siapa sekarang.


✍️Nota Penulis:
Aku masih ingat rasa malu berdiri di depan kelas, dan mak yang siap buat latihan walaupun sambil bebel.

Momen kecil itu rupanya permulaan kepada perjalanan besar yang penuh liku_ dari sekolah rendah ke menengah, dari budak nakal ke anak sulung yang harus cepat dewasa.

💬 Kalau nak tahu bagaimana semua itu berubah, anda boleh baca sambungannya dalam entri seterusnya:

🔗 Throwback #6: Dari 5A ke Sekolah Biasa - Sebuah Perjalanan yang Tidak Terduga (akan datang). 

Throwback #6 sedang aku siapkan perlahan-lahan. Ia bukan sekadar sambungan kisah sekolah, tapi juga membuka pintu kepada babak hidup yang lebih dalam_ tentang kehilangan, harapan dan perubahan besar selepas darjah enam.

Sementara itu, kalau anda ada masa lapang, jemputlah baca entri-entri lain dalam blog ini. Siri Dunia Buku untuk pencinta cerita, Tips untuk yang sedang mencari ketenangan hidup, dan Catatan Awal Pagi untuk yang suka merenung sunyi sebelum hari bermula. Mana tahu, ada satu yang melekat di hati.
Terima kasih kerana membaca dan menemani kisah saya hingga ke sini🌿





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...