Langkau ke kandungan utama

Catatan

Throwback #1: Kenangan Zaman Sekolah Rendah - Dari Kelas Kuning ke Wakil Hoki Sekolah ( Dan apa Saya Belajar Darinya)

Throwback #1: Kenangan Zaman Sekolah Rendah - Dari Kelas Kuning ke Wakil Hoki Sekolah ( Dan apa Saya Belajar Darinya) Wajah penat tapi puas- itulah rutin budak sekolah rendah setiap kali pulang dari sesi petang. Pernah tak bau buku teks lama atau loceng sekolah buat kita tiba-tiba tersenyum sendiri? Zaman sekolah rendah aku memang bukan biasa-biasa. Penuh dengan kenakalan,gelak tawa, dan beberapa insiden yang cikgu-cikgu masih ingat sampai sekarang.  Jom ikut aku "rewind" balik ke tahun-tahun paling menggembirakan dalam hidup aku - zaman aku bergelar "raja kelas hujung". Sistem Kelas Berwarna & Pilihan Hati  Sekolah aku dulu guna sistem kelas unik berasaskan warna. Kelas paling 'power'-  Hijau , diikuti Biru, Merah, dan paling 'huge character' sekali-  Kuning .  Kelas yang sederhana tapi penuh memori- tempat jatuh bangun belajar dan gelak tawa. Kalau ikut sistem, Kelas Hijau tempat budak-budak top student. Tapi aku? Setia ...

Catatan Awal Pagi #4: Kesepian dalam Keramaian _ Mencari Keseimbangan Antara Diri Sendiri dan Dunia Luar

🌅Catatan Awal Pagi #4: Kesepian dalam Keramaian _ Mencari Keseimbangan Antara Diri Sendiri dan Dunia Luar  Tidak mengira betapa sibuk pun dunia di sekeliling kita, perasaan sepi kadangkala pasti datang bertandang tanpa diundang.  Pagi ini, aku terjaga awal. Mata masih lagi berat, dan fikiran aku masih kabur, namun satu perkara yang aku terfikir berulang kali dalam kepala _ tentang kesepian yang sering menyertai aku, meskipun aku berada ditengah-tengah keramaian. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa aku lebih suka menghabiskan masa bersendirian berbanding bergaul dengan orang lain. Bukan kerana aku benci berkawan atau menolak hubungan sosial, tetapi ada sesuatu dalam kesendirian itu yang memberi aku ketenangan, seolah-olah ada ruang untuk aku bernafas tanpa tekanan dari dunia luar. Namun, semakin lama aku fikirkan, aku sedar bahawa kadang-kadang kesendirian itu tidak datang dengan kedamaian seperti yang aku harapkan. Aku tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan ke...

[ULASAN ANIME] Episod 148 Battle Through the Heavens - Penantian, Jemputan & Perasaan yang Membara

[ULASAN ANIME] Episod 148 Battle Through the Heavens - Penantian , Jemputan  & Perasaan yang Membara  Xiao Yan menerima sepucuk surat jemputan rasmi ke kediaman keluarga Gu- permulaan misi dan perasaan yang membara dalam episod 148 Battle Through the Heavens. Assalamualaikum dan salam satu semangat Dou Qi! Kalau kau peminat tegar anime Battle Through the Heavens,  aku yakin kau pun sama macam aku sekarang _ gelisah menunggu Sabtu datang. Setiap minggu, anime ni disiarkan tepat jam 7.30 malam waktu Malaysia, dan setiap kali tamat, aku tinggal terpaku depan skrin... sambil bisik, "Dah habis ke....? Macam ni je...?" Semalam, episod 148 ditayangkan _ dan macam biasa, tak pernah gagal buat jantung aku berdegup laju. Bayangkan, aku siap buat artikel khas sebelum ni bertajuk Battle Through the Penantian , semata-mata sebab tak boleh tahan tunggu episod baru. Ya... memang kronik. Jadi kali ni aku nak kongsi ulasan penuh dengan perasaan bercampur baur _ antara kagu...

Catatan Awal Pagi #3 Jangan Jadi Seperti Saya- Sebuah Catatan Tentang Ayah, Penyesalan dan Peluang Yang Tak Akan Kembali

🌅Catatan Awal Pagi #3 Jangan Jadi Seperti Saya - Sebuah Catatan Tentang Ayah, Penyesalan dan Peluang Yang Tak Akan Kembali Antara cahaya terakhir dan kenangan yang kekal .  Pagi sering mengajarkan aku sesuatu yang baru _ sama ada tentang diri sendiri, tentang hidup, atau tentang insan-insan yang pernah hadir. Dalam diam dan sunyi waktu Subuh, aku mencatat apa yang hati aku simpan. Kadang-kadang berat, kadang-kadang ringan. Tapi semuanya datang dari tempat yang paling jujur dalam diri. Catatan pagi ini terasa sedikit berbeza. Tidak seperti sebelumnya yang aku tulis dengan tenang sambil menyambut cahaya pagi. Pagi ini, aku menulis dengan dada yang sesak, mata yang masih berkaca, dan hati yang cuba memahami apa sebenarnya yang belum sembuh. Ketika aku sujud dalam solat, aku menangis. Mula-mula perlahan, kemudian makin deras. Ia bukan kerana fizikal yang sakit, tapi kerana satu ruang dalam hati yang selama ini aku biarkan tertutup. Hari ini, aku buka kembali ruang itu_ dan...

Battle Through the Penantian: Ulasan Anime Cina Terbaik Yang Bikin Haru Tunggu!

Battle Through the Penantian: Ulasan Anime Cina Terbaik yang Bikin Haru Tunggu! "Penantian seorang peminat bukan sekadar menunggu_ ia perjuangan jiwa." Jam baru pukul 6.00 petang. Tapi rasanya macam dah tiga hari aku duduk termenung depan jam. Setiap detik yang terlambat, macam tahu-tahu je aku tengah menunggu sesuatu yang penting. Sesuatu yang bernama.... Battle Through the Heavens. Menunggu episod baru Battle Through the Heavens bukan sekadar sabar - ia seni! Tonton Battle Through the Heavens: Satu Episod Seminggu Memang Menguji Kesabaran  Aku tak minta banyak. Satu episod seminggu pun aku telan sampai ke outro. Tapi bila difikirkan balik, tonton Battle Through the Heavens tiap minggu sebenarnya satu bentuk penyeksaan emosi. Episod cuma 17 minit. Lepas tolak intro, iklan, recap.... tinggal 15 minit je. Sedangkan novel asal ada sembilan volume , ribuan bab. Kalau satu episod seminggu, agaknya anime adaptasi novel ni akan habis bila aku dah pencen. ...

Pagi, Pokok, dan Sebuah Kehidupan ( Catatan Awal Pagi #2)

🌅Pagi, Pokok, dan Sebuah Kehidupan  (Catatan Awal Pagi #2) "Bahagia tidak perlu datang dalam bentuk yang besar. Kadang, cukup dengan melihat pokok yang membesar atau senyuman seorang ibu." Pagi yang damai di kampung, di bawah langit yang luas.  Pengenalan  Pagi hadir seperti helaian baru dalam buku kehidupan. Dalam sunyinya, aku temui suara hati sendiri. Sejak aku memilih untuk pulang ke kampung dan menjaga emak, hidup tidak lagi sesibuk seperti dulu. Tapi entah bagaimana, aku temui satu ruang bahagia yang selama ini tidak aku sedari aku perlukan. Hidup kini lebih perlahan, namun setiap detiknya terasa lebih dalam. Dalam damai pagi ini, di bawah langit yang cerah dan udara yang segar, aku belajar menghargai hal-hal kecil _ secawan kopi panas, daun yang basah disiram embun, senyuman emak yang memandangku dari jendela. Ini catatan kecilku, ditulis dari halaman rumah dan dari hati yang sedang belajar tenang. Mungkin ringkas, tapi penuh rasa. Semoga ia menyentuh ...