Langkau ke kandungan utama

[ULASAN ANIME] Episod 148 Battle Through the Heavens - Penantian, Jemputan & Perasaan yang Membara

[ULASAN ANIME] Episod 148 Battle Through the Heavens - Penantian, Jemputan & Perasaan yang Membara 



Ilustrasi gaya anime menunjukkan seorang pemuda memegang surat dengan ekspresi teruja, berlatar langit senja dan suasana penuh harapan.
Xiao Yan menerima sepucuk surat jemputan rasmi ke kediaman keluarga Gu- permulaan misi dan perasaan yang membara dalam episod 148 Battle Through the Heavens.



Assalamualaikum dan salam satu semangat Dou Qi!

Kalau kau peminat tegar anime Battle Through the Heavens, aku yakin kau pun sama macam aku sekarang _ gelisah menunggu Sabtu datang. Setiap minggu, anime ni disiarkan tepat jam 7.30 malam waktu Malaysia, dan setiap kali tamat, aku tinggal terpaku depan skrin... sambil bisik, "Dah habis ke....? Macam ni je...?"

Semalam, episod 148 ditayangkan _ dan macam biasa, tak pernah gagal buat jantung aku berdegup laju. Bayangkan, aku siap buat artikel khas sebelum ni bertajuk Battle Through the Penantian, semata-mata sebab tak boleh tahan tunggu episod baru. Ya... memang kronik.

Jadi kali ni aku nak kongsi ulasan penuh dengan perasaan bercampur baur _ antara kagum, teruja, dan... sikit-sikit cemburu dengan Xiao Yan.



Jemputan yang Bukan Sekadar Surat 

Episod kali ni bermula dengan suasana tenang tapi penting. Cikgu favourite kita, Yao Lao, menyerahkan sepucuk surat jemputan milik Falling Star Pavilion yang diterima daripada keluarga Gu_ acara besar yang akan diadakan di kediaman Keluarga Gu. 

Tapi surat itu bukan sebarang surat _ bagi Xiao Yan, itu mungkin peluang besar untuk berjumpa semula dengan Gu Xun Er, cinta pertamanya yang dah lama tak muncul dalam hidup dia.

Aku tengok muka Xiao Yan masa terima surat tu terus berubah _ dari 'steady' jadi 'bercahaya'. Kalau ada background lagu masa tu, mesti lagu cinta K-drama.



Bongkar Kebenaran Keturunan Kuno 

Melihat keterujaan muridnya, Yao Lao mula berkongsi satu fakta menarik dan penting: selain Keluarga Gu, ada tujuh lagi keluarga lagenda dari zaman kuno yang berasal dari keturunan Dou Di _ iaitu keluarga Yan, Yao, Ling, Shi, Hun, Lei,dan... Xiao, Keluarga Xiao Yan sendiri.

Ya, keluarga Xiao. Keluarga Xiao Yan sendiri. Terus wajah dia berubah _ "What?! Keluarga aku dulu hebat?!"

Tapi macam biasa, Yao Lao ni steady je. Dia cakap walaupun keluarga Xiao berasal dari garis keturunan Dou Di, sejak mengenali Xiao Yan, dia langsung tak dapat kesan apa-apa warisan darah Dou Di dalam tubuh muridnya itu.

Pedih. Padu. Macam kena tumbuk guna Dou Qi api tahap lapan.

Tapi disinilah kita nampak kekuatan sebenar watak utama kita, Xiao Yan, dengan penuh tenang dan yakin, jawab:
"Aku dah capai tahap aku sekarang tanpa sebarang darah keturunan. Aku akan terus buktikan kekuatan aku dengan usaha aku sendiri."

Dan waktu tu, aku yang kat luar skrin pun terasa semangat terbakar. Go, Xiao Yan go!




Misi ke Gu Realm & Serangan Yang Tak Dijangka 

Xiao Yan pun bertolak ke Gu Realm bersama geng setianya: Xiao Yi Xian, Qing Ling dan Tian Huo Zun Zhe. Semangat berkobar, perasaan berbunga, dan harapan tinggi untuk jumpa balik Gu Xun Er.

Tapi biasalah, hidup dalam dunia Dou Qi ni bukan boleh jalan lurus macam highway. Sampai je dekat kawasan keluarga Gu, dorang terus disambut....bukan dengan karpet merah, tapi dengan serangan. 

Jeneral Lin Quan terus tuduh mereka menceroboh. Aku tengok pun macam, "Eh bro, surat jemputan pun kami ada tau?"
Tapi Jeneral Lin ni macam tak sempat baca surat, terus main serang dulu.




Nasib baik Xiao Yan ni bukan calang-calang. Dia lawan balik, dan macam biasa, tewaskan pasukan lawan dengan gaya elegan. Lepas tu dia rampas semula surat jemputan yang Lin Quan 'simpan sendiri ' tadi. 

Nak jadi cerita, masa Lin Quan nak serang balik, muncul pula Jeneral Kelima dari Submerge Army Keluarga Gu_ terus hentikan drama dan mungkin selamatkan Xiao Yan daripada pertempuran yang lebih besar.

Dan... tamatlah episod. Tergantung. Aku? Ternganga. Tertanya-tanya. Tertekan.



Kesimpulan: Bila Sabtu Akan Tiba Lagi?

Episod 148 bukan hanya menggerakkan jalan cerita, tetapi turut mmeperlihatkan perkembangan watak secara mendalam serta membuka tirai sejarah dunia Dou Qi yang lebih luas. Setiap kali watak Xiao Yan diuji_ sama ada dari segi kuasa atau Emosi _ kita makin nampak perkembangan dan keteguhan jiwanya.

Tapi, jujur cakap... aku masih tak boleh move on. Tak sabar nak tengok.

  • Macam mana reaksi keluarga bakal mertua bila jumpa Xiao Yan nanti?
  • Pertemuan semula dengan Gu Xun Er nanti _ adakah ia akan dipenuhi detik manis penuh cinta, atau sebaliknya?
  • Dan... siapa lagi akan muncul di episod 149?

Untuk peminat tegar macam aku, penantian ini memang menyeksakan. Tapi dalam seksa tu ada nikmat_ nikmat jadi sebahagian daripada perjalanan epik ini, minggu demi minggu.

Jumpa lagi di ulasan episod akan datang_ insya-Allah lepas episod 149 tayang. Sementara itu, aku ulang balik episod lama sambil kira detik ke Sabtu.


Kalau anda pun tengah menanti macam aku, jangan lupa tinggal komen. Kita sama-sama meratap dan teori konspirasi.

Dou Qi akan menyala lagi, guys. Bersedia!



Penafian:
Artikel ini ditulis untuk tujuan ulasan dan hiburan. Semua watak, kisah dan elemen visual adalah hak milik pemilik asal Battle Through the Heavens. Tiada hak cipta rasmi yang dituntut oleh penulis. 

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Nota Untuk Diri Sendiri #6: Tentang Kasih Sayang Yang Kadang Tak Terungkap

Pagi hening — kopi, buku dan laptop jadi saksi bisu pada kasih sayang yang tak terungkap. 📌Nota Untuk Diri Sendiri #6: Tentang Kasih Sayang Yang Kadang Tak Terungkap Hari ini aku menulis perlahan. Catatan ini jadi penutup untuk fasa pertama perjalanan Nota Untuk Diri Sendiri. Aku tak tahu bila aku akan tulis sambungannya lagi, tapi hari ini aku mahu abadikan satu rasa: kasih sayang. Kasih sayang pada insan yang pernah hadir dalam hidup. Kasih sayang pada yang jauh dan yang dekat. Kasih sayang yang kadang tak pernah terucap, tapi sentiasa ada di sudut hati. 🤲Doa Pagi Ini Ya Allah, rahmati semua insan yang aku sayang, walau mereka tak tahu aku menyayangi mereka. Lembutkan hatiku untuk terus mencintai dalam diam. Jadikan kasih sayang ini jalan aku mendekat pada-Mu. 🌿Refleksi Penulis Aku sedar sesuatu hari ini: Kasih sayang bukan selalu perlu kata. Ada kasih yang cukup hanya dengan doa. Ada kasih yang cukup hanya dengan ingatan. Catatan...

Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar

 🫠📖 Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar 📚 Kata Pengantar: Matilanak #1 — Bila Lawak & Rasa Terselit Dalam Rakaman Suara “Matilanak.” Itu bukanlah nama orang. Bukan juga makhluk mistik dari filem seram. Tapi… satu slang rasa yang Remy guna sendiri — untuk menggambarkan perasaan yang muncul secara tiba-tiba… seperti apabila kita terlalu suka, terlalu gugup, dan terlalu jujur… sampai dah tak tahu nak buat apa. Siri ini lahir bukan dari studio penulisan, tapi dari bilik sunyi, suara serak pagi, dan notifikasi Smule yang kadang buat jantung berdegup lebih laju dari beat lagu. Ia tentang perasaan kecil yang kita selalu diamkan, tapi sebenarnya sangat besar dalam hati kita. Kadang-kadang, kita nyanyi biasa je. Tapi bila dia dengar... kita replay sendiri 8 kali. Kadang, kita tulis DM panjang, tapi tak pernah hantar. Kadang, kita join OC dia — tapi suara sendiri pun kita tak dengar. Dan masa tu lah, kita cuma mampu bi...