Langkau ke kandungan utama

Throwback #1: Kenangan Zaman Sekolah Rendah - Dari Kelas Kuning ke Wakil Hoki Sekolah ( Dan apa Saya Belajar Darinya)

Throwback #1: Kenangan Zaman Sekolah Rendah - Dari Kelas Kuning ke Wakil Hoki Sekolah ( Dan apa Saya Belajar Darinya)


Empat murid sekolah rendah berjalan kaki pulang dari sekolah sambil membawa beg galas dan senyuman letih
Wajah penat tapi puas- itulah rutin budak sekolah rendah setiap kali pulang dari sesi petang.


Pernah tak bau buku teks lama atau loceng sekolah buat kita tiba-tiba tersenyum sendiri? Zaman sekolah rendah aku memang bukan biasa-biasa. Penuh dengan kenakalan,gelak tawa, dan beberapa insiden yang cikgu-cikgu masih ingat sampai sekarang. 

Jom ikut aku "rewind" balik ke tahun-tahun paling menggembirakan dalam hidup aku - zaman aku bergelar "raja kelas hujung".



Sistem Kelas Berwarna & Pilihan Hati 

Sekolah aku dulu guna sistem kelas unik berasaskan warna. Kelas paling 'power'- Hijau, diikuti Biru, Merah, dan paling 'huge character' sekali- Kuning

Kelas yang sederhana tapi penuh memori- tempat jatuh bangun belajar dan gelak tawa.


Kalau ikut sistem, Kelas Hijau tempat budak-budak top student. Tapi aku? Setia duduk kelas Kuning dari Darjah 1 sampai Darjah 5.

Bukan sebab aku tak boleh naik kelas. Tapi sebab aku suka suasana di kelas itu - penuh karakter, penuh warna, dan penuh 'sound effect '. Kawan-kawan sekepala, cikgu yang sporting, dan suasana tak formal sangat. Itu yang buat aku semangat ke sekolah, bukan kedudukan kelas.

Cikgu pernah pujuk naik kelas Hijau, bahkan pernah ada mesyuarat cikgu khas nak fikir cara pujuk aku. Tapi aku tetap dengan prinsip: kalau dah seronok belajar dengan cara aku, kenapa perlu tukar?



Hoki dan Disiplin Tak Langgar Orang 

Perubahan besar datang bila aku mula aktif main hoki. Pada awalnya, aku cuma nak cuba-cuba je - boleh cabut dari kelas, dapat makan lebih sikit, dan tak payah duduk diam lama sangat. 


Empat murid lelaki bermain hoki di padang sekolah dengan pakaian sukan dan kayu hoki
Dari cuba-cuba, terus jadi wakil sekolah- hoki bukan sekadar sukan, ia ubah cara aku berdisiplin.


Tapi dari 'nakal ambil peluang ', aku mula serius.

Latihan intensif setiap petang buat aku kenal satu dunia baru: dunia disiplin. 

Kalau dulu datang sekolah ikut mood, sekarang datang awal sebab takut kena tinggal. Kalau dulu tak kisah cikgu marah, sekarang takut kena gantung nama dari pasukan.

Dan entah macam mana, bila aku mula disiplin untuk hoki, markah pelajaran pun naik. Mungkin sebab aku mula belajar urus masa, atau mungkin sebab aku dah ada sebab untuk buat cikgu bangga.




Cikgu, Kawan dan Kenangan 

Aku masih ingat cikgu-cikgu yang percaya pada aku walaupun aku 'regular customer' bilik disiplin. Cikgu Azman, cikgu Norasyikin dan cikgu Kalsom - semua mereka ada cara tersendiri buat aku rasa dihargai. Mereka marah, tapi tak pernah hilang hormat.


Seorang guru sedang menegur pelajar lelaki dalam kelas dengan wajah serius tetapi prihatin.
Garang bukan benci - cikgu yang marah kita hari ini, mungkin antara yang paling ingat kita esok hari.


Dan kawan-kawan aku- dari lawan kasut masa rehat, gaduh sebab tukar tempat duduk, sampai ke teamwork masa gotong-royong kelas - semuanya adalah watak penting dalam skrip zaman kecil aku.

  • Sekolah mungkin tempat belajar, tapi bagi aku, ia lebih kepada tempat membesar.



Apa Saya Belajar dari Kelas Kuning 


  1. Kepandaian bukan hanya berdasarkan kelas. Jangan anggap kelas 'hujung' sebagai kelas buangan. Kadang-kadang di situlah bakat sebenar tersorok. 
  2. Sukan bukan sekadar berpeluh. Ia bentuk disiplin, jati diri dan semangat pasukan.
  3. Cikgu adalah mentor bukan sekadar pendidik. Mereka nampak apa yang kita tak nampak tentang diri sendiri.
  4. Kenangan sekolah adalah asas hidup. Segala yang kita belajar di sekolah _ dari berkongsi makanan hingga kendali tekanan _ membentuk siapa kita hari ini.
  5. Kawan yang baik adalah motivasi terbaik. Mereka boleh buat kita jadi lebih baik, atau sekurang-kurangnya, tak rasa keseorangan dalam perjuangan.



Penutup: Dari Kelas Kuning ke Dunia Luas.

Hari ini bila aku nampak budak sekolah balik dengan baju lencun, kasut penuh lumpur dan mata layu tapi puas _ aku tahu mereka sedang kumpul sesuatu yang tak boleh dibeli: kenangan 

Aku percaya setiap kita ada kisah tersendiri. 

Mungkin dulu anda budak 'kelas hujung' yang orang tak pandang. Tapi jangan lupa, kadang-kadang, bunga yang paling wangi tumbuh di hujung pagar.

Dan siapa tahu? Dari kelas Kuning pun, boleh keluar doktor, jurutera, usahawan _ malah penulis blog juga.


Apa kenangan sekolah yang paling anda ingat sampai sekarang?
Pernah ke cikgu percaya pada anda walaupun ramai dah angkat tangan? Atau anda sendiri pernah lihat kawan berubah 100% sebab sukan, cikgu atau satu pengalaman kecil?

Kongsikan cerita anda di ruang komen.
Atau tag rakan-rakan zaman sekolah yang pernah jadi sebahagian dari cerita hidup anda. 

Jangan lupa follow blog ini untuk lebih banyak kisah throwback sebenar dari hati ke hati. 



Throwback #2 - Cikgu Paling Garang Tapi Paling Saya Rindukan  akan datang tak lama lagi! Jumpa anda di throwback seterusnya.


**Semua imej dalam artikel ini dijana secara digital menggunakan AI. Untuk tujuan ilustrasi sahaja**

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...