Kata Pengantar Siri: DULU SAYA INGAT… Kalau anda terjumpa siri ini waktu anda tengah stres, selamat datang saya ucapkan. Anda memang berada di tempat yang betul. Kalau anda sampai sini sebab nak carik motivasi, mungkin anda akan dapat juga… tapi bukanlah motivasi yang biasa anda dengar. Ini kerana blog ni, sejak awal lagi memang banyak mengandungi entri yang serius. Seperti tentang hati, kehilangan, pencarian makna dalam hidup, dan perasaan yang tak selesai — dan semua tu masih penting. Tapi penat lah, dan korang mesti fikir Remy ni seorang yang selalu serius je,hakikatnya tidak begitu. Sometimes the opposite is true! Oleh sebab itu, blog ni juga perlukan satu sudut untuk saya bernafas & have fun. Tempat di mana kita boleh tersenyum kecil. Satu tempat kita tak perlu nak jadi pandai sangat . Tempat kita boleh teringat balik versi diri kita yang kecil, kelakar, dan percaya benda yang pelik-pelik dengan penuh keyakinan. Siri ini saya beri na...
Catatan peribadi tentang buku, nostalgia dan kehidupan — ditulis perlahan, dari hati, untuk mereka yang mencari makna dalam cerita biasa.