Langkau ke kandungan utama

Antara Cinta, Rezeki dan Takdir: Mana Satu Pilihan Kita?

Kata Pengantar Khas:
Siri Sebelum Semua Ini Hanya Tinggal Lagu ini ditulis dari ruang hati yang paling jujur — Ianya bukanlah sekadar sebuah catatan peribadi semata-mata , tetapi ia adalah sebuah muhasabah diri untuk semua yang sedang mencari makna dalam setiap persimpangan hidup yang telah dilewati. Cinta, rezeki dan takdir bukanlah tiga garis lurus yang senang untuk disusun; ia selalunya bersimpang-siur, dan terkadangkala sangat kabur — namun ia sentiasa membawa kita ke arah yang sepatutnya.



Seorang lelaki muda duduk termenung di bangku taman berkabus sambil memegang sekeping nota kecil, dalam suasana suram dan sunyi.
"Kadangkala pilihan paling sukar adalah yang paling senyap — dan hanya kita yang tahu apa yang telah kita lepaskan."


Antara Cinta, Rezeki dan Takdir: Mana Satu Pilihan Kita?

Ramai yang menyangkakan bahawa mereka sedang mengejar rezeki dunia demi cinta. Tapi hakikatnya, rezeki itulah yang secara perlahan-lahan yang telah menjauhkan diri mereka daripada orang-orang yang mereka cintai. Kita juga sering tertanya-tanya di dalam hati: kalaulah aku pilih jalan hidup yang lain dahulu, mungkin kini aku akan rasa lebih bahagia. 

Namun perlu diingat bahawa hidup ini tidak pernah menyediakan butang ‘ulang semula’. Apa yang ada hanyalah detik ini — dan semua yang sedang berlaku sekarang adalah hasil daripada pilihan kita semalam. Persoalannya, bagaimana kita mahu tahu yang pilihan kita itu betul? Bila cinta diuji, rezeki menyepi, dan takdir pula seakan tak berpihak kepada diri kita?

Cinta Yang Tidak Diucapkan

Ada waktu, cinta akan hadir tanpa suara. Kita hanya tahu melalui perasaan. Bila namanya disebut, hati akan menjadi berdebar. Bila suaranya kedengaran, jiwa kita automatik akan menjadi tenang. Tapi kerana kita terlalu berhati-hati, cinta itu hanya menjadi satu bisikan di dalam hati — yang tak pernah diluahkan, dan tak pernah diketahui kebenarannya. Dan pada akhirnya, kita hanya mampu mendoakan si dia dari jauh.

Kita fikir, dengan berdiam itu kita telah menjaga perasan si dia. Kita percaya, kalau ada jodoh, pasti ia takkan ke mana. Tapi hakikatnya, cinta yang tidak pernah disuarakan hanyalah rahsia yang bakal hilang bersama waktu. Dan waktu itu tak pernah menunggu siapa-siapa.

Rezeki Yang Menuntut Pengorbanan

Ada juga waktu di mana demi mengejar kestabilan hidup, kita korbankan waktu dan orang-orang yang sebenarnya telah menjadi sebab kita bekerja keras selama ini. Kita lupa pada tujuan asal. Kita lupa yang bahagia itu tak semestinya datang dengan gaji yang besar atau pun jawatan yang tinggi. Bahagia itu mungkin sedang menunggu di seberang talian, dan dalam suara seorang insan yang sudi bertanya “Dah makan?”

Kerja demi kerja. Tugas demi tugas. Kita tak sedar, dalam setiap ‘nanti’ yang kita berikan kepada orang tersayang, ada waktu yang tak akan kembali. Dan bila kita ingin menebusnya semula, masa sudah pun terlambat. Setelah itu kita hanya mampu duduk sendirian, dan merenung kembali  hari-hari yang telah pergi.

Takdir Yang Tak Pernah Tersilap

Kita pernah mengeluh: “Kenapa bukan aku?”, “Kenapa dia pergi?”, “Kenapa begini akhirnya?”. Tapi lama-kelamaan kita akan sedar — bahawa semua itu adalah aturan hidup yang tak akan pernah silap. Mungkin Tuhan tidak selalu memberi apa yang kita mahukan, tapi jangan pernah sesekali kita lupa bahawa Dia sentiasa memberi apa yang kita perlukan.

Mungkin seseorang hadir hanya untuk sementara, untuk menyentuh hati kita dan mengajar kita erti keikhlasan, sebelum ia menghilang membawa kenangan. Mungkin sebuah pertemuan di ruang maya hanya untuk mengingatkan kita bahawa kasih itu masih wujud, walau tanpa janji yang nyata. Dan mungkin juga… sebuah perpisahan adalah jalan untuk kita belajar erti menghargai.

Rindu Yang Tak Terucap

Setiap malam sebelum tidur, kita berharap agar orang yang kita rindu juga turut sama memikirkan kita. Tapi kita tak pernah tahu. Kita tak pernah tanya. Kita cuma yakin — kalau benar ada rasa, pasti akan ada jalannya.

Ada hari, hati terasa cukup berat. Ada bayang yang hadir tanpa diundang. Lagu-lagu lama menjadi latar, dan satu demi satu kenangan muncul dalam diam. Kita cuba menafikan apa yang dirasakan, tapi rindu tak pernah mudah dibendung. Ia hidup dalam detik yang paling sunyi, dan dalam setiap nafas yang kita hela seorang diri.

Bila Takdir Menyapa Lewat Lagu

Lucunya, ada waktu cinta datang melalui melodi. Kita dengar lagu yang sama, pada waktu yang berbeza, tapi hati bergetar pada bait yang serupa. Dan bila dua jiwa mula saling bersilang di antara satu sama yang lain di ruang maya — walaupun hanya melalui nyanyian, komen dan emoji — kita mula bertanya, “Adakah ini sekadar kebetulan, atau sebenarnya takdir yang lembut menyapa?”

Setelah itu, nyanyian mula menjadi bahasa jiwa. Nada menjadi doa yang tersirat. Dalam diam, kita cuba meninggalkan mesej di setiap lirik yang dilantunkan. Walaupun tiada balasan, kita masih percaya… mungkin dia akan faham, dan mungkin dia juga turut merasakannya. 

Antara Doa dan Redha

Akhirnya, bila semuanya kita serahkan kembali kepada Tuhan, kita mula belajar sesuatu yang sangat penting — bahawa tak semua cinta perlu dimiliki. Kadang cukup sekadar kita mendoakan mereka dari jauh, cukup sekadar kita tahu dia bahagia, dan cukup sekadar kita pernah hadir dalam perjalanan hidupnya.

Dan jika suatu hari nanti , takdir mempertemukan kita kembali — kita akan sambut dengan senyuman. Bukan kerana harapan itu kembali mekar, tapi kerana kita tahu… perasaan yang jujur tak akan pernah menjadi sia-sia.


✍️ Nota Penulis:

Artikel ini bukan untuk menyatakan siapa salah, atau pun siapa yang benar. Ia hanya satu renungan buat diri sendiri — dan mungkin buat sesiapa yang sedang membaca ini dalam diam, sambil bertanya dalam hati: "Adakah aku pun sedang lalui perkara yang sama?"

Jika anda rasa tulisan ini menyentuh sesuatu dalam jiwa anda, tinggalkan walau sebaris komen, atau kongsi kepada sahabat yang mungkin memerlukan. Sebab kadangkala, kita hanya perlukan satu tanda kecil untuk rasa lebih kuat dalam menghadapi hidup ini.

Terima kasih kerana membaca, dan terima kasih kerana masih percaya bahawa rasa manusia itu ada maknanya. Cinta, rezeki dan takdir — tiga jalur yang mungkin tak selari, tapi sentiasa beriringan dalam kehidupan kita.

— Eamyz Remy Jalal|Akupunyacerita.com 🌿

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Nota Untuk Diri Sendiri #6: Tentang Kasih Sayang Yang Kadang Tak Terungkap

Pagi hening — kopi, buku dan laptop jadi saksi bisu pada kasih sayang yang tak terungkap. 📌Nota Untuk Diri Sendiri #6: Tentang Kasih Sayang Yang Kadang Tak Terungkap Hari ini aku menulis perlahan. Catatan ini jadi penutup untuk fasa pertama perjalanan Nota Untuk Diri Sendiri. Aku tak tahu bila aku akan tulis sambungannya lagi, tapi hari ini aku mahu abadikan satu rasa: kasih sayang. Kasih sayang pada insan yang pernah hadir dalam hidup. Kasih sayang pada yang jauh dan yang dekat. Kasih sayang yang kadang tak pernah terucap, tapi sentiasa ada di sudut hati. 🤲Doa Pagi Ini Ya Allah, rahmati semua insan yang aku sayang, walau mereka tak tahu aku menyayangi mereka. Lembutkan hatiku untuk terus mencintai dalam diam. Jadikan kasih sayang ini jalan aku mendekat pada-Mu. 🌿Refleksi Penulis Aku sedar sesuatu hari ini: Kasih sayang bukan selalu perlu kata. Ada kasih yang cukup hanya dengan doa. Ada kasih yang cukup hanya dengan ingatan. Catatan...

Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar

 🫠📖 Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar 📚 Kata Pengantar: Matilanak #1 — Bila Lawak & Rasa Terselit Dalam Rakaman Suara “Matilanak.” Itu bukanlah nama orang. Bukan juga makhluk mistik dari filem seram. Tapi… satu slang rasa yang Remy guna sendiri — untuk menggambarkan perasaan yang muncul secara tiba-tiba… seperti apabila kita terlalu suka, terlalu gugup, dan terlalu jujur… sampai dah tak tahu nak buat apa. Siri ini lahir bukan dari studio penulisan, tapi dari bilik sunyi, suara serak pagi, dan notifikasi Smule yang kadang buat jantung berdegup lebih laju dari beat lagu. Ia tentang perasaan kecil yang kita selalu diamkan, tapi sebenarnya sangat besar dalam hati kita. Kadang-kadang, kita nyanyi biasa je. Tapi bila dia dengar... kita replay sendiri 8 kali. Kadang, kita tulis DM panjang, tapi tak pernah hantar. Kadang, kita join OC dia — tapi suara sendiri pun kita tak dengar. Dan masa tu lah, kita cuma mampu bi...