Catatan

Jangan Berputus Asa: 7 Sebab Mengapa Anda Harus Terus Melangkah

Imej
Jangan Berputus Asa: 7 Sebab Mengapa Anda Harus Terus Melangkah  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, para pembaca yang dihormati. Apa khabar anda hari ini? Semoga berada dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa. Namun, jika anda sedang melalui hari yang sukar_ dengan cabaran hidup yang berat atau ujian yang yang menyesakkan dada_ ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian. Sesungguhnya, setiap ujian hadir dengan hikmah. Dan setiap kejatuhan adalah ruang untuk bangkit lebih gagah. Inilah 7 sebab mengapa anda tidak seharusnya berputus asa. 1. Jalan Kejayaan Tidak Pernah Mudah  Impian itu indah, tetapi jalan ke arahnya sering kali berliku. Tiada siapa berjaya tanpa menghadapi cabaran. Ujian dan kesukaran adalah sebahagian daripada proses membina kekuatan diri.  Ingatlah, semakin tinggi nilai yang kita kejar, semakin besar cabaran yang perlu ditempuh. 2.Ujian Adalah Tanda Kasih Sayang Allah  Mengapa Allah menguji hamba-Nya? Kerana Dia menyayangi kita. Dalam kesus...

Scammer : Adik Jadi Mangsa Pukau Atas Talian

Imej
Scammer : Adik Jadi Mangsa Pukau Atas Talian:_   Kejadian tipu duit atas talian semakin berleluasa sekarang ini. Tindakan para 'scammer' ini yang sangat berani menjalankan kegiatan penipuan mereka dengan semakin kerap, seakan-akan mencabar pihak berkuasa tempatan dan boleh mengancam kesejahteraan hidup warganya jika tidak dibendung dengan segera.   Taktik licik yang mereka lakukan ini juga telah berjaya menipu, semua lapisan masyarakat. Mereka kebiasaannya akan menyamar sebagai pihak berkuasa dalam usaha mereka untuk memperdayakan mangsanya.   Kegiatan terkutuk mereka ini juga telah menyebabkan mangsa, kerugian wang ringgit hasil titik peluh mereka bekerja malah kadangkala sampai habis licin wang di dalam akaun, mereka dikerjakan sang scammer.  Mangsa selalunya hanya menyedari diri mereka ditipu, setelah mereka melakukan transaksi pemindahan wang ke akaun milik 'scammer' yang juga dipercayai menjadi milik kepada beberapa keldai akaun. 🟥 Pengalam...

Kisah Seram Pendekar Seragam Hitam Membawa Aku Mengembara Ke Alam Ghaib : bahagian 1 (Raja Rimba)

Imej
  Kisah Seram Pendekar Seragam Hitam Membawa Aku Mengembara Ke Alam Ghaib : bahagian 1 ( Raja Rimba)  Assalammualaikum.. Apa khabar para peminat kisah mistik semua?  Setiap kali lagu popular nyanyian kumpulan Kristal yang berjudul seragam hitam berkumandang di corong radio pastinya aku akan teringat kembali peristiwa yang pernah berlaku kepada diri aku di awal tahun 1997 dahulu.  Walaupun lagu tersebut tiada kena mengena dengan cerita yang bakal aku sampaikan kepada anda semua, tetapi perkataan 'seragam hitam' itu, sejenak mengingatkan aku pada peristiwa yang benar-benar pernah berlaku sewaktu aku berada di dalam darjah enam dahulu.   Masih aku ingat lagi kejadian mistik itu berlaku dua hari selepas aku menyambut ulang tahun aku yang kedua belas tahun. Aku yang pada masa itu mula menanamkan azam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), sedang sibuk mentelaah pelajaran di rumah.  ...

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini !

Imej
Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini!  Assalamualaikum, Para Pembaca yang Dirahmati,   Apabila kita mendengar tentang hantu atau cerita seram, pasti soalan pertama yang kita terfikirkan, Adakah hantu wujud? Betul tak? Dan setelah itu, apa yang terbayang di minda adalah sesuatu yang menggerikan dan menyeramkan, bukan? Tetapi, bagaimana jika aku katakan bahawa tidak semua cerita seram itu menakutkan? Ada juga kisah seram yang boleh membuat kita ketawa. Percaya tak? Mari aku ceritakan.  Pengenalan Cerita   Pada tahun 2003, aku baru mula bekerja di sebuah kilang sebagai operator. Itu adalah pekerjaan pertama aku selepas tamat sekolah. Namun, pada pertengahan tahun 2004, aku mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di kilang tersebut setelah bos baru yang berasal dari Thailand mengambil alih pengurusan kilang.  Perubahan tersebut membawa dua kesan besar:  ⚫ Kebaikan: Kerja menjadi lebih ringan kerana banyak pekerja asing diambil beker...

Kisah Mistik : Apa Yang Sebenarnya Terjadi Di Depan Aku Malam itu?

Imej
Kisah Mistik : Apa Yang Sebenarnya Terjadi Di Depan Aku Malam itu? Assalamualaikum,  Hai, apa khabar semua pembaca blog? Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca di blog aku. Aku sangat menghargai sokongan daripada anda semua dan aku ucapkan, Terima kasih . Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin! Perkara Mistik: Suatu Fenomena Yang Sukar Dijelaskan   Perkara Mistik seringkali berlaku tanpa dapat dijelaskan menggunakan logik atau bukti kukuh. Kadangkala, kita sendiri tidak dapat mengungkapkan pengalaman tersebut dalam perkataan yang tepat. Mistik bukan sahaja berlaku di tempat-tempat tertentu, tetapi ia dilaporkan di seluruh dunia.  Walaupun pelbagai kajian saintifik dilakukan untuk membuktikan kebenarannya, seperti menggunakan teknologi seperti EVP  (Electronic Voice Fields) dan EMF (Elektromagnetik Fields), hasilnya masih tidak memuaskan. Inilah sebab mengapa cerita-cerita mistik terus menarik perhatian ramai _ kerana misteri...

Xiao Xiao Watak Anak Ratu Medusa Dan Xiao Yan Tidak Akan Wujud? BTTH

Imej
Xiao Xiao Anak Ratu Medusa Dan Xiao Yan Tidak Akan Wujud? BTTH: Xiao Xiao muncul dalam animasi BTTH oleh Yuewen animation  ⚫ " Imej Xiao Xiao diperoleh daripada  Btth.Fandom.com . Hak cipta asal milik © Yuewen Animation. Gambar digunakan untuk tujuan ulasan dan penerangan sahaja." Assalamualaikum.. Hai, apa khabar semua pembaca blog yang setia, terutamanya team Cinta Ratu Medusa dan Xiao Yan dari Battle Through the Heavens ( BTTH )? Semoga kesabaran Kita sebagai penyokong cinta mereka akan terus berkekalan. Amin! Sebenarnya, sudah agak lama aku tidak berkesempatan untuk mengemas kini kisah cinta mereka yang sentiasa mencuri perhatian peminat BTTH. Namun, aku ingin berkongsi sesuatu yang menarik yang baru-baru ini menjadi perbualan hangat di kalangan peminat siri ini. Isu Hangat Selepas Episod 136  Beberapa waktu lalu, isu ini menjadi bahan bualan hangat di kalangan warga maya, khususnya setelah tayangan episod ke-136 dari Yuewen Animation. Isu ini mencet...

Kisah Seram! " Cikgu... Kenapa Dengan Milah Tu?? "

Imej
  Kisah Seram! " Cikgu... Kenapa Dengan Milah Tu?? "  Assalamualaikum dan h ai pembaca blog yang aku hormati!  Kemerduan vokal serak basah milik Ratu Rock negara, Ella memang tidak dapat disangkalkan lagi. Keunikan suara yang dimiliki Ella ini tiada duanya. Berilah apa sahaja jenis lagu kepadanya, pasti hasilnya tidak akan pernah mengecewakan.   Eh, kejap.. kejap.. penulis ni nak cerita kisah penyanyi Ella ke? Kisah seram ni?? " Hahaha.. sabarlah sekejap. Baiklah, izinkan aku menyambung semula penceritaan kisah seram aku ni.. boleh? " Detik Tak Terlupakan di Konsert Ella  Kelantangan suaranya ketika menjayakan Konsert Jilid Akhir : Ella Puteri Kota, pada bulan Jun 2023 yang lalu di Axiata Arena Bukit Jalil, telah memukau dan masih bergema lagi dalam kepala aku ni. Memang puas hati, apabila dapat melihat sendiri ' the still Living Legend ' ini beraksi.  Paling tidak dapat aku lupakan apabila di awal pembukaan konsert Ella itu dimulakan dengan lagu ...