Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel RESEPI MUDAH

Resepi Mudah Kentang wedges Bersos Keju Mantap Ala Kfc

Imej
Resepi Mudah Kentang Wedges Bersos Keju Ala KFC Assalamualaikum dan Hai Pembaca Blog!  Apa khabar semua? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat, diberkati dengan umur yang panjang dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan dilimpahi keberkatan. Amin.  Pada malam yang penuh dengan keinginan ini, aku ingin berkongsi satu cerita tentang sebuah craving yang tiba-tiba datang. Kadang-kadang, sedang sibuk bekerja, kita tiba-tiba terasa nak makan sesuatu yang sedap. Itu yang terjadi pada aku malam tadi _ teringin sangat nak makan potato wedges. Rasa tak sabar nak menikmatinya!  Asal Usul Kentang Wedges    Sebelum kita terjun ke resepi, mari kita ketahui sedikit latar belakang tentang potato wedges.  Kalau kita bercakap tentang French fries, ramai yang tahu ia berasal dari Belgium, tetapi tahukah anda bahawa potato wedges pula dipercayai berasal dari Wisconsin, Amerika Syarikat? Aku sendiri baru tahu fakta ini se...

Pengat Special Dapur Bujang Punya Cerita

Imej
Pengat Special Dapur Bujang Punya Cerita Keenakan Pengat: Hidangan Tradisional yang Menggoda Selera  Cerita tentang keenakan pengat ini memang tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di Malaysia. Aroma dan rasanya yang memikat memang tidak dapat disangkal lagi, memang 'power'!!   Sajian ini sangat sesuai dijadikan sebagai juadah pencuci mulut dan amat digemari oleh masyarakat melayu, tidak kira peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Bukan hanya orang Melayu sahaja yang menggemarinya, malah kaum-kaum lain juga turut menyukainya.  Setiap kali bulan Ramadhan tiba, rating juadah ini pasti melonjak naik. Di bazar, Ramadhan, pengat mudah ditemui dan sering menjadi pilihan utama. Peniaga sering 'tak menang tangan' melayani pelanggan yang pastinya akan mencari pengat ni.   Bagi aku , pengat  adalah hidangan yang sempoi dan sangat menyegarkan untuk membuka selera setelah seharian berpuasa. Ditambah pula dengan roti Gardenia ...